Showing posts with label Peguam Syarie. Show all posts
Showing posts with label Peguam Syarie. Show all posts

Wednesday, October 26, 2022

[1299.22] HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH


Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman seperti berikut:
1) Pemenjaraan sehingga ke 3 tahun
2) Denda sehigga RM5000
3) Sebatan sehingga 6 sebatan
Walaubagaimanapun, terdapat hukuman alternatif yang boleh dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah iaitu Bon Berkelakuan Baik, Pemulihan di Pusat dan juga Perintah Kehadiran Wajib.
Bon Berkelakuan Baik biasanya diberikan kepada pesalah muda dan pesalah kali pertama.
Bagi hukuman Pemulihan di Pusat dimana pemulihan dilakukan melalui aktiviti-aktiviti dan juga latihan-latihan bagi mengajar pesalah dan membentuk peribadi yang baik dan menghalang daripada apa-apa perlakuan yang negatif.
Perintah Kehadiran Wajib adalah di mana hukuman alternatif bagi kesalahan pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada 3 bulan. Hukuman ini adalah dimana pesalah perlu melaporkan diri setiap hari di Pusat Kehadiran Wajib bagi membuat kerja kebajikan masayarakat dan megikuti program pemulihan tidak melebihi empat jam sehari untuk tempoh tidak melebihi 12 bulan.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

Tuesday, May 31, 2022

[1199.22] DEFENDAN MATI SEMASA PROSIDING SAMAN


Kalau ada tuntutan dan semasa tuntutan Defendan meninggal dunia, maka tuntutan masih boleh diteruskan. Berbeza dengan kes jenayah, bila OKT mati, kes itu tidak lagi boleh dibicarakan. Dibezakan dengan OKT hilang atau larikan diri.
Jika Defendan meninggal dunia dan tuntutan masih perlu diteruskan (atas arahan klien/plaintif) maka satu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah untuk meminda Saman dan Pernyataan Tuntutan dengan menamakan seorang yang lain sebagai wakil diri Defendan yang meninggal dunia.
Takkan nak ambil duit dan pesaka sahaja. Hutang dan liabiliti pun kena tanggung oleh waris. Kena bertanggung-jawab.

www.wasap.my/60139307961


 

[1198.22] GANJA DALAM BENTUK APA YANG JADI SALAH?


Dadah adalah jenayah san salah serta boleh dihukum dengan satu hukuman mengikut pertuduhannya. Ada hukuman gantung, seumur hidup penjara, minima penjara 2, 5 atau 10 tahun, sebatan yang tertentu bilangannya turut ada minima sebatan.
Sama ada dadah/ganja dalam bentuk asal, pengeringan, cecair dan sebagainya ia adalah tertakluk kepada elemen kandungannya.
Jika terdapat elemen ganja (contohnya) setelah dianalisisi oleh Jabatan Kimia Malaysia, maka ia dianggap sebagai ganja/dadah di bawah seksyen san peruntukannya atau dalam jadual di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sesetengah negara telah halalkan ganja tetapi Malaysia belum. Mungkin tahap kesedaran masyarakat belum sampai pada tahap yang membolehkan ganja dihalalkan.
Kalau ketum yg 'halal' dalam masyarakat pun boleh diharamkan kini kerana kehebatan modifikasi dan penggunaan salah. Bayangkan kalau ganja dihalalkan. Chaos masyarakat nanti..


 

[1197.22] SCAMMER 016-4465582


Tadi pakai profile pic orang yang saya kenal. Bila tak layan, nampak dah gambar lain pulak. Jadi confirm scammer la.
Save nombor di atas sebagai scammer, nanti kalau ada cubaan scam, ramai lebih alert tentang nombor ini.
Tidak pasti gambar siapa digunakan tetapi dipercayai digunakan bagi menipu dan bukan gambar sebenarnya. Kalau kenal gambar di bawah, maklum kat Tuannya


 

Monday, May 9, 2022

[1193.22] SALAM AIDILFITRI


Assalamualaikumwarahamtullah wabarakatuh
Pada kesempatan yang Mulia ini saya, keluarga dan kakitangan Hisham Nazir & Co ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua, Maaf Zahir Batin dan moga semua ibadah kita diterima Allah SWT.
Amin.
Gambar semasa iftar kami minggu lepas.








 

[1192.22] KESALAHAN LALULINTAS


Kalau anda memang jenis yang selalu memandu, anda mesti pernah kena saman, walaupun sekali. Saman tu boleh jadi sebab tak letak kupon parking, parking bertindih, ataupun kerana menggunakan telefon masa memandu.
Majlis tempatan macam DBKL sebenarnya ada kuasa untuk keluarkan saman berkaitan dengan isu parkir dan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Contohnya macam, parkir di tempat yang salah, parkir dalam petak kuning di masa yang salah dan kegagalan memaparkan kupon parkir. Pegawai DBKL ada kuasa untuk kompaun sesiapa yang lakukan kesalahan ni, seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 120 (e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Seseorang pegawai pihak berkuasa yang berkenaan yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan boleh mengikut budi bicaranya mengompaunkan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini...”
Manakala, JPJ pula bertanggungjawab untuk saman korang berkaitan dengan isu pendaftaran, lesen memandu dan kelakuan yang memberi kesan kepada pemandu lain. Contohnya seperti – korang tinggalkan kereta tanpa matikan enjin, memandu di laluan bas, atau gunakan font/saiz plat kereta yang salah.
Yang terbaiknya, selesaikanlah saman anda awal-awal, sebabnya kerajaan pun cuma laksanakan denda minimum untuk saman yang tak dibayar. Jadi akhirnya, kalau anda nak berjimat dan elakkan bayar saman sehingga beribu ringgit, mungkin yang terbaik bayarlah saman anda lebih awal untuk mengelakkan kesulitan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
016-9647961


 

[1191.22] PEMBEDAHAN KOSMETIK


Sudah berkali-kali kita mendengar kes-kes pembedahan kecantikan (kosmetik) yang gagal di negara ini. Ada perbezaan antara pembedahan plastik dan pembedahan kosmetik.
Pembedahan plastik bermaksud pembedahan khusus untuk pembinaan semula kecacatan muka, luka terbakar dan penyakit.
Pembedahan plastik bertujuan untuk membetulkan semula bahagian-bahagian disfungsi badan.
Manakala pembedahan kosmetik memberi tumpuan kepada peningkatan penampilan dan kecantikan. Prosedur, teknik, dan prinsip pembedahan kosmetik memberi tumpuan sepenuhnya kepada peningkatan penampilan dan untuk menarik perhatian.
Oleh kerana prosedur pembedahan kosmetik tidak dijalankan di premis perubatan, ia tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.
Memandangkan sekarang pengguna begitu ghairah untuk kelihatan cantik, ramai yang mungkin tidak berfikir dua kali untuk menghabiskan ribuan ringgit atau menjalani pembedahan untuk mencantikkan lagi rupa paras atau tubuh mereka. Wang yang dibelanjakan ke atas pembedahan kosmetik seumpamanya di seluruh dunia mungkin melebihi bajet sebahagian negara membangun di mana ada yang mati kebuluran atau sukar untuk meneruskan kehidupan.
Melihat kepada keadaan di atas, semakin ramai penduduk terutama wanita muda menjadi mangsa pusat kecantikan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada keinginan dan rasa kurang yakin dengan penampilan diri.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
016-9647961


 

[1190.22] KESALAHAN UBAHSUAI KENDERAAN


Bagi pemilik kereta, ubah suai kenderaan mungkin dianggap sebagai suatu keperluan dan hobi bagi menambahkan seri dan ‘memantapkan’ lagi fungsi kereta tersebut.
Namun tahukah anda bahawa pengubahsuaian kereta sebenarnya tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya dan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. Kegagalan mana-mana pemilik kendaraan mengikut peraturan yang telah ditetapkan ini boleh menyebabkan tindakan saman dikenakan.
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:-
a) Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
b) Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih dan selain warna merah
c) Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
d) Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
016-9647961


 

[1189.22] JAUHI DADAH


Jauhi dadah, Jangan hisap, Jangan jual
Jangan kawan dengan orang terlibat dadah
Bila kena, menyesal tak sudah
Tak terlibat tapi berkawan, seksyen 34 membuktikan ramai salah pilih kawan kena dakwa dan kena hukuman gantung.



 

[1188.22] HAKMILIK TANAH


Secara ringkasnya, ‘conveyancing’ adalah proses pemindahan hak milik sesuatu hartanah dari seorang individu ke individu lain.
Biasanya proses ini berlaku antara penjual dan pembeli, yang kedua-duanya telah menandatangani kontrak penjualan hartanah.
Urusan pemindahan hak milik hartanah boleh dilakukan dalam dua cara: Sama ada mengupah seseorang, iaitu peguam yang berpengalaman dan layak dalam hal-hal begini, atau buat saja sendiri.
Anda juga perlu mendapatkan maklumat terkini mengenai hak milik tanah tersebut. Anda boleh melakukan carian tanah (land search) di pejabat tanah.Antara maklumat penting yang akan temui dalam keputusan carian tanah adalah;
• Jika tanah tersebut dikenakan Sekatan Kepentingan (caveat), ia bermaksud pemilik tanah atau Penjual tidak boleh berurusan dengan tanah tersebut kecuali dengan mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri
• Jika tanah sedang digadaikan kepada pihak bank, maka Pembeli perlu meminta Penjual/penjual untuk melepaskan gadaian terlebih dahulu atas tanah
Semua pihak perlu membuat kesepakatan atau menyetujui harga pembelian penuh serta jadual pembayaran. Contohnya, deposit awal (earnest deposit), baki deposit (balance deposit) dan baki harga belian (balance purchase price). Setelah baki harga pembelian dibayar sepenuhnya, nama pemilik baru akan didaftarkan pada hakmilik dan hakmilik baru akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
016-9647961


 

Monday, April 25, 2022

[1187.22] BEBAN PEMBUKTIAN SEMASA MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH PERUSAHAAN


Merujuk kepada seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah Perusahaan ialah persoalan sama ada terdapat, sebenarnya, pemecatan. Sekiranya terdapat pemecatan, maka Mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada kes pemecatan tersebut dibuat dengan adil atau tanpa sebab yang munasabah (dismissed with or without just cause and excuse).
Adalah menjadi undang-undang bahawa apabila majikan memberikan alasan untuk menamatkan pekerjaan pekerjanya, majikan perlu memberikan alasan-alasan tersebut di Mahkamah Perusahaan.
Walau bagaimanapun, dalam kes Ahmad Zaini Omar V. Bella Vista Waterfront Resort & Spa / Langkawi Aman Sdn Bhd [2017] MELRU 540, Syarikat menafikan bahawa Pihak Menuntut telah dipecat. Pendirian mereka ialah Pihak Menuntut telah meletakkan jawatan secara sukarela. Oleh itu, beban terletak pada Pihak Menuntut untuk membuktikan berdasarkan imbangan kebarangkalian bahawa dia telah diberhentikan. [kes dikekalkan semasa di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan]
Secara ringkasnya, beban pembuktian berdasarkan imbangan kebarangkalian ialah individu tersebut perlu membuktikan kenyataan/tuduhan yang dibuat dan Mahkamah akan menilai kecendurangan atau kemungkinan atau kebenaran sesuatu perkara itu berlaku berdasarkan bukti dan keterangan lisan dan ekshibit yang dikemukakan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI


 

Wednesday, April 20, 2022

[1186.22] PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT


Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) merupakan hukuman alternatif kepada pemenjaraan. Hukuman ini bertujuan bagi memulihkan dan mencegah pesalah daripada mengulangi kesalahan jenayah untuk kembali ke pangkuan masyarakat.
Terdapat tiga (3) kategori pesalah yang dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat iaitu Pesalah Muda, Pesalah Dewasa dan Pesalah Kanak-Kanak.
“Pesalah Muda” maksudnya seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara ke atas individu yang berumur lapan belas (18) tahun atau lebih dan dibawah umur dua puluh satu (21) tahun. Seksyen 293 (1)(e)(i) Akta Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) memperuntukkan Pesalah muda untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 240 jam agregat.
Pesalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun boleh dihukum oleh Mahkamah Khas Kanak-Kanak. Mahkamah Khas Kanak-Kanak boleh membuat suatu perintah yang menghendaki kanak-kanak itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi satu ratus dua puluh (124) jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan, pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Kanak-Kanak.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI


 

[1185.22] INJUNKSI MAREVA


Injunksi Mareva (Mareva Injunction) ialah satu perintah injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi atas satu permohonan (ex-parte) yang dibuat oleh Plaintif di dalam satu prosiding sivil.
Objektif perintah injunksi ialah untuk menghalang seseorang individu daripada melesapkan atau memindahkan hartanya keluar dari kawasan bidangkuasa Mahkamah serta tujuan menyembunyikan harta tersebut dengan tujuan menghampakan penghakiman yang mungkin diperolehi oleh Plaintif apabila bicara kes selesai.
Seseorang boleh mendapatkan perintah Injunksi Mareva jika:-
1) Boleh menunjukkan kepada Mahkamah bahawa Plaintif mempunyai kes yang baik untuk berhak mendapatkan wang dari individu tersebut (Defendan);
2) Defendan mempunyai harta di dalam kawasan bidangkuasa Mahkamah.
3) Plaintif mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa Defendan akan mengeluarkan atau menyembunyikan hartanya dari bidangkuasa Mahkamah.
Kes Mareva ini telah membuka jalan kepada Mahkamah untuk terus mengeluarkan injunksi untuk menjaga hak Plaintif dari dicabuli oleh Defendan yang pintar. Injunksi merangkumi harta Defendan di luar negeri dan tempatan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI




 

[1184.22] HUKUMAN GANTUNG


Banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ .
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
010-9647961


 

[1183.22] KACAU GANGGU (NUISANCE) DAN RUJUKAN KES HUNTER V CANARY WHARF LTD


House of Lords berpendapat bahawa Defenda tidak bertanggungjawab dalam kacau ganggu membina binaan menara daripada keluli tahan karat setinggi 250 meter menara yang telah mengganggu resepsi televisyen Plaintif tersebut. Alasan House of Lords adalah kerana kausa tindakan yang dimulakan adalah terlalu remeh untuk dianggap sebagai kacau ganggu daripada sudut undang-undang, maka, tindakan Defendan tidak diambilkira sebagai satu bentuk kacau ganggu (nuisance).
SYARIKAT PERNIAGAAN SELANGOR V FAHRO ROZI
Di dalam sebuah perjanjian sewa, wujud persetujuan untuk menggunakan tanah sebagai gelanggang luncur ais, restoran dan pawagam. Kemudian, Responden telah membuka pusat hiburan (disko) dan pemilik tanah mendakwa boleh meletakkan apa sahaja syarat terhadap tanah yang diduduki tersebut memandangkan beliau sebagai pemilik sah
Mahkamah menolak hujah dan memutuskan kacau ganggu dalam bentuk bising / bunyi pada suatu tahap akan diambilkira sebagai suatu bentuk kacau ganggu (nuisance) apabila ia bunyi / bising tersebut sampai kepada tahap melampau dan tidak boleh diterima oleh individu sekitar.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

Friday, April 15, 2022

[1182.22] TEMPAT KEJADIAN JENAYAH


Tempat kejadian bermaksud lokasi di mana sesuatu kejadian jenayah berlaku sama ada di kawasan tertutup atau terbuka. Tempat kejadian merupakan lokasi di mana bahan bukti fizikal dijumpai oleh pegawai polis atau pegawai penyiasat.
Tempat kejadian mesti dikawal ketat dan dilindungi daripada segala gangguan untuk tujuan memelihara bahan bukti. Keadaan ini dapat dicapai dengan mengelilingi kawasan kejadian dengan pita kuning untuk menghalang akses orang ramai selain pegawai penyiasat.
Kawasan tempat kejadian akan diambil gambar bermula dari kawasan tempat letak kenderaan, dari luar sehingga ke kawasan dalam di mana berlakunya jenayah. Semua tempat titik masuk yang dicurigai di mana suspek memasuki rumah akan diambil. Gambar tempat kejadian yang diperoleh akan mewakili satu proses yang menerangkan cara jenayah berlaku.
Seterusnya, pegawai penyiasat akan memulakan pencarian untuk bahan bukti fizikal yang spesifik. Bahan bukti ini boleh termasuk jejak bukti seperti helaian rambut, jejak tapak kaki, darah atau cecair biologi yang lain serta senjata api.
Selepas mendapatkan bahan bukti, pegawai penyiasat akan melabel semua bahan bukti yang dikumpul untuk dihantar ke makmal bagi pemprosesan analisis. Makmal forensik akan membuat analisis pengesahan melalui ujian seperti kimia, mikroskopik, cap jari, DNA dan sebagainya.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
010-9647961


 

Thursday, April 14, 2022

[1181.22] KEPENTINGAN AWAM


Dalam menjatuhkan sebarang perintah yang bersesuaian dengan kanak-kanak, faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah faktor kepentingan awam.
Adalah jelas bahawa kepentingan awam bukan hanya tercapai apabila hukuman yang berat dikenakan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan, tetapi dalam kes yang bersesuaian, kepentingan awam turut tercapai sekiranya hukuman/ perintah tersebut berjaya menginsafkan pesalah dan mengubah pesalah ke pangkal jalan yang betul.
Mahkamah juga berpendapat bahawa kepentingan awam adalah satu konsep yang amat luas dan fleksibel, dan sama ada kepentingan awam telah tercapai apabila sesuatu hukuman/ perintah dijatuhkan dalam sesuatu kes adalah bergantung kepada fakta kes itu sendiri.
Mahkamah perlulah mengambil kira sama ada jenayah yang dilakukan kanak-kanak tersebut adalah serius dan tidak boleh dipulihkan lagi. Dengan keadaan sedemikian, Mahkamah boleh memerintahkan hukuman pemenjaraan atau kemasukan ke sekolah Henry Gurney mestilah sebagai langkah terakhir (last resort) sekiranya pesalah kanak-kanak tersebut tidak dapat dipulihkan melaiui langkah-langkah lain. Mahkamah seharusnya mengambil kira rekod bersih Kanak-kanak dalam menentukan perintah yang bakal dijatuhkan terhadap Kanak-kanak tersebut.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
010-9647961


 

[1180.22] SAMAN SIVIL & PERTUDUHAN JENAYAH


Saman sivil terdiri daripada pelbagai isu (kausa tindakan). Ada saman fitnah, saman tidak bayar hutang, saman pencerobohan, kecuaian dan sebagainya. Kes sivil berbeza dengan kes jenayah.
Dalam kes jenayah, pesalah akan ditangkap, dan dituduh di mahkamah oleh pendakwa raya.
Pesalah akan lantik peguam untuk membela. Peguam tersebut dipanggil peguam bela.
Saman sivil pula membabitkan 2 pihak bertelagah. Yang menyaman dipanggil plaintif. Yang kena saman dipanggil defendan.
Saman sivil yang difailkan oleh plaintif akan diserah kepada defendan, untuk defendan hadir dan jawab isu yang ditimbulkan.
Saman adalah dokumen mahkamah yang biasanya panjang dan penuh perincian. Apabila anda menerima saman, jangan gelabah Ia belum bermaksud anda sudah bersalah. Ia bermaksud anda diberi peluang untuk jawab isu yang ditimbulkan.
Apa yang perlu dilakukan adalah buat nota ringkas mengenai jawapan anda, dan versi fakta anda. Buat kronologi cerita. Ia akan memudahkan peguam anda jika anda menggunakan khidmat peguam nanti.
Peguam akan menyusun strategi terbaik untuk anda. Mereka adalah profesional terlatih. Anda boleh mewakili diri sendiri tetapi dalam banyak keadaan, ia terbukti sangat menyukarkan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
019-5658454


 

Older Post ►