Showing posts with label Kontroversi. Show all posts
Showing posts with label Kontroversi. Show all posts

Wednesday, August 4, 2021

[946.21] KERETA JIRAN PARKING DEPAN RUMAH


Soalan - "Apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap jiran yang suka parking kereta sehingga mengambil ruang halaman depan rumah kita, dan menyukarkan kita untuk parking kereta sendiri?"
...............................................
Anda boleh membuat aduan kepada PBT dan pihak tersebut boleh:
O Diberikan amaran:
O Diberikan saman/kompaun:
O Ditunda kenderaannya dan disaman/kompaun:
Selain itu boleh mengambil tindakan Saman Sivil atau kacau-ganggu atau pencerobohan dibawah undang-undang tort.
Berbaik-baiklah dengan jiran!
HNC
0109647961


 

Friday, October 30, 2020

[700.20] ARTIKEL KES KONTROVERSI


"Tuan,banyakkan sikit pasal kes kontroversi macam peguam xxxxxx dan lain-lain wartawan buat"
Ada banyak juga soalan perundangan kami tidak boleh jawab melalui artikel kami sebab agak kontroversi dan tengah panas. Mohon maaf kami tidak dapat memenuhi untuk buat artikel menjurus terus kepada kes tengah panas.
Pertama, kami ketengahkan artikel perundangan bagi mendidik netizen/masyarakat dan semua artikel adalah dalan urusan kerja kami seharian. Tidak pula kami berikan fakta mengenai urusan kerja kami.
Kedua, penulisan ada etika. Selain tidak pamerkan fakta berkenaan kerja kami, anakguam kami, kami tidak boleh campuri isu dalam penyiasatan dan pembicaraan kecuali menerangkan beberapa isu perundangan secara am atau akademik sahaja.
Harap pembaca faham kenapa artikel/soalan anda tidak dijawab di sini. Kami akui tajuk dan persoalannya bagus, tetapi tidak dapat kami penuhi.


 

Thursday, May 14, 2020

[605.20] JANGAN UKUR KASUT ORANG SEKADAR NAK TAHU SAIZ


"Untung berjuta diam. Baru masalah pkp macam ni rugi sikit nak berkira"
Banyak mesej aedemikian apabila cadangan Tokey #Mydin baru ni. Ternyata anda tidak faham praktikal #ekonomi hidup.
Dalam bisnes, untung skit buat cara sikit. Bila untung banyak, org #bisnes mula kembangkan bisnes. Tempat dan premis lebih banyak dan besar. Anda nampak besar tetapi tak nampak yg untung tadi dah dihabiskan utk besarkan peniagaan malah ditambah lagi hutang lain. Prospek bisnes lebih besar dan anak beranak kaum kerabat kita dpt peluang pekerjaan.
Orang nampak masa bisnes kita besar, ada staf ramai. Ada org tanya khabar bila staf tiada, kita tak ambil staf kenapa. Ada org ambil tahu duit simpanan perniagaan berapa ada. Nak bantu?
Dalam musim pkp, sekecil bisnes mana telah rugi kos pengurusan dalam hampir lebih kurang RM40k setakat ini. Katakan jangkaan kerajaan akan memberikan kesan kpd bisnes selama 6 bulan, maka sendiri ramaikan kerugian bodo-bodo terpaksa gunakan simpanan dalam RM70-100k. InsyaAllah lepas #pkp ada sikit-sikit rezeki. Bisnes besar, besar lagi ruginya.
Adakah yg komen negatif tu merasai kerugian sebanyak itu? Adakah mereka fikir tentang periuk nasi pekerja yang kini salam dilema. Mungkin mereka saudara kita. Jika tidak, saya cadangkan DIAM dan belajar masalah orang dan jangan fikir kita betul hanya kerana kita ada #gaji tetap baik kerajaan dan swasta.
Orang bisnes sedang usaha sedaya upaya untuk kurangkan kos #kerugian bagi memboleh kami tidak mengurangkan #kakitangan dan menutup #operasi bagi kebaikan #sosial dan #ekonomi orang kita.
Banyak bisnes tutup operasi kerana kos melebihi apa yang ada. Tutup operasi adalah satu jalan terbaik pada masa ini atas kebaikan Akta #Syarikat dan beberapa #loophole lain.
Lepas pkp, operasi dan perniagaan boleh re-start dengan kerugian terhad kepada #branding and #goodwill sahaja.
Tetapi masih ramai cuba bertahan di luar. Anda patut kagumi mereka jika anda tahu pengorbanan majikan-majikan ini sudut kos, idea dan masa mereka.
Kami hanya peniaga kecil. Kami memikirkan rakan-rakan kami yang berstatus peniaga besar yang terpaksa melakukan #pengorbanan untuk meneruskan perniagaan tanpa beri kesan kepada status yang ada sebelum PKP.
Don't break my heart!

Wednesday, December 4, 2019

[448.19] VIDEO SEKS AHLI POLITIK (BAHAGIAN 1)



Soalan - "Apa pandangan Tuan pasal video katanya Azmin tu"
Ketua Polis telah membuat sidang akhbar dan menyatakan bahawa video tersebut adalah tulen manakala pengecaman identiti pelaku dengan ahli politik tersebut adalah negatif.
Tetapi kisah itu masih panas dibicarakan semua tempat okeh semua orang.
Bagaimana persepsi kita kepada kisah video ini perlu dilihat selari dengan dapatan Ketua Polis Negara. Apa pun persepsi dan bingit timbul daripada motif politik. Baik sesama sendiri, baik daripada pembangkang.
Mungkin jika dilihat daripada sudut kiri, ia satu cubaan pembunuhan karier politik DS Azmin Ali.
Lama panas kisah ini. Ramai kena tangkap start daripada penjual simcard sehingga pembantu politik..... dilihat sudut kanan pula, seperti satu cubaan pembunuhan karier politik seorang ahli politik lain yang dikatakan dalang (tidak tahu siapa).
Jika dilihat sudut atas, semua bising. DAP, PKR, PAS, UMNO dan lain-lain. Nampak situasi ini menguatkan tapak BERSATU selaku dominan di masa depan dan banyak untung jika yang lain terus bergolak.
Jika dilihat dari sudut bawah, isu ini mampu tenggelamkan isu kes-kes bekas Perdana Menteri di Mahkamah mahupun roadshow beliau dalam mengenengahkan beliau secara personal di dalam UMNO atau pakatan dengan parti tersebut.
Siapa buat, siapa untung bukan isunya. Isunya persepsi anda menyumbang ke arah mana daripada 4 bahagian.
Iti antara contoh yang boleh saya kongsikan. Ada lagi angle yang belum cover.
Pendek cerita, ramai ke Gay di Malaysia ini?

Wednesday, June 12, 2019

[413.19] LAWATAN PENJARA TAPAH (WANITA)





[413.19] LAWATAN PENJARA TAPAH (WANITA)

Lawatan untuk kes #Mahkamah Persekutuan bagi rayuan sabitan dan hukuman mati atas sabitan pengedaran dadah. Klien adalah wanita india.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan #hukuman #mati dan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman berkenaan. 

Agak lama perbincangan tadi. Tidak termasuk banyak dugaan, Mata asyik tengok warden dan inmate. Mana tidaknya, ramai betul inmate lalu lalang. 

Semua ranggi (hot) dan cantik. Rambut kaler merah. Mungkin inmate baru. Rambut belum tukar warna.

Pendek cerita, kenapa ramai wanita lawa masuk #penjara?

Adakah wanita cantik sekarang banyak penipu atau senang ditipu.

Kalau di luar ini, ramai antara couple dengan #pengkid adalah wanita cantik dan ada ramai bertudung (bagi melayu). Alangkah ruginya.

Bila tengok ramai wanita cantik tadi, teringat banyak kes melibatkan #wanita dan peningkatan penangkapan wanita dalam jenayah.

Faktornya juga disebabkan trend kehidupan semasa, lelaki tidak (lari) bertanggungjawab, salah berkawan, ditipu cinta dan lain-lain. 

Nanti kita cerita (artikel kemudian) apa antara sebab wanita lakukan jenayah, ditangkap dan dipenjara. Cerita berdasarkan pengalaman kami secara am.

Hati-hati sebab ada lelaki mungkin terasa.

[409.19] KEHANCURAN KELUARGA ATAS SYARIAT - #1 HARTA PUSAKA & HIBAH


[409.19] KEHANCURAN KELUARGA ATAS SYARIAT - #1 HARTA PUSAKA & HIBAH
Apabila dikatakan syariat, ketentuannya elok dan bertepatan dalam apa jua keadaan dan zaman. Kita salah dalam tindakan sehingga adat hidup menjadi tidak selari dengan syariat.
Yang tidak eloknya kita.
Antara penyebab putusnya silaturrahim dan runtuhnya sistem keluarga adalah kerana harta.
HARTA PUSAKA
Apabila harta ditinggalkan mati, maka ia dianggap pesaka yang mana tertakluk kepada faraid (bagi muslim). Tidak semua pembahagian pusaka di persetujui dan sebaliknya dipersetujui pembahagian secara persetujuan bersama. Ia adalah harus selagi mana semua penerima pesaka bersetuju sedemikian.

Pendek cerita, elakkan persetujuan pembahagian mana-mana cara walaupun dianggap adil. Ia bukan adil sebenarnya tetapi sama rata dan mungkin adil sudut pandangan kasar sahaja. Adil adalah faraidh. Ia ditentukan oleh Allah SWT.
Harta sepencarian bukan faraidh. Ia adat yang dikanunkan. Bukti kebodohan lelaki keturunan kita pada harta dan perbelanjaannya. (Bincang di episod 2)
HIBAH
Hibah dan pemberiaan harta perlu dibuat oleh pemilik kepada penerima semasa hidup dan boleh dilaksanakan semasa hidup atau mati. Antara syarat penting ialah pemilikan mutlak.

Tetapi ada kes Mahkamah Syariah membenarkan hibah ke atas harta yang bukan dimiliki mutlak seperti masih dalam pinjaman bank.
Sejauh mana keadilan dalam hibah oleh pemberi. Setakat mana harus, hibah adalah hak kepada pemberi/pemilik dan haknya untuk memberikan kepada siapa yang dikehendaki.
SEKARANG MASALAHNYA
Sejauh mana akhlak dan Islamnya kita. Masalah ini sebagai ingatan kepada kami juga. Antara masalah besar kepada keluarga dan hancurnya institusi kekeluargaan dalam harta.

Dalam memberikan bahagian pusaka, akan ada yang tidak berpuashati. Nak samarata, maka samarata. Adakah Allah bebani tanggungan samarata?
Maka nasihat saya ikut faraidh. The worst scenario, "ini hukum Allah".
Banyak kes tanah antaranya bermula bila pembahagian tidak seadilnya. Faraidh bahaginya tidak adil pada mata kita. Itu kefahaman tanpa ilmu. Tapi itu realiti yang kita terpaksa telan, masyarakat beranggapan sedemikian.
Begitu juga hibah dan pemberian. Baik ditunjukkan, maka yang itu dapat lebih. Bodek dan mesra ditonjolkan, maka yang itu dapat lebih. Sedangkan akal tidak semestinya memberikan satu taakul yang baik dalam menentukan siapa lebih layak.
Adakah perlu hibah kepada pihak-pihak terutama pihak penerima pusaka jika pemberi mati?
Adakah kerana sayang lebih.
Adakah kerana dijaga dan mulut manis.
Adakah kerana lebih kaya dan berpelajaran

Apabila perlaksanaan pembahagian harta terpesong baik sudut faraidh dan hibah maka kepincangan mula berlaku dalam keluarga dan juga mengheret kepada tindakan jenayah. Malah kes bunuh.
Wali-wali tidak lagi bertanggungjawab. Kenapa perlu tugas wali dilaksanakan selain tandatangani surat nikah apabila harta kepada bapanya melebihi adik lelakinya ini?
Kenapa perlu tanggungan wali sedangkan bahagian beradik wanitanya sama.
Kenapa tanggungjawab wali perlu sedangkan mereka meratah harta-harta keluarga semasa hidup melalui pemberian dan hibah.
Malah ada yang tamak masih mahu meratah harta-harta secara salah, misled, tipu, bodek dan sebagainya.
Banyak kami terima kes sebegini dalam sivil dan jenayah. Berebut sempadan jalan, berebut tanah pusaka, pergaduhan, berbunuhan dsn sebagainya.
"Semua sepakat dan tiada apa yang perlu dirisaukan?" 
Saya setuju, kebanyakannya baik tetapi kehancuran silaturrahim keluarga mula berlaku semasa peringkat anak-anak mereka. Begitu juga masalah sivil dan jenayah. Tetapi banyak juga semasa generasi pertama.

Sekadar pandangan dalam ayat singkat. Tak mampu nak tulis panjang untuk pemahaman mendalam. Baca dengan ilmu, perhatikan apa yang jadi disekeliling anda.

Saturday, June 1, 2019

[404.19] ABANG BOTAK PUNYAL HAL


[404.19] ABANG BOTAK PUNYAL HAL
Kecoh bab Abang Botak pecahkan cermin kereta seorang pemandu ni. Maka netizen pakat mengutuk Abang Botak. Polis pun laksanakan kerja mereka dan dapatlah ditangkap Abang Botak ini.
Bila didakwa di mahkamah, maka dikenakan satu hukuman penjara 12 bulan terhadap Abang Botak. Tidak pula nampak Abang Botak sedih masa selepas hukuman mahupun semasa ditangkap. Siap ada gambar tunjuk "bagus" lagi masa di balai dengan tangan bergari.
Maka tular lah gambar Abang Botak dibawa keluar daripada Mahkamah Petaling Jaya dengan muka selambanya. Tetiba netizen pula rasa kasihan dan mula bersimpati dengan Abang Botak.
Ini kuasa viral yang menyebabkan minda kita terpesong kepada isu yang patut kita beratkan. Jadi apa yang viral tidak semestinya tepat.
Ada pula peguam dan netizen mempertikaikan hukuman tidak adil dan majistret adalah KEJAM. Aduh! kesian saya kat Mahkamah pun kena.
Mai nak jawab dalam bentuk praktikal berdasarkan soalan-soalan pembaca Hisham Nazir & Cronies dan juga blog www.criminallawyermalaysia.com
ADAKAH HUKUMAN ITU ADIL?
Hukuman itu adalah adil (jangan bantah) dan paling terendah yang boleh diberikan oleh Majistret. Pertuduhan adalah di bawah seksyen 327 Kanun Kesiksaan yang memperuntukan hukuman adalah;
O Penjara minima setahun dan maksima 5 tahun; atau
O Denda; atau
O Penjara di atas dan(bersama) denda.
Maka penjara 12 bulan adalah hukuman minima dan majistret telah memberikan simpati kepadanya.
Maka ada suara yang membandingkan hukuman Lan Pet-Pet perlu sedar bahawa pertuduhan mereka adalah berbeza. Apabila berbeza, maka hukuman dan kuasa budibicara adalah berbeza.
Jangan nak ambil tahu pertuduhan Lan Pet-Pet, pertuduhan Abang Botak pun mereka tidak ambil tahu. Terus komen.
TETAPI MAHKAMAH BOLEH BAGI DENDA, KENAPA NAK KENA PENJARA?
Soalan bijak. Denda yang boleh dikenakan ialah berdasarkan budibicara dan kuasa yang ada pada Mahkamah. Tiada satu amaun spesifik ditetapkan.
Isunya, adakah semasa prosedur Mahkamah, satu permintaan kepada denda dibuat kepada Mahkamah.
Adakah semasa permintaan kepada denda, satu cadangan denda diberikan dan juga kehadiran pihak keluarga bagi denda tersebut.
Adakah terdapat alasan denda diketepikan atas permintaan atau hujahan pemberatan Pendakwaan?
Persoalan di atas kena dilihat dahulu sebelum dikatakan kejam untuk tidak diberikan denda.
Perlu diingatkan bahawa kes ini menjadi tular di media sosial boleh menjadi pemberatan oleh pendakwaan juga bagi menolak denda.
Juga menjadi tugasan peguambela untuk menasihatinya dan melakukan mitigasi kepada mahkamah dalam mendapatkan satu hukuman yang adil kepada semua pihak. (win-win). Adakah peguambela ada buat "risik &nego" sebelum menasihati anakguamnya?
Memang dalam peruntukan yang sama ada denda yang dikenakan dan tidak pula penjara. Boleh senaraikan kes sedemikian, banyak juga. Boleh denda serendah seribu.
Tetapi ada beberapa keadaan perlu dibezakan.

TAPI ADA CERITA PROVOK DAN BUKAN SALAH ABANG BOTAK
Jika ada pembelaan dan benar di pihak Abang Botak, maka dia tidak perlu membuat pengakuan salah. Dia masih ada hak untuk dibicarakan.
Apabila ia mengaku salah, maka mahkamah boleh terus putuskan hukuman selepas mengambil plea tersebut. Itu yang terjadi.
Yang menghairan ada pula yang menyatakan kes lain lama bukan main. Tangguh sana tangguh sini. Tapi kes ini cepat benar. Terus bagi 12 bulan.
"Dik, dia dah mengaku salah. Cukup fakta dan hukuman, Majistret ambil plea yang pengakuan salahnya, terus lah jatuh hukum. Itu orang kata lantik peguam dapatkan nasihat penuh"

KALAU ABANG BUAT KES INI, APA PATUT DIBUAT?
Kalau abang yg separa botak ini buat, Abang akan jumpa DPP cakap kat dia, "nak raya ni, jaminan jangan bagi tinggi sangat".
Abang jumpa Botak ni dan cakap "kalau mengaku salah, hari ini akan kena hukum. Denda boleh kalau ada mahu bayar atau sanggup bayar. Kalau tak masuk penjara."
Abang akan tambah lagi "kalau nak raya luar, minta bicara hari ini dan dapat tarikh sebutan. Kita jamin dulu dan nanti lepas raya kita bincang pro dan kontra dan tengok nak lawan atau mengaku salah. benda boleh bincang"
Abang suruh org bayarkan jaminan dia dan dia balik raya dulu. Abang pun nak balik raya ni. Selepas raya abang call balik mai jumpa minum-minum. Sembang macamana nak buat kes ini.

DAH JATUH HUKUM BOLEH KE TUKAR PENGAKUAN RAYUAN?
Rayuan memang boleh tetapi terhad kepada hukuman sahaja. Fakta dan sabitan tidak boleh sebab dia mengaku bersalah. Maknanya apa fakta yang dikemukakan oleh pendakwaan, dia dah mengakuinya.
Mengenepikan pengakuan juga boleh dilakukan oleh Abang Botak melalui peguamnya atas beberapa sebab teknikal. Baca paper pun tahu ada beberapa teknikal fatal yang boleh dipertimbangkan. Takkan nak cerita free sini, habislah modal idea abang. Semua orang bayar idea abang.
Penangguhan hukuman pun boleh buat kalau nak raya di luar bersama keluarga. Permohonan masih sempat difailkan. Tambah sedikit "turbo segera", jumpa Mahkamah dan set masa bicara hari sama. Cakap nak balik raya jauh.. (yang last ni abang gurau sahaja)🤣

LAIN-LAIN
Ada 2-3 soalan yang rasanya tidak perlu abang jawab. Cukup katakan abang pun kerja dan soalan itu adalah intelek abang. ðŸ˜Ž
Okaylah, abang balik raya dulu!

Wednesday, May 29, 2019

[400.19] ALASAN PEGUAM NEGARA MENARIK BALIK PERLANTIKAN PEGUAMCARA KEMENTERIAN DAN JABATAN BOMBA


[400.19] ALASAN PEGUAM NEGARA MENARIK BALIK PERLANTIKAN PEGUAMCARA KEMENTERIAN DAN JABATAN BOMBA
4 alasan yang diberikan oleh #PeguamNegara berkenaan arahan menarik balik perwakilan peguamcara #Syazlin bagi Kementerian dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia adalah suatu yang logik dan boleh dipersetujui.
Cuma dua isu yang perlu diberatkan. Pertama, #inkues telah berlangsung agak lama dan perlantikannya diketahui umum. Maka kenapa tiada tindakan awal dibuat. Malah pihak kementerian melalui laporan akhbar tempatan menyatakan perlantikan tersebut diketahui dan melalui pejabat Peguam Negara.
Kedua, sebelum perkara ini dimuktamadkan, plan B dengan perlantikan dan arahan peguam persekutuan untuk menggantikan adalah perlu. Kementerian dan jabatan itu adalah sebahagian daripada kerajaan dan patut diwakili oleh pihak Peguam Negara jika kedua pihak itu berkehendakkan diwakili dalam satu prosiding dan seterusnya meggantikan #peguamcaralantikan luar (Syazlin).
Peguam Persekutuan/Pendakwaraya yang ada pada masa ini adalah bertindak pengacara/pengendali inkues dan bukan bertindak atas kepentingan Kementerian dan Jabatan tersebut.
Persoalan yang menjadi pertanyaan kepada peguam dan orang #awam, adakah peguam persekutuan di bawah kementerian tidak dibenarkan mewakili #Kementerian dan Jabatan serta menggantikan peguamcara terdahulu?

Soalan awam -
Boleh kerajaan lantik peguam biasa wakil #kerajaan?
¤ Boleh sebagai peguamcara sivil dan boleh sebagai pendakwaraya jenayah. Cuba check isu kes berkaitan #1MDB ðŸ˜Ž

[399.19] JAMINAN DI BAWAH SEKSYEN #388 KANUN ACARA JENAYAH



[399.19] JAMINAN DI BAWAH SEKSYEN #388 KANUN ACARA JENAYAH
Kebenaran jaminan di bawah peruntukan akta tersebut bagi kes melibatkan kematian adalah kedua dalam sejarah selepas kes #Balwant Singh yang mana saya sendiri terlibat dalam rayuan pendakwaan di Mahkamah Rayuan.
Kini kes #Samirah menjadikan kes kedua dan individu keempat dibebaskan dengan jaminan bagi kes melibatkan #hukumanmati mandatori.
Dalam kes Balwant Singh, kebenaran diberikan atas dua sebab utama, Pertama, faktor usia dan kesihatan. Kedua, fakta yang ada menunjukkan kemungkinan self defense semasa kejadian.
Manakala dalam kes Samirah, anaknya diberikan jaminan atas faktor kejadian di penjara dan umur mereka. Kemudiannya Mahkamah #Persekutuan telah mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan membenarkan jaminan atas faktor sifatnya sebagai wanita dan mempunyai jagaan anak serta gangguan kepada saksi adalah kabur.
Kedua-dua kes dijalankan oleh TS #Shafee.
Saya tidak mahu komen keputusan Mahkamah yang baru diputuskan tetapi dengan keputusan ini, mahkamah dan pendakwaan sepatutnya tidak menafikan jaminan kepada semua pihak atas alasan "kes berat" seolah OKT telah dicop salah.
Malah dengan sifat dan fakta yg sama, mungkin kes yang tidakboleh jaminan tetapi tidak melibatkan hukuman mati mandatori seperti peruntukan culik, pemilikan dadah, tangkapan dadah berganda (betul ke ni terjemahan), dan beberapa pertuduhan lain memberi impak kepada budibicara mahkamah.
Mahkamah perlu memberikan kelebihan kepads OKT dalam menetapkan minda mahkamah bahawa pertuduhan berat tidak menjadikan isu kepada penafian jaminan.
Gangguan saksi perlu kepada tindakan yang jelas. Bukan hanya satu andaian #pendakwaan atau mahkamah berdasarkan hubungan dan jarak.
Nak taip panjang... nak isyak dah!

Saturday, May 25, 2019

[388.19] IFTAR HNC 9.0




[388.19] IFTAR HNC 9.0
Bersama rakan sepejabat, rakan bekas sepejabat dan pelajar advokasi Fakulti Undang-Undang UKM
@ Subang Jaya

[375.19] ROGOL LELAKI



ROGOL LELAKI

"Ada drama tu buat report polis #dirogol oleh perempuan, boleh ke?"

Jawapan dia BOLEH. Boleh teruskan buat repot polis. Tiada peruntukan undang-undang menghalang anda. 

Pegawai #penyiasat juga boleh membuat siasatan dan lengkapkan Kertas Siasatannya.

Pendakwaraya ada kuasa budibicara penuh di bawah perlembagaan Malaysia untuk arahkan pendakwaan dibuat kepada perogol lelaki tersebut. 

Cuma bila pendakwaan dibuat, bolehkah ia dibuktikan. Di kala kanak-kanak telah mengambil dadah dan mengadakan hubungan seksual, undang-undang Malaysia masih tidak mengiktiraf adanya kemasukan boleh dilakukan oleh kanak-kanak.

Begitu juga di bawah seksyen #376 Kanun Keseksaan, rogol adalah suatu tindakan hubungan seksual tanpa rela seorang lelaki ke atas wanita bukan sebaliknya.

Maka disimpulkan jenayah #rogol di Malaysia tidak boleh dilakukan oleh wanita ke atas lelaki. Walaupun ia benar-benar terjadi.

Faham semua?
Ini isu pengiktirafan undang-undang kepada sesuatu tindakan jenayah.

Jika di bawah #syariah (bukan undang-syariah Malaysia), rogol boleh berlaku kepada lelaki oleh wanita. Tapi ada perbezaan pandangan dan perbahasan tentang ini termasuk kemampuan dan kuasa #syahwat lelaki. 

Wallahuallam.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

[372.19] RAKAMAN VIDEO DI DALAM MAHKAMAH MALAYSIA


RAKAMAN VIDEO DI DALAM MAHKAMAH MALAYSIA
Pertama, rakaman #video tidak dibenarkan di dalam #Mahkamah #Malaysia. Tiada peruntukan untuk membenarkannya. Jadi, ingat balik kenapa selama ini tiada prosiding dalam Mahkamah masuk TV ataupun gambar di dalam Mahkamah masuk surat khabar.
Secara automatik kita boleh kata apa jua dok canang di media sosial kononnya nak muatnaikkan prosiding secara live hanyalah satu tindakan bermotifkan politik yang mereka tidak tahu akan anggukkan kepala dan salahkan Mahkamah.
Kedua, Mahkamah sendiri ada sistem rekod visual/video yang mana telah di implemenkan semasa Ketua Hakim Yang Amat Arif Tun #Azmi. Perlaksanaan menelan belanja besar itu untuk memastikan keadilan dalam Nota Keterangan dan boleh digunakan terhad kepada #prosiding mahkamah sahaja. Kami panggil #CRT.
PIhak yang berkaitan boleh membeli dengan kos RM10 dan membuat #transkrip penuh bagi tujuan pengendalian kes berkenaan. Tiada kebenaran dipamerkan / tayangan kepada umum bagi mengelakkan prejudis atau salah faham. Hanya terhad kepada yang berkaitan.
Namun pihak awam masih boleh melihatnya secara tertutup dan juga menyiarkan transkrip. Dulu ada akhbar menyiarkan transkrip soal jawab semasa prosiding di dalam Mahkamah. Tak perasan eh..
Kes berkaitan politik.
komen berbaur politik
Tindakan pun untuk politic millage
Bagilah peluang penulisan yang berhemah bagi membimbing orang awam. Silap-silap Mahkamah pulak disalahkan.
Older Post ►