Showing posts with label Guaman Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Guaman Jenayah. Show all posts

Friday, May 22, 2026

[1603.26] SEKSYEN 302 UNTUK LANGGAR MATI


 [1603.26] SEKSYEN 302 UNTUK LANGGAR MATI

Untuk buktikan mens Rea bagi satu pertuduhan dalam situasi ini agak sukar Dan kemungkinan rendah untuk kekalkan seksyen 302.
Apa yang lebih saya tekankan, Pertama, kuasa pendakwaraya untuk menuduh mana-mana pihak atas mana-mana peruntukan undang-undang yang sewajarnya.
Pendakwaan seksyen 302 satu reflek untuk situasi yang serious dan tempelak kepada pihak eksekutif supaya lebih cakna kepada keadilan mangsa langgar MATI akibat mabuk dan pemanduan cuai yang tidak munasabah.
Eksekutif hanya dilihat cakna dan mengambil kesempatan kematian bagi millage politik masing-masing. Sejarah politik telah buktikan setelah setengah abad Malaysia terbina apabila semua pihak berpeluang menjadi kerajaan tetapi hanya menyalak waktu menjadi pembangkang. Semoga lepas ini benar-benar cakna.
Kedua, pendakwaan seksyen 302 adalah pertuduhan tanpa satu jaminan kerana kesan hukuman mati dan /atau pemenjaraan seumur hidup. Jadi OKT akan ditahan sehingga ia dibebaskan daripada pertuduhan atau bebas daripada hukuman jika ada sabitan.
Kebiasaan kes melibatkan hukuman berat akan melibatkan pengurusan di Mahkamah Majistret Dan kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Sehingga dibicata, mungkin akan mengambil masa 3-5 tahun adalah sesuatu yang biasa.
Ketiga, pendakwaan seksyen 302 akan dilihat SUATU pertuduhan yang serious oleh rakyat mahupun Mahkamah Dan akan menilai, melapor Dan berfikir oleh semua pihak sebagai SUATU teladan dan justifikasi jika ada perubahan perundangan mengenainya kelak.
Poin seterusnya saya sambung nanti la. Nak masuk Mahkamah Rayuan untuk Rayuan kes bunuh juga ini

[1606.26] NOT MY CIRCUS, NOT MY MONKEY


 [1606.26] NOT MY CIRCUS, NOT MY MONKEY

Mai nak consultation free
Bila nak caj, kata mahal
Cari lawyer janji bulan bintang
Fee guaman katanya murah
Setahun kemudian call kita
Malas nak dengar cerita sedih
Tapi Saman pun dah salah pihak
Pendek cerita -
"Tuan tolong saya buat balik kes saya"
"Mana boleh buat balik. Dah tolak, kena buat Rayuan. Kos lawyer, kos Mahkamah kena bayar la"
"Saya habis RMxxxx kepada lawyer lama. Tuan buat dulu saya janji dapat duit, saya bayar"
"Not my circus, not my monkey"

[1606.26] DENDA RENDAH & DENDA TINGGI


 [1606.26] DENDA RENDAH & DENDA TINGGI

Dalam memutuskan hukuman denda atau penjara atau sebatan, trend hukuman semasa juga menjadi faktor pertimbangan utama Mahkamah selain fakta kes.
Denda yang dikenakan ke atas perusuh dalam kes baru-baru ini adalah pada pendapar saya memadai dan munasabah dengan denda RM3000 Dan RM2000.
Ini kerana ia suatu trend hukuman semasa dan munasabah kepada hukuman dan mitigasi diskaun kepada pengakuan salah pada awal kes. Ia telah me jimatkan masa dan kos semua pihak terutama pihak Mahkamah.
Perkara yang menjadi isu sekarang ialah hukuman dikatakan rendah oleh kerana nilai kerosakan dan kejadian adalah satu jenayah terancang.
Perlu diingatkan bahawa Mahkamah menghukum atas dasar fakta semasa Dan bidangkuasanya dalam pertuduhan. Jika pihak Pendakwaan merasakan ia suatu kes berat dan perlu perhatian yang lebih, sepatut ya satu pertuduhan atau lebih dikenakan ke atas OKT termasuk pertuduhan yang lebih sesuai untuk menyatakan keseriusan kesalahan Dan aktiviti OKT.
Tetapi jika pertuduhan sama, OKT membuat pengakuan salah, bukanlah amaun denda itu akan menjadi sama atau lebih kurang setelah mengambilkira faktor mitigasi perundangan tentang pengakuan salah.
Erm..
Penang, 2026
+60139307961

Tuan, boleh tahu Tuan buat kes-kes macamana dan setakat mana ambil kes?

 


Tuan, boleh tahu Tuan buat kes-kes macamana dan setakat mana ambil kes?

Kami dikenali sebagai firma guaman yang menyediakan perkhidmatan perundangan profesional kepada individu, syarikat dan organisasi dalam perkara melibatkan urusan litigasi jenayah dan sivil di kesemua peringkat Mahkamah seluruh Malaysia.
Kami komited untuk menyediakan khidmat guaman yang cekap, telus dan efisien kepada setiap klien. Firma yang berpengalaman luas di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Hubungi kami di
untuk membuat sebarang temujanji bersama kami.
Nota: Mohon jangan PM di Facebook untuk mengelakkan kelewatan respon.

Thursday, July 27, 2023

[1485.23] PENGURUSAN KEHAKIMAN (JUDICIAL MANAGEMENT)


Di bawah seksyen 405 Akta Syarikat 2016, pihak syarikat yang tidak berupaya membayar hutang atau menanggung beban hutang tinggi tetapi masih mempunyai pendapatan daripada projek dan pembayaran tunggakan sedia ada, boleh memohon kepada mahkamah tinggi untuk diletakkan di bawah satu Pengurus Kehakiman yang dilantik untuk menguruskan pendapatan dan pembayaran hutang.
Apabila perintah ini diperolehi, ia bebas daripada tuntutan dan permohonan penggulungan sementara pendapatan diperolehi dan hutang dibayar di bawah pengurusan yang dilantik.
Ia boleh dibuat melalui Saman Pemula dan Afidavit Sokongan. Walaupun ia dibuat oleh syarikat secara exparte, tetapi pihak-pihak lain boleh masuk sebagai pihak pencelah.
Cuma nak cakap, tak puashati kalau hutang berpuluh juta sengaja lewatkan bayar. Mohon Pengurusan Kehakiman tetapi gaya hidup Pemegang Syer dan Pengarahnya sangat mewah. Beli beg berpuluh ribu itu celah gigi. Kenapa ramai tak takut Tuhan?


 

Monday, July 24, 2023

[1484.23] ACTORI INCUMBUT PROBATIO


Ia adalah sama dengan konsep pembuktian Islam yang mana bermaksud siapa yang membawa tuntutan, ia perlu membuktikan berkenaan. Dalam perundangan sivil atau jenayah, pihak menuntut atau mendakwa adalah terbeban untuk membuktikan tuntutan/ dakwaan pada kadar beban pembuktian prosiding samada pada imbangan kebarangkalian atau melepasi keraguan munasabah. Manakala dalam kes sivil melibatkan alegasi frod terlibat, tuntutan melalui saman perlu dibuktikan melampaui keraguan munasabah.
Ini dirujuk kepada seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 yang mana antara lain menyebut:
101.Burden of proof.
(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
(2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.
102.On whom burden of proof lies.
The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.
103.Burden of proof as to particular fact.
The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person.
Rujuk kepada: Goh Cheng Teik & Anor v. Syarikat Goh Guan Ho & Ors [1996] 3 MLRH 881, Wong Koon Peng & Yang Lain Vs. Venice Hill Resort Living Sdn Bhd & Yang Lain dan Kes yang lain [2010] 17 MLRH 391, Mohd Nor Dagang Sdn Bhd v. Tetuan Mohd Yusof Endut & Associates [2001] 1 MLRH 124, CAS v. MPPL & Anor [2022] MLRHU 1141, Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd v. Ei Du Pont Nemours And Company [2012] 4 MLRA 370, Chu Boon Yeh & Anor v. Kerajaan Malaysia [2015] 4 MLRH 612


 

[1480.23] SEKSYEN 34 – NIAT BERSAMA


Pertuduhan bagi sesuatu jenayah akan dibuat kepada seorang dan pertuduhan lebih daripada seorang akan dihubungkan melalui seksyen 34 CPC, iaitu niat bersama. Contohnya; A merompak dan B hanya menunggu sebagai pemandu. B adalah bertanggungan melakukan jenayah rompak seperti A sebagaimana niat bersama melakukan jenayah berkenaan.
Pendakwaan perlu membuktikanbahawa wujudnya antara OKT satu pra perancangan bersama untuk melakukan jenayah tersebut. Pra Perancangan ini tidak perlu wujud jauh masa sebelum jenayah dilakukan tetapi boleh timbul pada masa jenayah dilakukan dan boleh dilihat sudut sumbangan dan tindakan pihak-pihak OKT dalam melakukan jenayah berkenaan.
Niat bersama ini perlu ada dalam persama di minda dalam melakukan jenayah itu secara bersama. Ia bukan sekadar perlu ada pra perancangan bersama sahaja untuk menjadikan OKT wujudnya niat bersama tetapi pendakwaan perlu buktikan melalui keterangan langsung atau mengikut keadaan bahawa OKT mempunyai niat bersama untuk melakukan jenayah itu secara bersama sebagaimana jenayah dalam pertuduhan. OKT juga mengambil bahagian dan melakukan jenayah berkenaan sebagaimana pra perancangan bersama ke atas jenayah berkenaan.
Rujuk:
PP v. Tee Chih Wei & Other Appeals [2017] 3 MLRH 59
Public Prosecutor v Azilah bin Hadri & Anor [2015] 1 MLJ 617
PP v. Mohd Sapawi bin Ab Talib & Ors [2021] 2 MLRH 416)
Nota: Semoga panel Mahkamah Persekutuan bersama saya hari ini. Tipis pun okay la!


 

[1479.23] PERTUDUHAN YAB SANUSI


Bila YAB Menteri Besar Kedah kena tuduh di Mahkamah hari ini ramai juga bertanya kat komen dan PM page dan saya tentang isu ini. Pertama, menjadi kebiasaannya kami tidak komen kepada perkara sedang dibicarakan kecuali untuk menjawab beberapa sudut secara akademik sahaja. Jadi soalan panas yang kami tidak dapat kami jawab secara terbuka. Page ini sekadar untuk mendidik dan bukan untuk propaganda mana-mana cabang politik.
Pertuduhan untuk halang Sanusi di Piliharaya ?
Sudut pencalonan rasanya ini berikan kesan lebih baik. Netizen suka orang glamour dan tindakan beliau dituduh hanya menaikkan rating populariti sudut politik orang awam. Kes ini tidak beri kesan untuk dicalonkan sebagai calon DUN mahupun sebagai Menteri Besar. Tetapi kalau ada sabitan kepada pertuduhan berkenaan, kita akan hadap Piliharaya Kecil (PRK) DUN Jeneri (kalau dicalonkan di sana la).
Adakah kes hasutan dikatakan kepada Sultan Selangor oleh Sanusi mempunyai merit?
Saya melihat video berkenaan dan nyatakan pada pandangan peribadi bahawa memang ada merit kepada tindakan beliau kepada pertuduhannya. Tidak boleh salahkan kepada situasi politik semata-mata (jika ada).
Cuma dalam tindakan itu adalah bukan secara terus (direct) tetapi lebih kepada penggunaan bahasa dan perbandingan yang salah tetapi pemahaman adalah jelas. Di dalam perundangan jenayah, selain actus reus, niat atau mens rea juga perlu dibuktikan oleh pendakwaan bahawa tindakan itu disedari dan diketahui salah dan perumpamaan dan bandingan yang dibuat adalah memperlekehkan institusi dan Sultan Selangor. Ini adalah isu perundangan yang menjadi penentu samada ia suatu jenayah atau sebaliknya meskipun actus reus dibuktikan oleh pendakwaan.
Melihat sebagai institusi Kerajaan Selangor untuk mempertahan dan mengekalkan kewibawaan Raja berdaulat. Samada pertuduhan itu berjaya dibuktikan dan disabitkan atau tidak, saya percaya outcome adalah tidak penting kepada insitusi tetapi lebih kepada kewibawaan perlu dijaga secara berterusan oleh rakyat Malaysia mahupun bukan rakyat Selangor secara spesifik.
Bukan sahaja berkaitan 3R tetapi apa jua percakapan kita dan siapa pun kita, jagalah perkataan dan bahasa. Orang Melayu berpesan "kerana mulut badan binasa". Rasullullah SAW berpesan "Cakap perkara bermanfaat atau diam".
Simple!


 

Tuesday, July 18, 2023

[1477.23] PEMBELAAN PROVOKASI BAGI JENAYAH BUNUH


Pembelaan provokasi adalah satu pembelaan baik bagi jenayah bunuh sebagaimana di nyatakan dalam pengecualian pertama di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan;
Exception 1 - Culpable homicide is not murder if the offender, whilst deprived of the power of self control by grave and sudden provocation, causes the death of the person who gave the provocation, or causes the death of any other person by mistake or accident.
Provokasi yang dimaksudkan bagi pembelaan bukanlah satu provokasi biasa (mere provocation) tetapi mesti bersifat “grave and sudden” yang mana provokasi yang dibangkitkan adalah boleh dan terbukti boleh menghilangkan kawalan diri oleh penyerangnya pada kebiasaanya atau adat.
Provokasi itu juga bukan dimulakan oleh penyerang/OKT bagi melindung diri atau menggunapakai provokasi ke atas mangsa.
Rujuk – Steven Lagang vs. PP [2023] MLRAU 134, Untung vs. PP [2023] MLRAU 131, PP vs. Jaya Ganesh jayabalan & Anor [2023] MLRHU 1002


 

[1476.23] DIKESAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN


Dipercayai sepasang suami isteri sedang dikesan untuk membantu kes berkaitan curi sebuah kereta perdana dan disiasat oleh Ibupejabat Polis Daerah Jitra.
Muhammad Termizi bin Mat Saad
Roszayanhanan binti Abdul Halim
Pasangan dipercayai tinggal di Jitra Kedah. Kepada yang mempunyai maklumat, boleh hubungi pihak polis berdekatan.
Sila share.


 

Thursday, July 13, 2023

[1474.23] Bersiul phewitt harga 10 tahun penjara?


Dalam menyiapkan hujahan bekenaaan pertuduhan seksual terhadap kanak-kanak. Kebanyakannya pendakwaan di bawah s.14 AKKSTKK 2017. Tapi persoalan tentang tindakan orang awam dan biasa melepak kacau anak-anak orang balik sekolah.
Jika melibatkan kacau anak di bawah umur iaitu bawah 16 tahun, maka boleh dituduh di bawah s 15 (i) akta yang sama.
Bab pheewitt atau apa-apa perkataan yang ditujukan kepada bawah umur boleh dikenakan satu kesalahan jenayah seksual. Antara lain elemen:
O Pelaku;
O Mangsa bawah 16 tahun (lelaki atau perempuan);
O Perbuatan bunyi membawa maksud seksual;
O Bunyi itu didengari oleh mangsa;
Bunyi je pun.. takkan kena?
Kekadang bunyi tu di mulut, mulut dan mata muncung pada buah dada dan vagina. (Cakap ayat jelas sebab senang faham)
Hukuman penjara tidak lebih 10 tahun penjara atau tidak lebih RM20,000.00 denda atau keduanya.
Jangan duk kacau anak orang eh!


 

[1471.23] Kuasa Mutlak di bawah KDN


Orang tanya bab ni. Saya nak respon ringkas sahaja.
Sebenarnya Jabatan Imigresen tidak perlu buat due diligence dan ikut prosedur (sebab dikatakan telah ikut prosedur) pun bab menerima atau menghalau masuk mana-mana warga asing atau tempatan yang perlu melalui pemeriksaan imigresen Malaysia daripada memasuki tanah Malaysia kawasan tersebut.
Ini kerana isu menerima masuk dan keluar dalam negara Malaysia adalah kuasa Jabatan Imigresen Malaysia. Kuasa itu adalah kuasa budibicara Imigresen. Maksudnya kuasa mutlak mereka.
Sama juga kuasa jabatan lain di bawah KDN seperti ROS, JPN dan lain-lain. Nampak merek kecil, tapi kuasa mereka besar. Jabatan lain kita cerita masa lain.
Kita yang tempatan ni pun kalau lalu imigresen kena tendang balik naik flight kalau dia kata takleh masuk. Kao bising pasal warga China pulak.


 

Monday, July 3, 2023

[1468.23] Kuasa PBT


Hal saman tentang peraturan kesopanan yang dilaksnaakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah di dalam lingkungan bidangkuasa yang ada pada mana-mana PBT di negara ini.
Sebarang rayuan dan perbincangan saman boleh dibuat kepada pihak MPKB. Manakala ketidakpuasan hati terhadap peruntukan dan kuasa boleh dicabar dan disemak melalui kuasa Mahkamah Tinggi.
Ia bukan terhad kepada isu perlembagaan sahaja tetapi mana-mana bahagian peruntukan yang dikatakan bercanggah dengannya.
Apa pun saman dikeluarkan kepada pemakai seluar paras punggung. Sekali lagi 'punggung'. Bukan paha. Saya pun ramai kawan berbangsa cina, depa pun malu nak tayang sampai keluar punggung tepi seluar.


 

[1465.23] PERLUCUTAN HAK HARTA BAGI KES JENAYAH YANG TIDAK DIDAKWA


Bagi tujuan perlucutanhak harta tertentu boleh dimohon melalui Notis Usul kepada Mahkamah Tinggi bagi perkara jenayah berkaitan di Jadual Kedua dan seksyen 56, 61, 4, 3 dan beberapa peruntukan berkaitan di dalam Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Perlucutanhak bagi kes yang tiada pendakwaan boleh dibuat oleh pihak Pendakwaan di bawah seksyen 56(1) Akta 613 selaras dengan pembuktian oleh Pendakwaan bahawa adanya berlaku kesalahan jenayah di bawah seksyen 4(1) yang membawa kepada pemerolehan wang tersebut.
Mahkamah terhad dalam tidak mencampuri merit kes dan kebersalahan pihak Responden tentang perbuatan jenayah di Jadual 2 ataupun aktiviti/kesalahan di seksyen 4(1) tetapi Mahkamah menghadkan dirinya dalam menentukan keesahan harta dalam pemerolehan nya. Walaupun bebn bukti pada tahap imbangan kebarangkalian (seperti kes sivil), pendakwaan adalah terbeban untuk membuktikan melalui Afidavitnya kesalahan predikat dan juga tindakan yang membolehkan mahkamah membenarkan permohonan di bawah seksyen 56 dan 61.
Rujuk - PP V. BILLION NOVA SDN BHD &ORS [2016] 2 CLJ 763, PP V. KUALA DIMENSI SDN BHD &ORS [2019] 3 CLJ 650, [2021] 3 CLJ 198, PP LWN. OBYU HOLDING SDN BHD [2022] 1 LNS 3157,


 

[1464.23] PENGEMUKAAN DOKUMENTASI / EKSHIBIT TIDAK BERKAITAN


Dalam menjalankan kes Pendakwaan, menjadi budibicara pendakwaan untuk mengemukakan dokumentasi atai ekshibit tertentu dalam menguatkan kes atau membuktikan elemen pertuduhan tertentu.
Namun dalam pengemukaan ekshibit ini, Hakim atau peguambela boleh memberhentkan dan/atau membantah pengemukaan mana-mana ekshibit yang tidak berkaitan dan tidak relevan dengan saksi dan juga pertuduhan.
Ada beberapa alasan kenapa pengemukaan dokumen/ekshibit dibuat walaupun ia dilihat tidak berkaitan. Pertama; Pembuktian Kelakuan Buruk/Jenayah (Bad Character). Kedua; Re Gestae dalam membuktikan perjalanan dan tindakan kepada perbuatan jenayah yang dipertuduhkan.
Dalam membantah, peguambela perlu hujahkan dokumen berkenaan tidak relevan berdasarkan tidak melibatkan sabjek dan elemen dalam pertuduhan kes berkenaan. Biasanya mahkamah akan membenarkan bantahan kecuali pendakwaan boleh memberikan penjelasan relevannya tindakan berkenaan setelah mengambilkira pertuduhan ataupun dua perkara tujuan lain dinyatakan di perenggan di atas.


 

Thursday, June 22, 2023

[1462.23] RUMAH STRATA SEBAGAI HOMESTAY


Banyak rumah dijadikan homestay dan penginapan jangka pendek kepada mereka yang datang tujuan jangka pendek.
Samada boleh atau tidak tiada perundangan jelas menghalangnya kecuali penggunaan premis peribadi sebagai komersil masih boleh digunapakai sebagai halangan oleh PBT.
Namun walaupun tiada perundangan menghalang atau ada keharusan dalam menjadikan rumah strata sebagai penginapan sementara oleh mana-mana perundangan atau pihak berkuasa tempatan, tetapi badan pengurusan boleh membuat undang-undang untuk menghalang perkara sedemikian dan ianya adalah tindakan yang sah. Ini sebagaimana keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Verse Suite Mont Kiara Management Corporation vs. Innab Salil & Anor.


 

Thursday, June 15, 2023

[1461.23] SYARIKAT TIDAK BOLEH MEMINDA DAPATAN PANEL SIASATAN DALAMAN



Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Industri dan Mahkamah Tinggi seterusnnya mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Isu tunggal tersebut dilihat positif dan membenarkan rayuan berkenaan dengan kos. Sila rujuk link -


 

Older Post ►