Bila YAB Menteri Besar Kedah kena tuduh di Mahkamah hari ini ramai juga bertanya kat komen dan PM page dan saya tentang isu ini. Pertama, menjadi kebiasaannya kami tidak komen kepada perkara sedang dibicarakan kecuali untuk menjawab beberapa sudut secara akademik sahaja. Jadi soalan panas yang kami tidak dapat kami jawab secara terbuka. Page ini sekadar untuk mendidik dan bukan untuk propaganda mana-mana cabang politik.
Sudut pencalonan rasanya ini berikan kesan lebih baik. Netizen suka orang glamour dan tindakan beliau dituduh hanya menaikkan rating populariti sudut politik orang awam. Kes ini tidak beri kesan untuk dicalonkan sebagai calon DUN mahupun sebagai Menteri Besar. Tetapi kalau ada sabitan kepada pertuduhan berkenaan, kita akan hadap Piliharaya Kecil (PRK) DUN Jeneri (kalau dicalonkan di sana la).
Adakah kes hasutan dikatakan kepada Sultan Selangor oleh Sanusi mempunyai merit?
Saya melihat video berkenaan dan nyatakan pada pandangan peribadi bahawa memang ada merit kepada tindakan beliau kepada pertuduhannya. Tidak boleh salahkan kepada situasi politik semata-mata (jika ada).
Cuma dalam tindakan itu adalah bukan secara terus (direct) tetapi lebih kepada penggunaan bahasa dan perbandingan yang salah tetapi pemahaman adalah jelas. Di dalam perundangan jenayah, selain actus reus, niat atau mens rea juga perlu dibuktikan oleh pendakwaan bahawa tindakan itu disedari dan diketahui salah dan perumpamaan dan bandingan yang dibuat adalah memperlekehkan institusi dan Sultan Selangor. Ini adalah isu perundangan yang menjadi penentu samada ia suatu jenayah atau sebaliknya meskipun actus reus dibuktikan oleh pendakwaan.
Melihat sebagai institusi Kerajaan Selangor untuk mempertahan dan mengekalkan kewibawaan Raja berdaulat. Samada pertuduhan itu berjaya dibuktikan dan disabitkan atau tidak, saya percaya outcome adalah tidak penting kepada insitusi tetapi lebih kepada kewibawaan perlu dijaga secara berterusan oleh rakyat Malaysia mahupun bukan rakyat Selangor secara spesifik.
Bukan sahaja berkaitan 3R tetapi apa jua percakapan kita dan siapa pun kita, jagalah perkataan dan bahasa. Orang Melayu berpesan "kerana mulut badan binasa". Rasullullah SAW berpesan "Cakap perkara bermanfaat atau diam".
Simple!
Mohd Hisham
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..