Website - Blog
Powered by Facebook - Website

Wednesday, March 29, 2023

[1387.23] KUPASAN BERKENAAN SEKSYEN 8 AKTA KETERANGAN DI DALAM KES PUBLIC PROSECUTOR LWN VIJAYA RAJ DAN KES PP LWN MOHD AMIN MOHD RAZALI & ORS


Di dalam kes Public Prosecutor lwn Vijaya Raj [1980] 1 MLRA 333, telah dibincangkan bahawa terdapat percanggahan yang ketara terhadap pembelaan melibatkan keterangan dikemukakan oleh Juruaudit Kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka, yang memberi keterangan bahawa pada tahun 1971, iaitu tahun di mana kesalahan itu didakwa telah dilakukan, dia telah cuba mengaudit akaun, bahawa responden mula menangis apabila diminta mengemukakan buku akaunnya, secara tidak lansgung menunjukkan bahawa responden sedar sepanjang Oktober 1971 hingga 1973, apabila dia didakwa, tentang keperluan untuk mengakaunkan pembayarannya.
PP lwn Mohd Amin Mohd Razali & Ors [2002] 1 MLRH 788 telah menyatakan bahawa keterangan yang dikemukakan melibatkan insiden tembakan senjata api yang dilakukan oleh beberapa ahli kumpulan yang dipanggil Persatuan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma'unah ("The Al-Ma'unah") di mana kesemua tertuduh kepunyaan di kilang pembuatan bir Carlsberg di Shah Alam, di kilang pembuatan bir Guiness Anchor di Petaling Jaya dan di kuil Batu Caves di Selangor, Mahkamah berpandangan bahawa bukti tembakan senjata api di tiga tempat tersebut adalah relevan di bawah Seksyen 8(2) dan 11(b) Akta Keterangan 1950 (Akta 56).


 

[1386.23] ADAKAH INDIVIDU YANG BISU BOLEH MENJADI SAKSI


Orang yang bisu boleh memberi keterangan di dalam Mahkamah dalam apa cara yang boleh difahami seperti secara bertulis, tanda atau bahasa isyarat. SEKSYEN 119 AKTA KETERANGAN 1950 memperuntukkan seperti berikut:-
119. Saksi bisu.
(1) Seseorang saksi yang tidak dapat bercakap boleh memberikan keterangannya mengikut apa-apa cara lain yang menjadikannya boleh difahami, seperti, misalnya, dengan tulisan atau isyarat; tetapi tulisan itu mestilah ditulis dan isyarat itu dibuat di dalam mahkamah terbuka.
(2) Keterangan yang diberikan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai keterangan lisan.
Undang-undang ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang pekak dan/atau tidak boleh bercakap merupakan saksi yang kompeten dan keterangan yang diberikan olehnya boleh diterima. Jika beliau boleh memahami soalan-soalan yang dikemukakan dan mampu memberikan jawapan yang rasional dan keterangannya menjelaskan apa yang hendak disampaikan dan difahami oleh orang lain.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

[1385.23] KAPASITI SEBAGAI AMICUS CURIAE ATAU RAKAN KEPADA MAHKAMAH


Meminjam obiter Yang Arif Hakim di dalam kes TAI CHOI YU v IAN CHIN HON CHONG [2002] 5 MLJ 518, Mahkamah Tinggi menyifatkan kapasiti sebagai ‘amicus curiae’ ini ditafsirkan sebagai rakan mahkamah, iaitu seseorang yang secara sukarela atau atas jemputan mahkamah sendiri, dan bukan atas arahan mana-mana pihak yang mana pihak ini akan bertindak / berfungsi untuk membantu Mahkamah dalam apa-apa prosiding kehakiman, khususnya demi mencapai keadilan yang saksama.
Sebagai contoh, di dalam salah satu kes Dato’ Seri Najib, Badan Peguam telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk menjadi amicus curiae bagi membantu Mahkamah dalam memberikan pandangan dan maklumbalas yang material dan diperlukan Mahkamah. Walaupun pada asalnya Badan Peguam bukanlah pihak-pihak kepada kes tersebut, namun atas kapasiti sebagai amicus curiae atau dipanggil juga sebagai rakan Mahkamah, maka Badan Peguam adalah dibenarkan untuk membantu Mahkamah demi mencapai keputusan yang adil.
OLEH : NUR FARIHAH SYAHRIZA , PELATIH DALAM KAMAR



 

Tuesday, March 28, 2023

[1384.23]UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENGHAKIMAN PERSETUJUAN


Undang-undang berkaitan penghakiman persetujuan adalah mantap. Suatu perintah persetujuan boleh ditafsirkan sebagai satu kontrak. Maka, ika diaplikasikan, prinsip-prinsip yang terpakai dengan kesahan sesuatu kontrak juga adalah terpakai kepada perintah persetujuan seperti yang telah diputuskan di dalam kes Malaysia Discounts Bhd and Ors v Pesaka Astana (M) Sdn Bhd & Ors [2008] MLJU 407.
Kes yang didengar oleh Mahkamah Rayuan, Lagenda Kencana Sdn Bhd v Peter' s Holdings Sdn Bhd & Anor [2012] 4 MLJ 855 telah memutuskan bahawa perintah persetujuan ialah perintah mahkamah yang melaksanakan perjanjian antara pihak-pihak. Namun, turut dibincangkan adalah perintah persetujuan boleh diketepikan atas alasan yang sama seperti yang menyebabkan perjanjian (contract) boleh diketepikan yang mana telah dibincangkan di dalam kes Huddersfield Banking Co Ltd lwn Henry Lister & Son Ltd [1895] 2 Ch 273, di ms 283).
Namun, di dalam, kes Khaw Poh Chhuan lwn Ng Gaik Peng & Ors [1996] 1 MLJ 761, Mahkamah telah memutuskan bahawa syarat asas pertama kontrak adalah pihak-pihak sepatutnya mencapai perjanjian yang akan melibatkan tawaran dan penerimaan tawaran maka, perlu wujud konsensus antara pihak-pihak untuk suatu perintah persetujuan direkodkan.


 

[1383.23] SAKSI PERANGKAP


Terdapat beberapa bentuk saksi perangkap. Pertamanya, ianya saki perangkap yang dirancang oleh polis atau pegawai penguatkuasa di mana saksi tersebut mungkin dikenali oleh tertuduh dan mereka mengatur untuk berjumpa tertuduh dan memerangkapnya untuk melakukan kesalahan.
Kes ini adalah dirujuk ATTAN BIN ABDUL GANI V PP [1970] 2 MLJ 143, Sharma J menyatakan seperti berikut:-
“certainly an interested witness in the sense that he is interested to see that the trap laid by him succeeded. He could at least be equated with a partisan witness and it would not be admissible to rely upon his evidence without corroboration. His evidence is not a tainted one; it would only make a difference in the degree of corroboration required rather than the necessity for it.”
Bentuk saksi perangkap kedua ialah saksi yang terperangkap sama ada hendak berpihak kepada pendakwaan atau tertuduh. Yang mana ini boleh dilihat di dalam situasi di mana ibu dan/atau bapa telah melakukan kesalahan dan anak perlu memberikan keterangan sama ada berpihak kepada ibu-bapanya atau tidak.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

[1382.23] BILA PENGAKUAN SALAH YANG DISEBABKAN OLEH DORONGAN, UGUTAN ATAU JANJI MENJADI TIDAK BERKAITAN DALAM PROSIDING JENAYAH

 


Seksyen 24 Akta Keterangan memperuntukkan bahawa di dalam prosiding jenayah, pengakuan salah yang dibuat oleh tertuduh adalah tidak berkaitan jika pengakuan salah tersebut, pada pendapat mahkamah, adalah dibuat atas faktor dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap tertuduh itu.
Faktor tersebut yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah, untuk memberi tertuduh itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pengakuan salah itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya.
Merujuk kepada kes Juraimi Husin lwn. Public Prosecutor [1997] 2 MLRA 342 telah dinyatakan oleh Mahkamah bahawa sekadar kemungkinan bahawa pengakuan itu tidak secara sukarela tidak mencukupi untuk menjamin penolakannya tetapi kebarangkalian akan mencukupi untuk menentukan penolakannya dalam bukti. Namun, di dalam kes


[1381.23] HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN TERHADAP TUBUH DAN HARTA (RIGHT OF PRIVATE DEFENCE OF THE BODY AND OF PROPERTY)

 


Undang-Undang merujuk kepada Seksyen 97 Kanun Keseksaan telah memperuntukkan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk mempertahankan diri (tubuh) dan harta, namun adalah tertakluk kepada beberapa syarat. Syarat adalah pertahanan adalah terhadap tubuhnya sendiri / orang lain terhadap apa-apa kesalahan berkaitan dengan tubuh manusia dan syarat kedua ia mestilah melibatkan hartanya sendiri / orang lain, terhadap apa jua perbuatan yang dikira sebagai suatu kesalahan (ie: rompak, curi, khianat, pencerobohan jenayah atau cubaan jenayah).
Kes yang boleh dirujuk bagi isu yang membincangkan tentang Seksyen 97 Kanun Keseksaan adalah Kes PP V. Mohamed Shahabuddin Mohamed Ali & Ors (No 2) [2019] MLRHU 568, di mana Mahkamah berpendapat bahawa dalam isu di bawah Seksyen 97, pertahanan diri atau persendirian tersedia untuk OKT apabila dia berada di bawah kebimbangan bahaya dicederakan secara teruk oleh mangsa, yang mana di dalam kes ini, manga telah terbunuh. Namun, OKT tidak boleh melakukan lebih banyak kemudaratan kepada mangsa daripada yang sepatutnya.
Selain itu, berhubung isu kedudukan, lanjutan dan had hak untuk pertahanan persendirian boleh dirujuk kes Yogendra Morarji lwn State of Gujerat [1980] AIR SC 660 dan kes Emperor lwn Bahal & Others 28 Allahabad 484.


Older Post ►