Monday, July 24, 2023

[1481.23] ELEMEN PENTING PERTUDUHAN ROGOL


Pendakwaan kes seksual boleh dikatakan sebagai “easy to accuse but difficult to defend”. Adalah menjadi satu keperluan dan amalan biasa (practice and prudence) di dalam kes-kes seksual, bukti-bukti sokongan (corroboration) seperti Ahli Kimia, doktor dan bukti dokumentari diperlukan bagi menyokong keterangan Pengadu dan bukan berdasarkan keterangan lisan yang bercerita sahaja walaupun Mahkamah boleh menerima keterangan pengadu secara tunggal tertakluk kepada kredibiliti dan tiada keperluan kepada keterangan sokongan.
Rujuk: Ab Malek Atan v. PP [2002] 6 CLJ 407
Antara elemen yang perlu dibuktikan keras dalam pertuduhan rogol ialah;
1. Berlakunya kemasukkan (penetration)
Perlu dibuktikan kemasukkan kemaluan lelaki telah memasuki kemaluan perempuan dan boleh dibuktikan mealui keterangan terus atau ikut keadaan seperti koyakan baru. Selain itu mangsa mesti melihat kemasukkan tersebut iaitu kemaluan dan bukan semata-mata anggapan kemaluan yang telah dimasukkan seperti rasa, fikir dan sebagainya. Identiti lelaki yang memasukkan kemaluan juga perlu dikenalpasti dan meletakkan lelaki berkenaan pada kelakuan jenayah sebagaimana masa, tempat dan tindakan sebagaimana pertuduhan berkenaan.
Rujuk: Nasrul Annuar Abd Samad v. PP, Aparav Sathiah v. Public Prosecutor
2. Kerelaan
Perlu dibuktikan melepasi keraguan munasabah bahawa tindakan jenayah ini dilakukan tanpa kerelaan seorang wanita. Perlu diingatkan bahawa perempuan di bawah umur iaitu 16 tahun adalah secara statutorinya tidak mampu memberikan kerelaan. Maka isu kerelaan adalah tidak wujud bagi pertuduhan rogol statutori. Namun, beban kepada pendakwaan untuk membuktikan bahawa perempuan berkenaan adalah di bawah umur. Anggapan pada dokumen tertentu atau wajah muda atau keterangan lisan adalah tidak mencukupi untuk menerima keesahan umur mangsa.
Rujuk: Jamaluddin Hashim v. PP,


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►