Friday, April 7, 2023

[1400.23] SEKSYEN 90A - PENERIMAAN DOKUMEN YANG DIISUKAN OLEH KOMPUTER MENURUT UNDANG-UNDANG KETERANGAN


Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 menerima dokumen-dokumen yang dihasilkan / dikeluarkan / diisukan oleh komputer sebagai keterangan di Mahkamah dalam mana-mana prosiding sivil ataupun jenayah. Namun, terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Sebagai contoh, keterangan ini boleh jadi dalam bentuk tangkap layar (screenshot) daripada aplikasi Whatsapp yang kemudiannya dicetak melalui komputer dan mesin pencetak untuk tujuan dikemukakan sebagai keterangan di Mahkamah kelak.
Dokumen tersebut perlulah dibuktikan bahawa ianya dihasilkan / dikeluarkan / diisukan melalui komputer dengan cara melampirkan sekali sijil yang telah ditandatangani oleh individu yang bertanggungjwab untuk menghasilkan dokumen tersebut untuk tujuan pengesahan. Sijil ini juga sekaligus akan menjadi keterangan prima facie mengesahkan segala kandungan di dalam dokumen tersebut dan bahawa ianya dihasilkan oleh komputer dalam keadaan baik.
OLEH : NUR FARIHAH SYAHRIZA , PELATIH DALAM KAMAR

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►