Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Friday, May 22, 2026

TAKZIAH BUAT KELUARGA USTAZ DR. ABDUL HALIM EL MUHAMMADY


 TAKZIAH BUAT KELUARGA USTAZ DR. ABDUL HALIM EL MUHAMMADY

Arwah adalah pensyarah saya semasa Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana semasa di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
Arwah seorang yang baik hati dan tekun dalam melayani pelbagai permasalahan akademik yang dikemukakan pelajarnya. Sempat semasa hayatnya saya memasuki perpustakaan peribadinya di rumahnya di Teras Jernang. Seorang individu yang amat cintakan ilmu.
Semoga Allah ampuni dosa arwah dan tempatkan di kalangan orang soleh. Saya sebagai pelajar bersaksi arwah seorang yang baik sudut akhlak dan keperibadiaannya.
Al Fatihah.

PERPATIH - BERGOLAK NEGERI SEMBILAN

 


PERPATIH

Saya tidak faham mana, jadi cukup share berkenaan undnag-undnagnya.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Rais Yatim berpandangan tindakan Undang Yang Empat menurunkan takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai sah.
Bagaimanapun, Rais yang juga merupakan pengkaji adat perpatih menyarankan agar krisis berkenaan diselesaikan secara lunak untuk tidak mencemarkan adat dan nama mana-mana pihak.
Jelas Rais, Undang Sungei Ujong, Jelebu, Rembau dan Johol mempunyai hak untuk menurunkan takhta Yang Dipertuan Besar menurut Perkara 10 Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.
Namun jelasnya, terdapat dua syarat perlu dipenuhi oleh keempat-empat undang berkenaan iaitu pertama hendaklah ada laporan lengkapnya dan kedua hendaklah disenaraikan kesalahannya.
"Setelah itu boleh dicop mohor atas kertas (dokumen) dan dilakukan apa yang disebut naratif adatnya dan di bawah sekali menteri besar perlu tandatangan sebagai saksi.
"Sekiranya menteri besar enggan meletakkan saksinya, beliau boleh dianggap sebagai cuai dalam melunaskan perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan 1959.
"Yang Dipertuan Besar tidak oleh wujud tanpa adanya Undang Yang Empat, sekiranya mereka tidak lagi memberi sokongan kepada Yang Dipertuan Besar atas mana-mana kesalahan, atau hal-hal yang mencuit, merosakan nama baik kesempurnaan tugas dan adat yang dilakukan. Maka Yang Dipertuan Besar boleh diturun takhta oleh Undang Yang Empat (dengan dua syarat tersebut)," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur, semalam.
Menganggap tindakan undang baru-baru ini sebagai sah, bekas menteri itu bagaimanapun mengesyorkan supaya pihak-pihak yang mentadbir kerajaan Negeri Sembilan kembali ke pangkal permasalahan.
Dia juga menyeru semua pihak melihat semula langkah seterusnya selepas Undang Yang Empat mengumumkan penurunan takhta Tuanku Muhriz dan mengumumkan penggantinya iaitu Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.
"Ini adalah hak Undang Yang Empat, kita tak akan campur dalam soal itu. Menteri besar, mahu tak mahu oleh kerana sesi mesyuarat itu sedemikian dengan pengisian syarat-syarat Perkara 10 (i) dan (ii) hendaklah menjadi saksi kepada dokumen itu yang bertaraf wajib.
"Dokumen itu berpelembagaan dan tidak boleh diremehkan, dengan keputusan sedemikian diharap pihak-pihak yang mentadbir kerajaan Negeri Sembilan harus pulang ke pangkal dan melihat semula apa yang harus dibuat.
"Dalam adat ada juga 'sorong parang, tarik parang', tetapi barang yang sudah diputus boleh dicantum semula di atas kehendak ramai di kalangan Undang Yang Empat dan pihak diraja boleh bermuafakat semula.
"Ini tidak harus dibuat sebagai 'cantas sekali putus', sebab 'air yang lalu dicantas tak akan putus', jadi cari jalan kembali balik kepada DKU (Dewan Keadilan dan Undang), hadir semua undang dan dibicarakan di situ secara lunak yang dituntut adat supaya apa yang disebut menjadi lunak semula dan dapat dicantumkan.
"Ini syor saya jika nak cantik adat itu kembali, jika tidak tuntutan Perkara 10 berjalan dan tercemar nama-nama yang berkenaan," jelasnya.
‘Pemecatan Mubarak tak sah’
Terdahulu, Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan pertikaian besar diraja berlaku apabila para undang luak menggunakan kuasa mereka untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar.
Walaupun barisan Undang Yang Empat mempunyai kuasa sedemikian, keadaan menjadi rumit apabila salah seorang daripada Undang Yang Empat iaitu Undang Sungei Ujong, Mubarak Dohak diumumkan sudah dipecat.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Aminuddin Harun yang mendakwa penyingkiran Yang Dipertuan Besar tidak diiktiraf kerana Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 UUTKNS 1959.
Bagaimanapun, soal pemecatan Mubarak juga dipertikaikan kerana punca kuasa pemecatan dikatakan adalah tidak sah.
Mengulas perkara itu Rais berkata, tindakan menamatkan jawatan Mubarak dalam sesi mesyuarat DKU pada 17 April lalu adalah tidak sah.
Ini kerana menurutnya, pandangan yang diberi oleh anggota DKU yang hadir tidak diguna pakai, sebaliknya titah atau ucapan Yang Dipertuan Besar terus diterjemah oleh menteri besar sebagai keputusan muktamad.
"Saya kata keputusan itu tidak muktamad dan tidak sah lantaran ketiadaan syarat-syarat yang cukup. Pertama pandangan yang hadir seperti Tunku Besar Tampin, Datuk Bandar Sungei Ujong dan juga Undang Luak Johol tidak diterima.
"Mereka bertiga menyanggah dan menasihatkan jangan dipecat dulu (Mubarak) ini sebab lembaga yang berkuasa di Sungei Ujong belum membuat keputusan, yang membuat keputusan cuma satu segmen yang disebut sebagai Ibu Soko.
"Pihak berkuasa adat di semua luak ini ialah datuk-datuk lembaga yang menaikan seseorang undang itu mengikut salur galur, syarat dan hak Perut masing-masing (segmen adat). Jadi dengan itu menteri besar terus menterjemahkan ucapan dan kehendak pengerusi KDU iaitu Yang Dipertuan Besar sebagai muktamad dan diumumkan penamatan jawatan Datuk Undang Sungei Ujong, sebenarnya itu pemecatan, pemecatan tidak boleh dibuat oleh KDU.
"(KDU) itu hanya badan penasihat, bermakna apabila sesuatu laporan (keputusan) dari satu-satu luak terhadap seseorang Undang diterima oleh DKU, diputuskan oleh DKU, itu baru muktamad. Keputusan dari luar, bukan dari dalam DKU," jelasnya yang mengkaji adat perpatih sejak 1963.
Tambah Rais, DKU sama sekali tidak mempunyai kuasa memecat mana-mana Undang Yang Empat dan mereka hanya boleh dipecat atau boleh dinaikkan sebagai pemegang kuasa atau keandikaannya di bawah Perkara 14 UUTKNS.
"Di sini dipersoalkan kenapa menteri besar menterjemahkan titah mesyuarat itu sebagai muktamad? Satu faktor lagi sesuatu mesyuarat tidak sah selagi ia tidak disahkan di mesyuarat seterusnya.
"Jadi sebelum mesyuarat akan datang, datuk-datuk undang yang lain harus hadir, keputusan sudah dibuat. Dengan lain perkataan titah Yang Dipertuan Besar di mesyuarat KDU pada 17 April masih tergantung sehingga mesyuarat akan datang - baru boleh diputuskan.
"DKU tidak ada kuasa untuk buat keputusan sedemikian, dengan kadar yang begitu bolehlah dianggap menteri besar melampaui bidang tugasnya," kata Rais.
Pandangan perlu dirunding
Dia turut memberi penekanan dari segi amalan di Negeri Sembilan - yang mempunyai dua hierarki iaitu Yang Dipertuan Besar sebagai raja bertakhta dan di sampingnya ialah Undang Yang Empat yang tidak boleh diketepikan.
"Hendaklah pandangan mereka (undang) dirunding dahulu dalam sesuatu keputusan, jadi ada dua segmen diraja," tambah Rais lagi.
Rais turut menyifatkan pertikaian yang berlaku itu merupakan satu krisis perlembagaan yang paling sukar di Negeri Sembilan dan boleh dianggap sebagai perkembangan yang agak malang.
"Sebab adat itu sendiri adalah punca kedamaian, keindahan bahasa, ketenteraman, budi bahasa dan lain-lain. Tetapi apabila (pertikaian) pengamal adat, pihak berkuasa kerajaan, pihak Yang Dipertuan Besar, pihak co-ruler atau pemerintah sekutu di kalangan Undang Yang Empat, maka kecelaruan muncul kerana masing-masing menggunakan kuasa dan kedudukan tanpa merujuk kepada apa yang sebenarnya harus dilakukan di sisi undang-undang dan di sisi amali adat itu sendiri," katanya lagi.
Di tanya sejauh mana krisis diraja Negeri Sembilan boleh mencapai jalan penyelesaian, Rais menjangkakan konflik berkenaan mungkin akan berakhir di mahkamah.
"Saya kira akan sampai (ke mahkamah). Mungkin ada bab mahkamah akan tolak, ada bab mahkamah akan benarkan. Tapi sebelum itu yang saya harapkan DKU dan Undang Yang Empat memainkan peranannya dan peranan itu sebenarnya boleh dinasihati oleh menteri besar.
"Sekarang beliau (Aminuddin) dicap sebagai berpihak, nampak berpihak kepada pihak diraja (Yang Dipertuan Besar). Jadi sekarang harus menampakkan beliau adil. Itu terserah kepada menteri besar, beban itu saya pernah tanggung dulu, bukan senang," katanya menjadi menteri besar pada 1978 hingga 1982.

Wednesday, August 10, 2022

[1235.22] Mangsa kemalangan perlu dapat pampasan automatik, tak perlu saman syarikat insurans


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman penting hari ini, memutuskan mangsa kemalangan perlu diberi pampasan secara automatik tanpa perlu menyaman syarikat insurans.


 

Friday, July 15, 2022

[1201] Tak pepasal dapat pertuduhan jenayah.

 



[1201] Tak pepasal dapat pertuduhan jenayah.

...............
Remaja terima enam jahitan akibat ditikam kunci kereta
Sungai Petani: "Sebulan lalu, wanita berkenaan juga bergaduh dengan kakak," kata Nurul Najihah Azizan, 18, mangsa yang cedera pada kening kanan dan menerima enam jahitan akibat ditikam kunci kereta dalam pergelutan di Pantai Merdeka, dekat sini Ahad lalu.
Menurutnya, kakak sulungnya ada membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit namun enggan mengambil tindakan lanjut dan mengalah dengan suspek serta keluarganya.
"Jika diikutkan, pergaduhan antara kami dan wanita berkenaan sudah berlarutan sejak saya masih kecil tanpa diketahui punca namun kami sekeluarga tidak ambil kisah dan enggan melayan kerenahnya.
"Kami tinggal sekampung dan setiap kali berselisih pasti ada sahaja kata-kata hinaan dan ejekan wanita terbabit tanpa diketahui punca," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menceritakan kembali kejadian sehingga tercetusnya pergaduhan yang videonya tular di media sosial, Nurul Najihah berkata dia ketika itu sedang menuju ke gerai menjual mainan milik kakaknya.
"Saya baru pulang dari Alor Setar dan terus menuju ke gerai kakak sebelum berselisih dengan wanita terbabit yang secara tiba-tiba memaki hamun dan menghina kakak tanpa sebab.
"Saya mempersoalkan tindakannya, dia tiba-tiba naik angin dan mengamuk serta menolak troli sehingga berselerak barang jualan," katanya.
Menurutnya, dia kemudian diserang wanita berkenaan dan berlaku pergelutan antara mereka sebelum dileraikan pengunjung yang berada di lokasi kejadian.
"Ketika bergelut, saya ditumbuk wanita berkenaan yang ketika itu menggenggam kunci kereta sehingga membuatkan kening kanan berdarah.
"Kejadian menyebabkan kening kanan mengalami luka yang agak dalam dan saya terpaksa menerima enam jahitan," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Terdahulu, rakaman video berhubung insiden terbabit yang memaparkan aksi pergaduhan remaja perempuan dan seorang wanita tular di media sosial.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata suspek yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator kilang kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro

Friday, October 30, 2020

[699.20] NASIB BURUK KAHWIN WARGA ASING


Kalau dah jodoh, apa nak dikata. Itu ketentuan Allah SWT. tetapi usaha untuk terbaik dan mengelakkan masalah adalah satu usaha.
Antara masalah yang ditinggalkan oleh Suami warga asing ialah bila pulang tidak lagi kembali dan tiada pembelaan sewajarnya daripada suami. Masalah boleh disimpulkan melalui pengalaman kami antaranya:
Kes Pertama, Suami ditangkap atas masalah imigresen atau jenayah dan didakwa di mahkamah. Isteri bergadai dapatkan bayaran denda tetapi suami diusir Imigresen Malaysia dan tidak balik Malaysia lagi malah tidak langsung bertanya khabar dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada keluarga di Malaysia. Isteri kini digantung tidak bertali dan terpaksa bekerja keras untuk menyara 4 anaknya.
Kes Kedua, kerana cinta wanita melayu telah jatuh cinta warga Afrika. Dibuang keluarga apabila beliau enggan meninggalkan warga Afrika tersebut. Bersekedudukan dengannya dan dikatakan telah berkahwin. Suami telah ditangkap dan diusir keluar Malaysia. Tetapi suaminya ada memasuki Malaysia menurutnya tetapi enggan bertemu dengannya.
Semasa pengusiran suaminya, beliau mengandung kembar. sehingga kini warga Afrika tidak menjalankan tanggungjawabnya. Malah selama ini juga beliau yang bekerja menanggung suaminya. Anak-anak tidak dapat didaftarkan secara anak sahtaraf kerana dikatakan perkahwinan itu tidak sah/tidak wujud. Bukan sahaja keluarga tidak lagi mengambiltahu tentang beliau, membesarkan anak kembar keturunan Afrika bersendirian di Kuala Lumpur;
Kes Ketiga, wanita melayu dan juga ada cina menjalinkan hubungan dengan warga Latin yang mana bersekedudukan. Tujuan hubungan lebih kepada kepuasan seks dan penggunaan nama bagi pemilikan kenderaan, rumah, dan akaun bank. Ditahan terlibat dalam kegiatan jenayah warga Latin dan tiada keluarga dan warga Latin membantunya. Kini (masa itu) ditinggalkan dengan mengandung di luar nikah.
Kes Empat, menjalinkan hubungan dengan warga Afrika yang mana fakta lebih kurang kepada kes ketiga di atas tetapi digunakan oleh warga Afrika lebih pada seorang untuk pemilikan dan penggunaan akaun bank bagi tujuan scam. Begitu juga 'pelacuran' atas permintaan kawan Afrikanya demi sayang.
Kes Kelima, Berkahwin dengan Bangladesh/ Pakistan/Indonesi yang mana menjalankan tanmggungjawab dengan baik tetapi turut menanggung suaminya itu. Kebanyakan wang dihantar pulang ke negara asal bagi membantu keluarga (alasannya). Setelah sampai masa dia pulang ne negara asal, tidak lagi datang ke Malaysia dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Isteri ditinggalkan tidak bertali dan anak-anak diabaikan.
Tidaklah ia menjadi sebab utama kita melarang kerana ada yang baik. Tetapi apabila melibatkan pengusiran atau pulang ke negara asal, wanita Malaysia akan mengalami masalah ini.
Isu wanita tidak terhad kepada mana-mana bangsa. Mangsa / Isteri banyak saya temui di kalangan melayu dan cina.
Fikir banyak kali Puan-Puan.


 

Monday, October 19, 2020

[694.20] LAWATAN PENJARA BERSEMUKA ATAU INTERKOM DITANGGUHKAN


Notis pihak Jabatan Penjara adalah seperti berikut;

 

Wednesday, October 14, 2020

[691.20] TUKAR GARI / ROAD SHOW / PENAHANAN SEMULA / PENAHANAN SEMENTARA


"Macamana SPRM buat kerja, mamat tu boleh panjat pagar lari daripada tahanan"
Pertama, SPRM tiada bidangkuasa kepada Macau Scammer tu kerana pada hari tersebut SPRM telah bebaskan beliau dengan jaminan. Maka beliau boleh berjalan bebas di luar.
Kedua, Beliau lari sebab mengelakkan ditahan PDRM yang sedang menunggu di luar bidangkuasa SPRM. Ini disebut tukar gari atau roadshow. Mungkin kerana bidangkuasa berlainan atau SPRM bertindak profesional, maka PDRM tidak dibenarkan ambil tahanan (masa itu) semasa dalam premis SPRM.
Ketiga, beliau belum ditahan. Maka beliau hanya individu yang dicari bagi membantu siasatan sahaja. Perkataan "tahanan" yang melarikan diri atau dicari adalah salah dan perlu diperbetulkan media bagi mendidik netizen.
Tukar gari / road show / tahanan semula adalah satu proses penahanan pihak yang sama di bawah bidangkuasa yang berlainan disebabkan tahanan reman dibatalkan/luput atau meneruskan siasatan di dalam bidangkuasa yang lain. Biasanya kes melibatkan penipuan dan rompakan akan berlaku hal sebegini.
Antara contoh bagi pemahaman mengenai Tukar gari / road show / tahanan semula lebih kurang macam ini;
Pertama - AhChong ditangkap dan direman bagi satu kes rompakan di IPD Gombak. Setelah tahanan remannya tamat, pihak penyiasat daripada IPD Ampang telah hadir dan membuat tangkapan terhadap AhChong bagi kes rompakan di Ampang dan reman telah dibuat bagi kes berkenaan. Reman adalah melebihi 14 hari dihadapi AhChong tetapi teknikalnya masih sah di bawah seksyen 117 KAJ kerana melibatkan report /FIR yang berbeza dan juga bidangkuasa berbeza.
Kedua - Maniam ditangkap dan direman bagi satu kes penipuan judi online di IPD Kajang. Setelah tahanan remannya tamat, pihak PDRM masih tidak membuat pendakwaan dan memberikan jaminan polis. SPRM telah terus membuat tangkapan kepada Maniam atas sebab ada FIR berkenaan pegawai PBT dan PDRM terlibat dalam korupsi bersama aktiviti Maniam. SPRM pula akan membuat permohonan reman baru bagi kes dan FIR berbeza dan bidakuasa berbeza.
Ketiga - Jaka Sembung seorang warga Indonesia telah ditahan di bawah kes rogol dan telah dibebaskan oleh mahkamah atas kegagalan menimbulkan kes prima facie oleh pihak Pendakwaan. Pihak Imigresen Malaysia telah menahan semula Jaka Sembung bagi kesalahan imigresen yang tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk berjalan di Tanah Malaysia.
Keempat - Dinosaw Gurung warga Tibet telah ditahan dan didakwa di bawah pengedaran dadah yang membawa hukuman mati mandatori. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah membebaskan beliau daripada pertuduhan tersebut kerana kegagalan pendakwaan membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah. PDRM telah menangkap semula Dinosaw Gurung di bawah permohonan Pendakwaraya bagi penahanan sementara di mana-mana pusat tahanan sehingga rayuan kes berkenaan dilupuskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia.
Cukup la untuk pemahaman asas.
Mendidik lebih penting, bukan untuk jadi pandai tapi cukup untuk faham.
Nota: Gambar sekadar hiasan.
Mohd Hisham
Subang Jaya, 2020


 

Tuesday, October 13, 2020

[688.20] PKPB - OPERASI PEJABAT

 


Operasi pejabat seperti biasa di dalam tempoh PKPB tetapi sebarang temujanji dan mesyuarat akan dibuat secara alternatif melalui ZOOM dan Whatsapp Video Call atau mana-mana alternatif atas talian yang lain.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi -


Monday, September 28, 2020

[685.20] KERETA KLON

 Iklan jual kereta klon berlambak di Facebook. Makin banyak dan jadi trend. Adakah #PDRM maklum mengenainya.

Saturday, September 19, 2020

[684.20] PERLANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN PENDAKWARAYA KANAN


Ini adalah isu utama di dalam kes Semakan Kehakiman antara Muhammad Shafee bin Md Abdullah vs. Peguam Negara & Ors [2020]. Antara lain mempertikaikan perlantikan DS Gopal di bawah seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah sebaliknya menghujahkan ia perlu dilakukan di bawah seksyen 379 Kanun Acara Jenayah.
Perlu diingatkan bahawa apa yang penting ialah perlantikan TS Shafee selaku TPR pada peringkat rayuan kes Public Prosecutor v. Dato' Sri Anwar Ibrahim [2013] juga di buat di bawah seksyen 376(3) KAJ.
Mahkamah Rayuan di dalam kes berkenaan telah memutuskan bahawa selaku TPR yang dilantik, TS Shafee mempunyai hak dan kuasa sebagai mana kuasa TPR di bawah peruntukan undang-undang kecuali peruntukan khusus bagi TPR.
Maka tidak relevan dan konsisten untuk TS Shafee menghujahkan bahawa perlantikan DS Gopal perlu dibuat di bawah seksyen 379 KAJ atau hanya terhad kepada pegawai Kehakiman dan Perundangan sahaja. Mahkamah juga bersetuju bahawa perlantikan DS Gopal di bawah seksyen 376(3) tidak perlu digazetkan atas dasar tiada keperluan dan peruntukan untuk berbuat sedemikian. TS Shafee juga dalam tindakan ini tidak mempertikaikan dan menyangkal hujahan Responden (Peguam Negara) berkenaan memandangkan perlantikan TS Shafee di dalam kes Anwar Ibrahim (supra) juga tidak digazetkan.
Mahkamah Tinggi merujuk kepada Mahkamah Rayuan dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abdul Razak v. PP [2019] antara lain menyatakan:
"...Any appointment by the PP under s 376(3) CPC is not contingent upon such appointment being gazetted in the Federal Gazette. Therefore, it cannot be said that without the gazette the appointment of GSR is a nullity, void and of no effect. "
"...Hence we do not see the basis of the application for the production of the said LOA. Section 376(3) of the CPC does not require that the appointment to be made in writing. Thus, in the absence of the requirement of the appointment to be made in writing, it is a matter of course that the section does not provide for the LOA to be produced upon demand. It is not for the Courts to read and impose procedural requirements into the provisions to rule a non-compliance. This is reading something into the provision which is not there in the first place. The section is clear and unambiguous. The Federal Court case of Lee Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 1 MLRA 692; [2005] 2 MLJ 631; [2005] 3 CLJ 914; [2005] 4 AMR 724 has stated that:
"...it is not for the Courts to create procedural requirements because it is not the function of the Courts to make law or rules. If there is no such procedural requirements then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that, there can be non-compliance thereof and only then the Courts should consider whether, on the facts, there has been non-compliance."
Rujuk – Muhammad Shafee Md Abdullah vs. Peguam Negara & Ors & Another Application [2020]


 

Tuesday, September 1, 2020

[676.20] EQUITY & DURIAN




Setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa satu pergantungan diberikan sehingga ada penyelesaian atau keputusan kepada pertikaian.
Maka kerajaan negeri perlu mendapatkan perintah Mahkamah untuk menyelesaikan perkara ini.
Dalam isu pendudukan tanah, banyak perkara perlu dibincangkan dan dilihat semua sudut. Bukanlah saya setuju dengan penceroboh haram, tetapi kea sebegini dibezakan dengan pencerobohan haram bagi tujuan pembalakan dan pemburuan binatang.
Bukan boleh mudah untuk halau pendudukan haram apabila ia telah bertahun-tahun menduduki secara terbuka dan diketahui umum tanpa tindakan. Perlu diingatkan bahawa dalam perundangan kita, masih ada ruang equity dalam menjalankan keadilan sebegini.
Kegagalan bertindak oleh pemilik atau pihak berkuasa memberikan satu anggapan kebenaran secara halus dalam kegiatan itu. (Perbahasan equity panjang, kita tengok kesnya nanti)
Maka tuan tanah perlu mengambil tindakanengikut lunas perundangan sivil bagi mendapatkan kembali tanah berkenaan.
Apa yang perlu ditekankan tetapi gagal diberikan pandangan sewajarnya adalah kegagalan pihak pemilik atau jabatan kerajaan bagi kepentingan pemilik untuk bertindak awal. Kenapa perkara sebegini terjadi di hadapan mata mereka.
Siasat mereka yang tidak menjalankan tugas. Adakah ada unsur kecuaian atau korup.
Masa sama, dapatkan nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi tindakan mendapatkan balik apa yang diceroboh. Kalau pandai, buh sekali gantirugi.

Monday, August 24, 2020

[669.20] Nyahjenayah cubaan bunuh diri

 




Oleh Dr Mukhriz Mat Rus
Berdasarkan Kanun Keseksaan, cubaan bunuh diri adalah satu kesalahan jenayah. Seksyen 309 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-dua sekali bagi seseorang yang disabitkan kesalahan itu.
Sebagaimana kita maklum, Kanun Keseksaan hari ini adalah saduran Indian Penal Code yang digubal pentadbiran kolonial British di India.
Penjenayahan tindakan cubaan bunuh diri dipengaruhi beberapa faktor, termasuk faktor agama dan nilai moral yang dipegang penggubal undang-undang berhubung perbuatan itu.
Suatu masa dahulu di Eropah, orang yang membunuh diri turut 'dihukum'. Mayat individu membunuh diri tidak dibenar dikebumikan menurut tatacara agama dan semua hartanya dirampas.
Namun, persoalan perlu diperhalusi kini, adakah undang-undang itu masih relevan dan berkesan dalam menangani tindakan bunuh diri?
Kerajaan British sendiri yang bertanggungjawab menggubal undang-undang itu sudah nyahjenayah cubaan bunuh diri sejak 1961. Maksudnya, cubaan membunuh diri bukan lagi kesalahan jenayah yang perlu dihukum di United Kingdom (UK).
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Bunuh Diri 1961 di Parlimen UK, Charles Fletcher-Cooke, menerangkan 'kerajaan mengiktiraf orang yang cuba bunuh diri sebagai gagal, tetapi hakikatnya memerlukan belas kasihan dan bantuan, bukan hukuman dan mereka lazimnya memerlukan khidmat doktor, pakar psikiatri, pembimbing rohani, pekerja kebajikan dan dalam kes tertentu, peguam, tetapi bukan khidmat polis atau penjaga penjara'.
Kerajaan India pula merintis jalan untuk nyahjenayah kesalahan cubaan bunuh diri sejak 1970. Antara langkah diambil termasuk memperkenalkan Mental Health Care Act pada 2017.
Berdasarkan undang-undang baharu itu, orang yang cuba bunuh diri wajib dianggap mengalami tekanan perasaan dan tidak boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
Negara jiran, Singapura juga sudah nyahjenayah kesalahan cubaan membunuh diri apabila memansuhkan seksyen 309, Kanun Keseksaan Singapura berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menggesa semua negara mengambil tindakan sama dan mengambil pendekatan menyeluruh dan bers

Wednesday, August 12, 2020

[660.20] TABUNG MILO & KARUNG GUNI

 

Bukan kata depa.
Sesiapa pun dalam sebegini cepat-cepat buka tabung.
Hanya #fanatik terus membantu.
Tapi sebenarnya ini adalah peluang #positif dalam menambah duit.
Kalau #politik, takleh kata apa.
Yang buka #tabung dan menyumbang adalah ahli / fanatiknya
Mereka nak membantu sesama mereka, jangan kutuk lelebih,
Semua ini berlaku kepada semua parti politik di #Malaysia.
Last sekali, semua tak maklum berapa dapat keseluruhan
Berapa #fee #peguam, berapa digunakan.
Panggil lah tabung #Milo ka, karung #guni ka.
Sama sahaja
Sama jua #peguam.
Ramai ada klien kononnya diviral sebagai teraniaya
Ada ikon kononnya #hero entah bagai,
bila kena #saman
Bila kena #dakwa
Cepat buka tabung nak membantu.
Depa dapat #duit, peguam dapat duit.
Dua-dua senang dapat duit daripada biasa.
Jangan #tertipu sangat.
NOTA: Gambar hiasan dan isu semasa.
Older Post ►