Kalau dah jodoh, apa nak dikata. Itu ketentuan Allah SWT. tetapi usaha untuk terbaik dan mengelakkan masalah adalah satu usaha.
Antara masalah yang ditinggalkan oleh Suami warga asing ialah bila pulang tidak lagi kembali dan tiada pembelaan sewajarnya daripada suami. Masalah boleh disimpulkan melalui pengalaman kami antaranya:
Kes Pertama, Suami ditangkap atas masalah imigresen atau jenayah dan didakwa di mahkamah. Isteri bergadai dapatkan bayaran denda tetapi suami diusir Imigresen Malaysia dan tidak balik Malaysia lagi malah tidak langsung bertanya khabar dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada keluarga di Malaysia. Isteri kini digantung tidak bertali dan terpaksa bekerja keras untuk menyara 4 anaknya.
Kes Kedua, kerana cinta wanita melayu telah jatuh cinta warga Afrika. Dibuang keluarga apabila beliau enggan meninggalkan warga Afrika tersebut. Bersekedudukan dengannya dan dikatakan telah berkahwin. Suami telah ditangkap dan diusir keluar Malaysia. Tetapi suaminya ada memasuki Malaysia menurutnya tetapi enggan bertemu dengannya.
Semasa pengusiran suaminya, beliau mengandung kembar. sehingga kini warga Afrika tidak menjalankan tanggungjawabnya. Malah selama ini juga beliau yang bekerja menanggung suaminya. Anak-anak tidak dapat didaftarkan secara anak sahtaraf kerana dikatakan perkahwinan itu tidak sah/tidak wujud. Bukan sahaja keluarga tidak lagi mengambiltahu tentang beliau, membesarkan anak kembar keturunan Afrika bersendirian di Kuala Lumpur;
Kes Ketiga, wanita melayu dan juga ada cina menjalinkan hubungan dengan warga Latin yang mana bersekedudukan. Tujuan hubungan lebih kepada kepuasan seks dan penggunaan nama bagi pemilikan kenderaan, rumah, dan akaun bank. Ditahan terlibat dalam kegiatan jenayah warga Latin dan tiada keluarga dan warga Latin membantunya. Kini (masa itu) ditinggalkan dengan mengandung di luar nikah.
Kes Empat, menjalinkan hubungan dengan warga Afrika yang mana fakta lebih kurang kepada kes ketiga di atas tetapi digunakan oleh warga Afrika lebih pada seorang untuk pemilikan dan penggunaan akaun bank bagi tujuan scam. Begitu juga 'pelacuran' atas permintaan kawan Afrikanya demi sayang.
Kes Kelima, Berkahwin dengan Bangladesh/ Pakistan/Indonesi yang mana menjalankan tanmggungjawab dengan baik tetapi turut menanggung suaminya itu. Kebanyakan wang dihantar pulang ke negara asal bagi membantu keluarga (alasannya). Setelah sampai masa dia pulang ne negara asal, tidak lagi datang ke Malaysia dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Isteri ditinggalkan tidak bertali dan anak-anak diabaikan.
Tidaklah ia menjadi sebab utama kita melarang kerana ada yang baik. Tetapi apabila melibatkan pengusiran atau pulang ke negara asal, wanita Malaysia akan mengalami masalah ini.
Isu wanita tidak terhad kepada mana-mana bangsa. Mangsa / Isteri banyak saya temui di kalangan melayu dan cina.
Fikir banyak kali Puan-Puan.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..