Showing posts with label Diari Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Diari Mahkamah. Show all posts

Friday, May 22, 2026

[1603.26] SEKSYEN 302 UNTUK LANGGAR MATI


 [1603.26] SEKSYEN 302 UNTUK LANGGAR MATI

Untuk buktikan mens Rea bagi satu pertuduhan dalam situasi ini agak sukar Dan kemungkinan rendah untuk kekalkan seksyen 302.
Apa yang lebih saya tekankan, Pertama, kuasa pendakwaraya untuk menuduh mana-mana pihak atas mana-mana peruntukan undang-undang yang sewajarnya.
Pendakwaan seksyen 302 satu reflek untuk situasi yang serious dan tempelak kepada pihak eksekutif supaya lebih cakna kepada keadilan mangsa langgar MATI akibat mabuk dan pemanduan cuai yang tidak munasabah.
Eksekutif hanya dilihat cakna dan mengambil kesempatan kematian bagi millage politik masing-masing. Sejarah politik telah buktikan setelah setengah abad Malaysia terbina apabila semua pihak berpeluang menjadi kerajaan tetapi hanya menyalak waktu menjadi pembangkang. Semoga lepas ini benar-benar cakna.
Kedua, pendakwaan seksyen 302 adalah pertuduhan tanpa satu jaminan kerana kesan hukuman mati dan /atau pemenjaraan seumur hidup. Jadi OKT akan ditahan sehingga ia dibebaskan daripada pertuduhan atau bebas daripada hukuman jika ada sabitan.
Kebiasaan kes melibatkan hukuman berat akan melibatkan pengurusan di Mahkamah Majistret Dan kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Sehingga dibicata, mungkin akan mengambil masa 3-5 tahun adalah sesuatu yang biasa.
Ketiga, pendakwaan seksyen 302 akan dilihat SUATU pertuduhan yang serious oleh rakyat mahupun Mahkamah Dan akan menilai, melapor Dan berfikir oleh semua pihak sebagai SUATU teladan dan justifikasi jika ada perubahan perundangan mengenainya kelak.
Poin seterusnya saya sambung nanti la. Nak masuk Mahkamah Rayuan untuk Rayuan kes bunuh juga ini

[1604.26] KAHWIN TAPI TAK DAFTAR


 [1604.26] KAHWIN TAPI TAK DAFTAR

Kahwin tapi tak daftar nikah
(bukan poligami)
5 Anak ibarat anak luar nikah
Mak ayah tiada usaha kerja tetap
Ayah terlibat barang salah
Mak rumah tak tersusun.
Kena dakwa Mahkamah pula.
Kita kena sedar kemiskinan banyak bermula daripada sikap MALAS.

[1606.26] NOT MY CIRCUS, NOT MY MONKEY


 [1606.26] NOT MY CIRCUS, NOT MY MONKEY

Mai nak consultation free
Bila nak caj, kata mahal
Cari lawyer janji bulan bintang
Fee guaman katanya murah
Setahun kemudian call kita
Malas nak dengar cerita sedih
Tapi Saman pun dah salah pihak
Pendek cerita -
"Tuan tolong saya buat balik kes saya"
"Mana boleh buat balik. Dah tolak, kena buat Rayuan. Kos lawyer, kos Mahkamah kena bayar la"
"Saya habis RMxxxx kepada lawyer lama. Tuan buat dulu saya janji dapat duit, saya bayar"
"Not my circus, not my monkey"

[1606.26] DENDA RENDAH & DENDA TINGGI


 [1606.26] DENDA RENDAH & DENDA TINGGI

Dalam memutuskan hukuman denda atau penjara atau sebatan, trend hukuman semasa juga menjadi faktor pertimbangan utama Mahkamah selain fakta kes.
Denda yang dikenakan ke atas perusuh dalam kes baru-baru ini adalah pada pendapar saya memadai dan munasabah dengan denda RM3000 Dan RM2000.
Ini kerana ia suatu trend hukuman semasa dan munasabah kepada hukuman dan mitigasi diskaun kepada pengakuan salah pada awal kes. Ia telah me jimatkan masa dan kos semua pihak terutama pihak Mahkamah.
Perkara yang menjadi isu sekarang ialah hukuman dikatakan rendah oleh kerana nilai kerosakan dan kejadian adalah satu jenayah terancang.
Perlu diingatkan bahawa Mahkamah menghukum atas dasar fakta semasa Dan bidangkuasanya dalam pertuduhan. Jika pihak Pendakwaan merasakan ia suatu kes berat dan perlu perhatian yang lebih, sepatut ya satu pertuduhan atau lebih dikenakan ke atas OKT termasuk pertuduhan yang lebih sesuai untuk menyatakan keseriusan kesalahan Dan aktiviti OKT.
Tetapi jika pertuduhan sama, OKT membuat pengakuan salah, bukanlah amaun denda itu akan menjadi sama atau lebih kurang setelah mengambilkira faktor mitigasi perundangan tentang pengakuan salah.
Erm..
Penang, 2026
+60139307961

Tuan, boleh tahu Tuan buat kes-kes macamana dan setakat mana ambil kes?

 


Tuan, boleh tahu Tuan buat kes-kes macamana dan setakat mana ambil kes?

Kami dikenali sebagai firma guaman yang menyediakan perkhidmatan perundangan profesional kepada individu, syarikat dan organisasi dalam perkara melibatkan urusan litigasi jenayah dan sivil di kesemua peringkat Mahkamah seluruh Malaysia.
Kami komited untuk menyediakan khidmat guaman yang cekap, telus dan efisien kepada setiap klien. Firma yang berpengalaman luas di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Hubungi kami di
untuk membuat sebarang temujanji bersama kami.
Nota: Mohon jangan PM di Facebook untuk mengelakkan kelewatan respon.

Monday, July 24, 2023

[1483.23] TANAH - HAK TIDAK BOLEH DISANGKAL


Selaku pemilik berdaftar di bawah seksyen 340 Kanun Tanah Negara, hakmilik penama ke atas hartanah tersebut adalah tidak boleh disangkal kecuali pihak menuntut membuktikan sebaliknya sebagaimana kehendak seksyen 340 (2) dan (3) Kanun Tanah Negara (antaranya) yang mana terdapat fraud dan pemalsuan dalam cara mendapatkan tanah berkenaan. Tanpa membuktikan melalui Saman dan atas beban imbangan kebarangkalian, unsur-unsur di bawah peruntukan berkenaan, Mahkamah Tinggi tidak boleh mengganggu hakmilikan Pemilik/Penama.
Sila rujuk: Seksyen 340(1), (2) dan (3) Kanun Tanah Negara 1965, OCBC Bank (M) Bhd v. Lee Lee Fah [2000] 1 CLJ 71, Kamarulzaman bin Omar & Ors vs Yakub bin Husin & Ors [2013] MLJU 1412, Tan Ying Hong v Tan Sian San [2010] 2 MLJ 1, Teh Bee v K Maruthamuthu [1977] 2 MLJ 7, Au Meng Nam vs. Ung Yak Chew [2007] 5 MLJ 136, Muthammah vs. Masri Mohammed [2000] 5 MLJ 518, Govindasamy s/o Muthulingam v Ooi Kee Chye & Anor [2012] 7 MLJ 254,


 

[1482.23] CERITA BAB SEKSYEN 4(1)(a) AKTA HASUTAN 1948


(Soalan asal - ... Nusi kena kes seksyen lagu mana gak?... bla.. bla)
Kalau ikut pertuduhannya, sebegini peruntukan dan hukumannya;
4.Offences.
(1) Any person who -
(a) does or attempts to do, or makes any preparation to do, or conspires with any person to do, any act which has or which would, if done, have a seditious tendency;
(b) ........;
(c) .......; or
(d) ......
shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable for a first offence to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both, and, for a subsequent offence, to imprisonment for a term not exceeding five years; and any seditious publication found in the possession of the person or used in evidence at his trial shall be forfeited and may be destroyed or otherwise disposed of as the court directs.
Kalau dibaca sekali imbas, susah nak kait dan faham dengan pertuduhan, peruntukan dan kata-kata YAB Sanusi tempohari. Tetapi mungkin melalui dokumentasi di bawah seksyen 51A CPC kelak akan lebih jelas. Bukanlah satu keperluan bagi pendakwaan memberikan pertuduhan yang jelas kepada tindakan yang menjadi pertuduhan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 sebagaimana kes-kes jenayah lain.
Rujuk - Karpal Singh Ram Singh v. PP & Another Appeal [2016] 5 MLRA 106, Fan Yew Teng v. PP [1975] 1 MLRA 439, PP vs. Muhammad Syahmizal Azizan [2022] 6 MLRH 660,
Pendakwaan perlu membuktikan pertuduhan di bawah seksyen 4(1)(a) berkenaan sudut perbuatan (actus reus) dan niat (mens rea) OKT yang mana atas beban bukti melampauai keraguan munasabah. Akta ini terutama seksyen 4 dan 9 juga antara satu sempadan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang mana hak bersuara Malaysia adalah terhad kepada beberapa peruntukan undang-undang bagi menjaga keamanan dan keharmonian Malaysia.
Rujuk - Datuk Seri Anwar Ibrahim vs. Kerajaan Malaysia & Anor [2021] 6 MLRA 42, Lee May Ling v. PP [2018] MLRHU 1235
Tolak tepi isu propaganda, kena mengena politik, Akta Hasutan ini antara senjata kepada kedudukan ADUN/MP yang mana boleh lucut jika ada sabitan denda melebihi RM2000. Dalam peruntukan ini, denda sehingga RM5000 boleh dikenakan. Ramai wakil rakyat kena termasuk kes popular berkaitan mendiang Karpal Singh.


 

[1481.23] ELEMEN PENTING PERTUDUHAN ROGOL


Pendakwaan kes seksual boleh dikatakan sebagai “easy to accuse but difficult to defend”. Adalah menjadi satu keperluan dan amalan biasa (practice and prudence) di dalam kes-kes seksual, bukti-bukti sokongan (corroboration) seperti Ahli Kimia, doktor dan bukti dokumentari diperlukan bagi menyokong keterangan Pengadu dan bukan berdasarkan keterangan lisan yang bercerita sahaja walaupun Mahkamah boleh menerima keterangan pengadu secara tunggal tertakluk kepada kredibiliti dan tiada keperluan kepada keterangan sokongan.
Rujuk: Ab Malek Atan v. PP [2002] 6 CLJ 407
Antara elemen yang perlu dibuktikan keras dalam pertuduhan rogol ialah;
1. Berlakunya kemasukkan (penetration)
Perlu dibuktikan kemasukkan kemaluan lelaki telah memasuki kemaluan perempuan dan boleh dibuktikan mealui keterangan terus atau ikut keadaan seperti koyakan baru. Selain itu mangsa mesti melihat kemasukkan tersebut iaitu kemaluan dan bukan semata-mata anggapan kemaluan yang telah dimasukkan seperti rasa, fikir dan sebagainya. Identiti lelaki yang memasukkan kemaluan juga perlu dikenalpasti dan meletakkan lelaki berkenaan pada kelakuan jenayah sebagaimana masa, tempat dan tindakan sebagaimana pertuduhan berkenaan.
Rujuk: Nasrul Annuar Abd Samad v. PP, Aparav Sathiah v. Public Prosecutor
2. Kerelaan
Perlu dibuktikan melepasi keraguan munasabah bahawa tindakan jenayah ini dilakukan tanpa kerelaan seorang wanita. Perlu diingatkan bahawa perempuan di bawah umur iaitu 16 tahun adalah secara statutorinya tidak mampu memberikan kerelaan. Maka isu kerelaan adalah tidak wujud bagi pertuduhan rogol statutori. Namun, beban kepada pendakwaan untuk membuktikan bahawa perempuan berkenaan adalah di bawah umur. Anggapan pada dokumen tertentu atau wajah muda atau keterangan lisan adalah tidak mencukupi untuk menerima keesahan umur mangsa.
Rujuk: Jamaluddin Hashim v. PP,


 

[1478.23] SALAM AWAL MUHARRAM


Semoga amal baik kita di tahun lalu mendapat keberkatan dan redha Allah SWT. Semoga sisa-sisa hidup dapat memberikan manfaat kepada semua orang.
Ampuni dosa kami jika ada salah dan silao.
Sesungguhnya kami adalah pendosa yang ditutup aibnya oleh Allah SWT.


 

Tuesday, July 18, 2023

[1475.23] PERLEPASAN OKT DI BAWAH PEMBELAAN S.84 KANUN KESEKSAAN


Di bawah pemeriksaan s.342 CPC, selepas pemeriksaan dibuat, Pakar Psikiatri akan mengemukakan satu laporan psikiatri tentang pemeriksaan di bawah s.342 berkenaan dan laporan ini akan dikemukakan kepada pihak Mahkamah yang mengeluarkan perintah di bawah s.342 berkenaan.
Laporan Pakar Psikiatri di bawah s.343 akan dikemukakan dan menentukan samada OKT boleh membawa pembelaan di bawah S.8 Kanun Keseksaan atau sebaliknya diarahkan meneruskan bicara jika didapati mampu membeladiri dan dalam keadaan waras semasa melakukan jenayah berkenaan.
OKT yang didapati tidak waras semasa melakukan jenayah berkenaan boleh dibebaskan dan dilepaskan atas alasan ketidakwarasan berkenaan bawah s.342/343/347. Atau dibebaskan melalui s.84 kemudian.
Bagi pembebasan dan perlepasan di bawah alasan ketidakwarasan, OKT boleh diletakkan di tempat yang bersesuaian termasuk di Hospital Bahagia dengan tempoh masa dan laporan sebagaimana perkenan pemerintah negeri seperti sultan, Raja atau TYT.
Rujuk: -
PP v. Thenegaran Murugan [2013] 3 MLRA 664
PP v. Chong Chai [2006] 2 MLRH 485


 

Thursday, July 13, 2023

[1473.23] MANSUH HUKUMAN MATI - ISU RINGKAS


Walaupun hukuman mati dimansuhkan bagi beberapa jenayah, tetapi digantikan dengan hukuman pemenjaraan termasuk hukuman pemenjaraan seumur hidup.
(Tiada lagi hukuman mati)
Ya, tiada lagi bagi semua pertuduhan jenayah di Malaysia.
(Kes hukuman mati lama/sebelum ini macamana)
Akan ada kes duluan untuk pernohonan bagi menukar lepada hukuman seumur hidup atau apa-apa setara dengan peruntukan undang-undang. Kemungkinan akan ada semakan kehakiman secara individu atau mana-mana proses audut praktikal yang akan dilaporkan di dalam jurnal kelak. Kita cerita praktikalnya kemudian.
(Lantikan Peguambela oleh Mahkamah/kerajaan bagi kes hukuman mati akan dibatalkan)
Tidak. Setakat ini lantikan peguambela bagi kes melibatkan hukuman mati (sebelum ini) akan diteruskan jika tidak berkemampuan melantik peguam.
(Banyaklah jenayah sebab tiada hukuman mati)
Selain hukuman mati, ada proses pemulihan lain bagi pesalah dan masyarakat. Penumpuan masih kepada kepentingan awam. Perkara masyarakat perlu sedar adalah kebanyakan ( hampir semua) kes hukuman mati bukan melibatkan pesalah penjenayah tegar (bukan kaki dadah dan tokey jutawan dadah). Kena betulkan persepsi.
Penjenayah tegar pun bukan tahan duduk penjara.
(Lambakan banduan di penjara)
Ini isu kecil sebab bilangan banduan akhir /kes hukuman mati bukan ramai. Dan proses gantung mengambil masa lama. Kekadang ada mengambil masa 10-20 tahu juga, akhirnya dibebaskan dengan pengampunan Raja/Sultan.
Jadi isu lambakan dan pertambahan banduan hampir tiada berlaku atau pertambahan drastik tidak berlaku. Tapi bilangan banduan memang menjadi isu yang kini cuba dipulihkan melalui Parol dan khidmat masyarakat.
Nanti tambah lagi..
.........................................
Mulai hari ini tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh mengatakan pemansuhan itu bertujuan menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia serta memastikan keadilan bagi semua pihak.
"Prinsip asas yang ingin diberi penekanan oleh kerajaan di sebalik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan banduan agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi individu yang berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman.”
Kredit: Harian Metro


 

[1472.23] PERMOHONAN BATALKAN SEMAKAN KEHAKIMAN


"Biasa ke orang buat permohonan strike out Semakan Kehakiman" - peguam junior
Jawapan adalah am dan tidak tertakluk kepada fakta dan senario kes di bawah secara terus.
Asasnya semua permohonan mahupun tuntutan BOLEH dibuat permohonan membatalkan prosiding berkenaan. Samada pernohonan dibuat atas pliding iaitu asas Aturan 18 KKM 2012 atau di bawah punca kuasa peruntukan khas bagi pernohonan tersebut, seperti Aturan 25 dan lain-lain.
Bagi semakan kehakiman terdapat 2 peringkat permohonan dalam satu tata kertas kausa. Pertama peringkat 'kebenaran' dan kedua, 'merit kes'.
Biasanya pernohonan membatalkan semakan kehakiman (bagi saya) dibuat dengan dua cara. Pertama, membatalkan dengan menghujahkan kebenaran tidak patut diberikan untuk satu semakan. Kedua, satu bantahan awal boleh dimasukkan terhadap permohonan bawah Aturan 56 KKM 2012 untuk jalan mudah kertas kausa ditolak selain cara pertama di atas.
Namun, mana-mana cara asas boleh dibuat dan dipertimbangkan oleh mahkamah samada prosiding berkenaan patut dibatalkan atau tidak. Ada yang try and error dalam mencabar dan meluaskan pentafsiran undang-undang tertentu oleh Mahkamah Tinggi.
Cuma melihat kepada kos, fikir dua kali nak buat lagi.


 

[1470.23] Menang Kes dan Tugas?


Alhamdulillah
Semalam dapat perintah bagi permohonan kami di Mahkamah Tinggi Alor Setar dan pagi ini rayuan Defendan ditolak dengan kos (kami peguamcara bagi pihak Perayu).
Sebenarnya menang atau kalah bukan isu tetapi bagaimana kita membawa dan melaksanakan kes anakguam adalah penting. Kita telah melaksanakan amanah sebaik mungkin dengan selaras kehendak perundangan.
Memang ada anakguam atau peguamcara sendiri yang sangat condong kepada 'nak menang' dan justifikasi sebagai fighter. Itu bukan fighter tetapi sikap boleh membawa kepada korup mahupun melangari amanah selaku peguam. Birpun tiada sumpah khas (oath) bagi peguam tetapi kita terikat dengan undang-undang dan etika bagi merealisasikan keadilan.
Jadi saya ingatkan diri saya dan kepada peguamcara yang membuat saya pening bab ini, semoga kita sama-sama faham. Tugas akan datang berbeza cara, begitu juga anakguam. Tugas kita tetap akan sama.


 

Monday, July 3, 2023

[1467.23] BUATLAH PERJANJIAN


Biarlah rugi sedikit tapi tenang dan untung dengan menyediakan perjanjian sebelum membuat bayaran dan memasukan kontrak yang tidak pasti. Tanpa kontrak, sebelah kaki dah sah jadi scam.
Semalam ada call menyatakan dah bayar deposit pembelian tanah RM600k. Fahamlah depositnya berapa?.. Deposit ntah ke mama, janji ntah ke mana. Nak jimat katanya kos peguam, hangus RM60k tanpa jejak.
Cakap nak saman untuk menuntut balik kos yang dibayar. Tapi bila dengar kos mahkamah dan peguam, terduduk dia. Dia tanya balik kenapa mahal. Macamana tak mahal, dah sampai mahkamah. Kerana nak jimat sedikit, ruginya berlebihan.
Sebaiknya kami cuba elakkan mahkamah. Kerana ia akan memgambil masa dan kos yang agak merugikan anda. Jadi ambil langkah awal dengan secure your right.
Perkara ini dah banyak kali diingatkan. Tapi selagi belum kena, tak rasa. Sekarang rasakan..


 

[1466.23] Bantu saya kurang hukuman.


Panggilan daripada lokap
Dia call hari tu nak kami buat mitigasi kurangkan hukuman. Tapi tup-tup dia cari peguam lain. Mungkin lawyer itu pandai cakap atau isu harga/fee.
Hari ini dia call dan maklumkan dia kena penjara dan denda. Penjara tak lama, tapi cukup buat dia meraung. Tak tahu nak kasihan atau gelak.
Merayu kurangkan hukuman penjara adalah boleh melalui rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhad kepada hukuman sahaja sebab sabitan tidak lagi dibenarkan kerana pengakuan salah telah dibuat. (Ada beberapa kes kami buang sabitan melalui isu plea)
Namun kami tegaskan bahawa memgambilkira tempoh hukuman penjara itu dengan proses rayuan serta tiada tindakan /kemampuan untuk buat stay of execution, rayuan itu akan dilihat tidak efficient untuk diteruskan.
Kalaupun beliau hendak teruskan dengan rayuan dan memdapat stay of execution, kos rayuan dan stay adalah berbeza. Kosnya amat berlipat kali ganda daripada kos mitigasi sekarang.
Peguam anda bukan tak bagus, tapi mungkin tak bersedia atau tiada pengalaman bidang ini.
"Bab makan, kami champion lagi."


 

Older Post ►