Wednesday, April 16, 2008

Seksyen 117 KAJ: Apa Itu Penahanan Reman

Ada orang bertanya melalui www.hishamnazir.com mengenai penahanan reman yang dikenakan ke atas saspek jenayah yang biasa dibaca di dada akhbar.

Bila bercakap mengenai penahanan reman atau lanjutan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ), ia adalah suatu penahanan yang membolehkan siasatan lanjut dibuat oleh pihak penguatkuasa (samada polis, kastam, imigresen, BPR dan sebagainya).

Sebelum Seksyen 117 KAJ terpakai, Seksyen 28 KAJ terdahulu di baca dan dilaksanakan yang mana Seksyen 28 adalah peruntukan yang jelas mengenai penahanan saspek yang dibuat oleh pihak polis (samada selepas tangkapan awam. Topik tangkapan akan dibincangkan kemudian) harus dimulakan siasatan ke atasnya. Penahanan tersebut juga tidak boleh melebihi 24 jam dan dalam masa 24 jam tersebut pihak penguatkuasa melakukan sesuatu samada saspek dilepaskan atau diberikan jaminan. Jaminan biasanya dipanggil Jamin Mulut atau Jamin Polis.

Apabila tiada jaminan ditawarkan mahupun difikirkan tidak wajar untuk dilepaskan saspek dalam masa 24 jam tersebut, maka saspek perlu dikemukakan di hadapan seorang Majistret (Masjitret bukan satu-satunya pihak yang berkuasa memberikan kuasa reman. Namun secara praktikalnya Majistret adalah pihak yang bertanggung jawab dalam tugas reman) selaras dengan Seksyen 117 KAJ.

Seksyen 117 KAJ memberikan kuasa kepada pihak penguatkuasa untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas saspek tersebut dengan alasan siasatan masih tidak sempurna dan memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan pihak penguatkuasa. Namun perlu diingatkan bahawa tahanan reman atau lanjutan tidak boleh dibenarkan bagi memulakan siasatan kerana pihak penguatkuasa sudah mempunyai masa 24 jam bagi memulakan siasatan. Namun, secara praktikalnya, siasatan dibuat terdahulu baru tangkapan dibuat.

Dalam permohonan kepada pihak Majistret dalam mendapatkan penahanan reman atau lanjutan reman, pihak penguatkuasa perlu memberikan butiran siasatan yang telah dibuat dan apa yang masih perlu dilakukan serta berapa hari diperlukan bagi berbuat sedemikian. Sehubungan dengan itu, buku catatan harian / siasatan perlu ditunjukkan kepada pihak Majistret sebelum dibenarkan bagi tahanan reman atau lanjutan sebagaimana yang dipohon.

Secara paktikalnya, kesemua itu hanya dibuat apabila saspek diwakili oleh peguam. Praktikalnya pihak Majistret akan membenarkan permohonan pihak penguatkuasa sebagaimana yang dimohon (kecuali menggunakan budibicara dalam menetapkan jumlah hari) walau apa jua alasannya.

Sebab itu pernah satu ketika Kawe hanya tersenyum bila seorang makcik mengeluh di Mahkamah Majitret Petaling Jaya apabila anak beliau yang ditahan bagi urine test pun direman sehingga 10 hari sebelum didakwa di Mahkamah (bagi kes urine, pendakwaan dimulakan tanpa mengetahui samada dadah benar-benar diambil oleh saspek kerana ujian kimia masih belum siap).

Di bawah Seksyen 117 (3) KAJ, pihak Majistret mempunyai kuasa bagi membenarkan satu perintah penahanan reman dibuat ke atas saspek sehingga 14 hari.

Pihak Majistret boleh menolak permohonan reman oleh penguatkuasa sekiranya berpendapat bahawa permohonan tersebut tidak perlu dan kerjasama siasatan daripada pihak saspek masih boleh diperolehi walaupun beliau tidak direman (dalam jagaan pihak polis) dan tiada unsur atau faktor bahawa saspek tersebut akan melarikan diri daripada pihak penguatkuasa.

Praktikalnya, Kawe pernah selisih dengan kes sebegini apabila dihujahkan, Majistret menolak permohonan lanjutan reman ke atas seorang pegawai kanan polis apabila bersetuju dengan hujahan bahawa saspek yang bertugas sebagai pegawai kanan polis itu tertakluk kepada pekerjaannya selaku polis dan sistem pengenalannya yang tidak memungkinkan beliau untuk melarikan diri.

Dalam keadaan lain, ada pihak polis memberikan jaminan polis kepada saspek apabila melihat saspek tidak mungkin akan melarikan diri dan memberikan kerjasama dengan baik. Sementara dalam jaminan polis, saspek mungkin akan dipanggil pada bila-bila masa bagi membantu siasatan.

NOTA: Terlalu banyak mesej mengenai ini. Mohon kerjasama terus kepada email pertanyaan@lawyer.com atau admin@hishamnazir.com atau whatsap +6013-9307961 atau facebook kronies kami di bagi jawapan segera. Nyatakan nama dan no telefon bagi setiap pertanyaan.

69 komen:

Anonymous said...

salam,

jadi, perintah reman ini boleh digunakan sebagai ganti kepada ISA lah kan?

shams bangi [014-99 33 SSG] said...

Tak.. masih boleh dipertikaikan malah boleh diwakili peguam semasa pihak polis mendapatkan reman.

Masih boleh dihujahkan rasional penahanan tersebut untuk pertimbangan pihak Mahkamah.

Malah ada yg boleh dibebaskan dan buat siasatan diluar penahanan,

chong said...

jadi,kalo dah kena reman,xbleh ikat jamin la?kena tunggu sampai tempoh reman habis baru bleh ikat jamin?

Admin said...

tempoh reman masih dalam siasatan dan bukan pendakwaan di mahkamah lagi. Maka jaminan tiada ditawarkan kecuali pihak polis boleh menawarkan jaminan polis.

lurve yuu said...

Bpe lme plg lme untuk tahanan reman ye?? Smpai 100 hari boleh ke?? Ataupn berdasarkan kes tu??

Hisham Nazir said...

14 hari sahaja. Kemudian perlu didakwa kecuali dalam beberapa akta yang khas ada peruntukan tahanan reman melebihi 14 hari. tapi dia tak dipanggil reman.. reman merujuk tahanan untuk siasatan

Anonymous said...

kalau kena tangkap pas tu ada bukti contohnye dadah, berapa lama kena tahan

Anonymous said...

salam..kalau dapat jamin polis, kes masih tetap disiasat n bila2 masa saja boleh ditangkap semula ye?

Hisham Nazir said...

Reman tetap 14 hari. Lepas itu akan didakwa atau di lepaskan. Kalau didakwa, akan ada jaminan ditawarkan pada nilai tertentu bagi menentukan kehadiran anda ke Mahkamah. Tetapi ia terhad kepada pertuduhan yang boleh dijamin atau jaminan kuasa budibicara Mahkamah. Kalau kes dadah yang agak besar melibatkan s.39A(2)/B tak boleh la jamin. - www.hishamnazir.com

Hisham Nazir said...

kalau dapat jaminan polis biasanya dibuat kerana nak siasat lagi atau pertuduhan ditangguhkan atau tiad apendakwaan akan dibuat.

Biasanya tangkapan tidak akan dibuat tetapi berdasarkan jaminan tersebut, kalau ada pendakwaan pihak polis akan hubungi dan minta suspek ke Mahkamah untuk pendakwaan. - www.hishamnazir.com

Jack Daniel said...

Reman memng maximum 14 ari la eyk?
then,bila di dapati tidak bersalah,akan di bebaskan tnpa sebarang ikat jamin?
jika sebaliknya?
then only boleh upah peguam?

Hanita Isa said...

mcm mana klau di tahan reman bawah akta 39b..saspek blm berumur 19thnn...adakah tahanan reman blh dilanjutkan penguatkuasa tanpa memohon kpd mahkamah?

scar sa said...

Adakah beliau akan direkodkan sebagai memiliki rekod jenayah ? Sekiranya:
- Ditahan reman
- Dibicara di mahkamah majistret
- OKT tersebut mengaku salah atas memiliki ice (0.02grm). Hukuman hanya denda dikenakan RN 1000 (setelah rayuan), dan bukan hukuman penjara

Adakah OKT tersebut boleh keluar negara utk melancong/bekerja

Siti Azura said...

Jika ditahan polis kerana positif dadah,bolehkah dijamin mulut kerana sakit cth jantung yg kronik?tanpa perlu dijamin menggunakan duit.atau perlu dapatkan surat pengesahan dari doktor?
Tlg bg pencerahan segera...terima kasih

This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kalau kes rogol dan dibebaskan dengan jaminan polis , sudah melebihi 1 tahun ,adakah kita akan dipanggil semula ??

Mohamad Yusof said...

Kalau kes rogol dan dibebaskan dengan jaminan polis , sudah melebihi 1 tahun ,adakah kita akan dipanggil semula ??

penegak keadilan said...

klu kes samun berkumpulan..semasa pertuduhan dbca okt tdk mengaku salah dn mohon dbicrakan okt jgk memohon agar diri nya dbenarkn untuk diikat jamin..tpi hakim tdak membnarkan okt diikat jamin dan hakim mengarah kn okt direman di penjara..sementara tggu tarikh sebtan semula kes..bleh ke mcm ni??

Penegak Keadilan - Saya dah reply melalui email.

Hisham Nazir said...

Azura - Jamin mulut atau jamin polis sebelum dakwaan dibuat hanya diberikan atas budi bicara. Biasanya hanya kes komersil atau kes yang tidak cukup bukti diberikan jamin polis. Kalau disebabkan sakit kronik, ia masih dalam budi bicara. Tetapi kalau kes luar biasa, susah juga polis nak bagi..

ahmad shafiee said...

anak saya ditahan pada Selasa 22hb Malam. 23hb polis telah mendapatkan perintah reman selama 4hari, bolehkah saya atau wakil ( peguam ) berjumpa anak saya walaupun ketika reman ini. Sarjan yang bertugas seakan menolak permintaan ini dgn alasan cuti umum.

Hisham Nazir said...

Ahmad Shafiee - Boleh lawat atas budibicara polis bagi keluarga. Untuk peguam, poilis akan bagi.

Nurul Syafiqah said...

Kalau dalam tempoh tahanan reman, polis suruh mengaku bnd yg kita xbuat dan kita mengaku atau xmengaku bnd tu, apa hkmn yg akn dikenakan?

Nurul Syafiqah said...

Kalau dalam tempoh tahanan reman, polis suruh mengaku bnd yg kita xbuat dan kita mengaku atau xmengaku bnd tu, apa hkmn yg akn dikenakan?

tijah said...

as salam.. suami sy kena dilanjutkan reman selama 4 hari dbwah sek 379 dan jika dituduh dmahkamah slps reman tamat atau jamin polis diberi apa yg boleh sy buat untk bantu suami?

Fatimah Abdul Samad said...

Rakan saya seperti ditahan reman...kerana sejak ditahan pada 21 januari lalu, masih belum dengar pembebasan beliau. Saya gagal menghubungi beliau sehingga hari ini. Saya telah mendapat no kes dan nama IO serta telah berhubung dengan IO menerusi whatsapp utk membincangkan kes ini serta memohon kebenaran melawat rakan di lokap. Namun panggilan tidak dijawab serta whatsapp tidak dibalas wpun telah dibaca (2 tick biru). Kawan kepada rakan saya telah dibebaskan pada hari penangkapan kerana rezeki beliau ada duit di tangan utk dibayar kepada polis. Dan menurut beliau, polis meminta bayaran sebanyak RM5k untuk dibebaskan. Apa yang perlu saya lakukan sekarang? Sesungguhnya duit RM5k tiada. Mohon emel saya jika lebih mudah - fatimah.marcomm@gmail.com

amirul falish said...

apakah hukuman bagi kesalahan urine ice bila tidak hadir mahkamah..??adakah waran tangkap akan keluar...

Pipie Green said...

Semalam kwn sy telah ditahan oleh polis dan sekarang telah pun melebihi 24 jam.. apakah process yg sdg berlaku selama 24 jam tersebut? Bolekah sy melawat kwn sy?

Pipie Green said...

Semalam kwn sy telah ditahan oleh polis dan sekarang telah pun melebihi 24 jam.. apakah process yg sdg berlaku selama 24 jam tersebut? Bolekah sy melawat kwn sy?

Farasha Lola said...

kalau sangkut +ve dadah mcmane ye? masa naik court boleh buat rayuan ke? mohon email sy. norfarhain@ymail.com

kun miey said...

Abang sy ditahan polis sbb lekat urine test..biaase kna byar jaminan or jamin mulut..tiada bukti kukuh cme urine jew lekat..kunmiey@gmail.com

Azra Syuhadah said...

Post tak lengkap. Berapa lama boleh tahu result test urine? Lepas 14 hari jugak? Suspek dadah yang pernah kena tuduhan consume dadah selalu ditahan atas kes yang sama walaupun sebelum ni semua test came out as negative. Apa protection atas orang macam ni boleh dilakukan untuk masa akan datang supaya boleh dapat secure from polis Malaysia yang 'cekap' dari serkap jarang yang berulang ulang Kali? Sebab kena tahan sampai 14 hari bukan sekejap(maybe for some people?lol)

Azra Syuhadah said...

If result came out as negative dia boleh dikeluarkan serta merta tanpa perli membayar Wang jaminan,duit kopi Dan rokok kan?

Azra Syuhadah said...

Tindakan apa yang akan dikenakan kepada polis yang menggunakan kekerasan walaupun orang lain dah cooperate dgn diorang elok elok? Tak membenarkan tertuduh membuat panggilan kepada keluarga Dan rakan? Deny hak orang lain Dan layanan kasar. Buat tugas tak mengikut etika PS: don't give me answers such as polis melakukan tugas bla bla semua tugas adalah kerja by work you need to handle it with courtesy,rules and professionally and by the word 'polis' tak bermaksud boleh sambil lewa sebab stress bla bla semua kerja susah,semua kerja stress if tak bukan kerja namanya

Azra Syuhadah said...

Lagi satu apa bukti menunjukkan polis Dan tertuduh dah berbincang dimakahmah untuk proceed reman selama etc etc hari selepas 24jam?

Azra Syuhadah said...

Boleh ke pesabit dadah masih ditahan walaupun result test air kencing keluar negative?dipanjangkan masa tahanan atas alasan untuk tengok second test dari hospital?

Azra Syuhadah said...

Kalau banduan lokap dipukul di dalam lokap oleh polis tindakkan melaporkan perkara tersebut(ie: buat med.check up,buat laporan atas pemderaaan tersebut) laporan tu tidak akan diremehkan ke? Maaf jika nampak saya macam spam blog ni. Terlalu stress Dan perkara sama berlaku berulang ulang Kali dalam tempoh masa yang sangat dekat. Polis kerap menahan orang yang tak bersalah,bukan saja menyusahkan orang lain,duit,tenaga pihak polis yang bertanggungjawab pun pandang sebelah mata je satu tindakan pun (mungkin?) Tak dikenakan atas kakitangan polis. 3kali ditahan dalam tempoh 1setengah tahun? Bayangkanlah sendiri

Azra Syuhadah said...

Mungkin kalau family saya viralkan case macam ni baru pdrm Malaysia akan buat tindakkan kut? Jika terpaksa saya akan ketengahkan hal ni sebab berlaku kecuaian melakukan tugas dengan sangat constantly. Family saya dah tak larat nak hadap semua ni dah. Bosan. Kalau public attention Dan shaming Cara pdrm bertugas di public Dan media Cara yang paling berkesan saya sanggup buat

Hanim said...

Kawan sy di thn d satu sekatan jln raya..polis check dlm data 'wanted'..sbb x lapor io lps naik mahkamah 2 tahun lps..biasa reman berapa hari.? Boleh pergi jamin ker.? Mohon pencerahan..

Hanim said...

Kawan sy di thn d satu sekatan jln raya..polis check dlm data 'wanted'..sbb x lapor io lps naik mahkamah 2 tahun lps..biasa reman berapa hari.? Boleh pergi jamin ker.? Mohon pencerahan..

Hilmee Kusnan said...

Kawan sy telah d tahan reman pada 16 Mei yg lalu d atas tuduhan kesalahan jenayah rogol bdk bwh umur, namun pada 23 Mei br sy dpt tau selepas pihak polis hubungi saya. Sy nak tau jika kesalahan berat mcm tu, adakah OKT tidak dibenarkan menghubungi family atau sesapa sahaja termasuk kawan? Kedua, andaikata selepas 14 hari mahkamah putuskan boleh d ikat jamin tp xde siapa yg mampu utk ikat jamin, apa akan jadi pd OKT? Mohon pencerahan pihak tuan hillmee106@gmail.com

razazura said...

Adik saya berumur 17 tahun,ditahan reman atas kesalahan memiliki barang curi(motor),tidak mempunyai lesen dan tidak memakai topi keledar.di tahan pada 11hb7...nak tahu biasanye kes macam ni berapa lama direman.

Inna Ahmad said...

adik sy di tahan di rumah atas tuduhan menumbuk adik sendri.bila sampai di blai... urin test positif dadah. utk pengetahuan tuan... adik sy di bwah kawalan aadk slma 2 thun. pertanyaan sy... boleh kah adik sy d lepaskn dgn jaminan polis. tp kes akn d bawa ke mahkamah selasa nanti.

cheryl lay said...

Anak saya d reman bawah seksyen 318 dan pada
26hb kes akan d bawa ke makamah..
Boleh ka dia d ikat jamin sblm kes di bicarakan..?

wingels said...

teman saya warga Vietnam di reman di lokap Jinjang atas kesalahan imigresen setelah ditahan di sebuah pusat hiburan. Dia direman selama 14hari. Boleh kah di di-ikat jamin dengan alasan kesihatan? Untuk melawatnya di lokap memang susah sebab perlu mendapatkan kebenatan dari pegawai penyiasat dan pegawai penyiasat ini memang sukar ditemukan sebab jarang berada dipejabatnya. Jadi selain dari mendapatkan kebenaran dari pegawai penyiasat, adakah cara lain untuk mendapatkan surat kebenaran untuk berjumpa dengan orang yang di-reman ?

Unknown said...

Sy nk tanya.saya dpt jmin polis atas kes urin..pd 26jan.lpastu skrg 7/8.sruh hadir mahkamah dan suruh sedia duit.klau gagal hadir waran tgkap kluar tak?polis akn dtag rumah ke

miera 97 said...

Sy nk tanya.saya dpt jmin polis atas kes urin..pd 26jan.lpastu skrg 7/8.sruh hadir mahkamah dan suruh sedia duit.klau gagal hadir waran tgkap kluar tak?polis akn dtag rumah ke

Renu Muruga said...

Saya nak tanya kalau keluarga nak buat semakan nama di lokap secara online boleh tak sebab nak pastikan sama ada dia kena tangkap atau tidak

Unknown said...

Adik sy di tahan reman pada 15/08/2016 di pusat karaoke, beliau ditahan bersama2 rakannya yg lain,jumlah 14orang termasuk perempuan, ats kesalahan samun bersenjata. Kami tak tahu beliau ditahan smpai terpaksa bertanyakn kepada rakan2 nya yg lain. Pd 19/08/2016 sy ada menerima panggilan dari balai polis berkenaan dan ada adik sy smpat berbual dgn sy supaya jgn risau, polis yg berada disitu juga memaklumkn bahawa adik sy akn dibebaskn pd 20/08/2016 setelah naik mahkamah dan tak perlu menjemput beliau. Sehingga kini masih tak terima sebarang maklumat dan cuba menelefon balai polis berkenaan pegawai polis memaklumkan tempoh reman sehingga 25/08/2016. Sy buntu, semalam kata tak bersalah dan akn dibebaskn skng tempoh reman dilanjutkn pula. Tolong beri pencerahan

Azira Akila said...

tunang saya ditahan sebelum raya haritu atas tuduhan samun bersenjata bersama kawannya dan tunang saya menggunakan motor saya. so sekarang motor saya tersadai dekat balai polis. bila saya Tanya apa yang perlu saya lakukan. diorang macam endah tak endah. so boleh saya tau tak. kalau tunang saya disabit kesalahan. adakah motor saya akan terus disita?

Muhammad Ariel ShahTM said...

Tak tahulah

La Tahzan Nourain said...

Assalam, adik saya ditahan atas kesalahan urine, berumor 17thun, adakan masih dikategorikan sebagai bawah umur? boleh sy tau kalau naik mahkamah ape jenis hukum yg akan dikenakan?

arysyaa said...

Suami saya telah ditahan reman atas kesalahan melakukan keganasan rumahtangga dan kecederaan kepada saya.saya nak tanya apa hukuman yg dijtuhkan kepada suami jika disabit kesalahan

Izah Halim said...

Tahan reman adalah proses siasatan. Adakah akan ada rekod dalam rekod polis

Hisham Nazir said...

Saya nak tanya kalau keluarga nak buat semakan nama di lokap secara online boleh tak sebab nak pastikan sama ada dia kena tangkap atau tidak

Jawapan:
Tidak boleh. kena call polis.

Hisham Nazir said...

Tahan reman adalah proses siasatan. Adakah akan ada rekod dalam rekod polis

jawapan:

Tidak ada

Hisham Nazir said...

Suami saya telah ditahan reman atas kesalahan melakukan keganasan rumahtangga dan kecederaan kepada saya.saya nak tanya apa hukuman yg dijtuhkan kepada suami jika disabit kesalahan

Jawapan:

Bergantung kepada seksyen pertuduhan kelak

Hisham Nazir said...

Assalam, adik saya ditahan atas kesalahan urine, berumor 17thun, adakan masih dikategorikan sebagai bawah umur? boleh sy tau kalau naik mahkamah ape jenis hukum yg akan dikenakan?

JAWAPAN:

Hukuman dan pertuduhan sama. Cuma proses juvana sahaja perbeza dan perlaksanaan hukuman

Hisham Nazir said...

tunang saya ditahan sebelum raya haritu atas tuduhan samun bersenjata bersama kawannya dan tunang saya menggunakan motor saya. so sekarang motor saya tersadai dekat balai polis. bila saya Tanya apa yang perlu saya lakukan. diorang macam endah tak endah. so boleh saya tau tak. kalau tunang saya disabit kesalahan. adakah motor saya akan terus disita?

JAWAPAN:

Boleh buat permohonan kepada polis. Atau kepada mahkamah melalui kes pendakwaan tu

Hisham Nazir said...

Adik sy di tahan reman pada 15/08/2016 di pusat karaoke, beliau ditahan bersama2 rakannya yg lain,jumlah 14orang termasuk perempuan, ats kesalahan samun bersenjata. Kami tak tahu beliau ditahan smpai terpaksa bertanyakn kepada rakan2 nya yg lain. Pd 19/08/2016 sy ada menerima panggilan dari balai polis berkenaan dan ada adik sy smpat berbual dgn sy supaya jgn risau, polis yg berada disitu juga memaklumkn bahawa adik sy akn dibebaskn pd 20/08/2016 setelah naik mahkamah dan tak perlu menjemput beliau. Sehingga kini masih tak terima sebarang maklumat dan cuba menelefon balai polis berkenaan pegawai polis memaklumkan tempoh reman sehingga 25/08/2016. Sy buntu, semalam kata tak bersalah dan akn dibebaskn skng tempoh reman dilanjutkn pula. Tolong beri pencerahan

JAWAPAN:

Seeloknya lantik peguam untuk wakili semasa reman atau follow up rapat2 dengan polis.

Hisham Nazir said...

Kawan sy di thn d satu sekatan jln raya..polis check dlm data 'wanted'..sbb x lapor io lps naik mahkamah 2 tahun lps..biasa reman berapa hari.? Boleh pergi jamin ker.? Mohon pencerahan..

JAWAPAN:

Reman maksimum hanya 14 hari

Unknown said...

Klau dia kna tgkap.. Adik beradik dia smua mnta ditahan lbih lma tetapi isteri Dan ibu dia tak bagi.dia ni dh teruk duk ugut mnta duit.. Tapi dia tak nak crita.. Org sekeliling yg tkot dia akan buat hal.. Mohon pencerahan.. Dia akan kluar dri tahanan lpas 14 hri smentara tggu hasil mkmal.. Mcmana nk kekalkan dia dlm tahanan

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►