Thursday, October 21, 2021

ADAKAH MANGSA BOLEH MENARIK SEMULA REPOT POLIS


Apabila laporan polis berkaitan dengan sesuatu jenayah telah dibuat oleh pengadu/mangsa, pegawai penyiasat (IO) akan memulakan siasatan dan tindakan lanjut dengan menangkap dan mengambil keterangan supek, memohon agar suspek direman, membawa mangsa ke hospital serta melawat tempat kejadian. Persoalannya adakah pengadu ketika itu boleh menarik semula repot yang telah dibuat? Dan adakah tindakan tersebut telah dianggap selesai?
Seseorang individu mempunyai hak untuk membuat laporan polis atau menarik semula laporan polis yang telah dibuat. Kuasa mendakwa bagi mendakwa sesuatu kes jenayah terletak kepada pihak pendakwaraya/ Peguam Negara. Walaupun mangsa telah membuat ‘report tarik balik’ dan menyatakan tidak berminat untuk meneruskan kes di mahkamah tetapi pihak pendakwaraya masih mempunyai hak mutlak untuk meneruskan kes atau sebaliknya.
Situasi lain yang mungkin terjadi adalah keluarga tertuduh akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk meminta mangsa atau keluarga mangsa supaya mangsa menarik balik repot atau mangsa membuat satu akuan sumpah atau surat rasmi bagi tujuan menarik semula kes berkenaan.
Persoalannya adakah mangsa berkuasa menarik balik kes di mana beliau sebagai pengadu?. Jawapannya boleh tetapi tuduhan ke atas tertuduh hanya boleh ditarik balik atau digugurkan oleh pihak pendakwaraya sahaja. Pendakwaraya boleh mengarahkan mangsa hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan untuk meneruskan kes melalui sapina yang lazimnya diserahkan oleh pihak polis, sekalipun repot tarik balik telah dibuat.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Nur Zahirah Bahari
0109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►