Wednesday, August 10, 2022

[1231.22] UGUTAN BERUNSUR JENAYAH


Jika seseorang itu melakukan suatu ugutan berunsur jenayah ke atas kita, kita boleh membuat laporan agar tindakan sewajarnya dikenakan kepada orang yang membuat ugutan tersebut.
Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan seksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah:-
'Barang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, dan jika ugutannya itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah, atau hendak menyebabkan kebinasaan apa-apa harta dengan api, atau hendak menyebabkan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh atau penjara, atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 7 tahun, atau hendak mentomahkan seseorang perempuan sebagai jalang, maka ia hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 7 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kes PP v Muhammad Azzan Talderi [2022] 1 LNS 62, OKT yang merupakan seorang suami telah mengugut isterinya dengan perkataan seperti berikut:-
"Kamu memang babi la, memang kamu kena ajar ni, kamu ingat aku takut ke, sikit je lagi aku nak hapuskan kamu semua".
Ugutan tersebut terjumlah kepada satu ugutan bunuh dan OKT didakwa dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Gambar sekadar hiasan
Ain Syafiqeen


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►