Wednesday, June 12, 2019

[409.19] KEHANCURAN KELUARGA ATAS SYARIAT - #1 HARTA PUSAKA & HIBAH


[409.19] KEHANCURAN KELUARGA ATAS SYARIAT - #1 HARTA PUSAKA & HIBAH
Apabila dikatakan syariat, ketentuannya elok dan bertepatan dalam apa jua keadaan dan zaman. Kita salah dalam tindakan sehingga adat hidup menjadi tidak selari dengan syariat.
Yang tidak eloknya kita.
Antara penyebab putusnya silaturrahim dan runtuhnya sistem keluarga adalah kerana harta.
HARTA PUSAKA
Apabila harta ditinggalkan mati, maka ia dianggap pesaka yang mana tertakluk kepada faraid (bagi muslim). Tidak semua pembahagian pusaka di persetujui dan sebaliknya dipersetujui pembahagian secara persetujuan bersama. Ia adalah harus selagi mana semua penerima pesaka bersetuju sedemikian.

Pendek cerita, elakkan persetujuan pembahagian mana-mana cara walaupun dianggap adil. Ia bukan adil sebenarnya tetapi sama rata dan mungkin adil sudut pandangan kasar sahaja. Adil adalah faraidh. Ia ditentukan oleh Allah SWT.
Harta sepencarian bukan faraidh. Ia adat yang dikanunkan. Bukti kebodohan lelaki keturunan kita pada harta dan perbelanjaannya. (Bincang di episod 2)
HIBAH
Hibah dan pemberiaan harta perlu dibuat oleh pemilik kepada penerima semasa hidup dan boleh dilaksanakan semasa hidup atau mati. Antara syarat penting ialah pemilikan mutlak.

Tetapi ada kes Mahkamah Syariah membenarkan hibah ke atas harta yang bukan dimiliki mutlak seperti masih dalam pinjaman bank.
Sejauh mana keadilan dalam hibah oleh pemberi. Setakat mana harus, hibah adalah hak kepada pemberi/pemilik dan haknya untuk memberikan kepada siapa yang dikehendaki.
SEKARANG MASALAHNYA
Sejauh mana akhlak dan Islamnya kita. Masalah ini sebagai ingatan kepada kami juga. Antara masalah besar kepada keluarga dan hancurnya institusi kekeluargaan dalam harta.

Dalam memberikan bahagian pusaka, akan ada yang tidak berpuashati. Nak samarata, maka samarata. Adakah Allah bebani tanggungan samarata?
Maka nasihat saya ikut faraidh. The worst scenario, "ini hukum Allah".
Banyak kes tanah antaranya bermula bila pembahagian tidak seadilnya. Faraidh bahaginya tidak adil pada mata kita. Itu kefahaman tanpa ilmu. Tapi itu realiti yang kita terpaksa telan, masyarakat beranggapan sedemikian.
Begitu juga hibah dan pemberian. Baik ditunjukkan, maka yang itu dapat lebih. Bodek dan mesra ditonjolkan, maka yang itu dapat lebih. Sedangkan akal tidak semestinya memberikan satu taakul yang baik dalam menentukan siapa lebih layak.
Adakah perlu hibah kepada pihak-pihak terutama pihak penerima pusaka jika pemberi mati?
Adakah kerana sayang lebih.
Adakah kerana dijaga dan mulut manis.
Adakah kerana lebih kaya dan berpelajaran

Apabila perlaksanaan pembahagian harta terpesong baik sudut faraidh dan hibah maka kepincangan mula berlaku dalam keluarga dan juga mengheret kepada tindakan jenayah. Malah kes bunuh.
Wali-wali tidak lagi bertanggungjawab. Kenapa perlu tugas wali dilaksanakan selain tandatangani surat nikah apabila harta kepada bapanya melebihi adik lelakinya ini?
Kenapa perlu tanggungan wali sedangkan bahagian beradik wanitanya sama.
Kenapa tanggungjawab wali perlu sedangkan mereka meratah harta-harta keluarga semasa hidup melalui pemberian dan hibah.
Malah ada yang tamak masih mahu meratah harta-harta secara salah, misled, tipu, bodek dan sebagainya.
Banyak kami terima kes sebegini dalam sivil dan jenayah. Berebut sempadan jalan, berebut tanah pusaka, pergaduhan, berbunuhan dsn sebagainya.
"Semua sepakat dan tiada apa yang perlu dirisaukan?" 
Saya setuju, kebanyakannya baik tetapi kehancuran silaturrahim keluarga mula berlaku semasa peringkat anak-anak mereka. Begitu juga masalah sivil dan jenayah. Tetapi banyak juga semasa generasi pertama.

Sekadar pandangan dalam ayat singkat. Tak mampu nak tulis panjang untuk pemahaman mendalam. Baca dengan ilmu, perhatikan apa yang jadi disekeliling anda.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►