Wednesday, May 29, 2019

[400.19] ALASAN PEGUAM NEGARA MENARIK BALIK PERLANTIKAN PEGUAMCARA KEMENTERIAN DAN JABATAN BOMBA


[400.19] ALASAN PEGUAM NEGARA MENARIK BALIK PERLANTIKAN PEGUAMCARA KEMENTERIAN DAN JABATAN BOMBA
4 alasan yang diberikan oleh #PeguamNegara berkenaan arahan menarik balik perwakilan peguamcara #Syazlin bagi Kementerian dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia adalah suatu yang logik dan boleh dipersetujui.
Cuma dua isu yang perlu diberatkan. Pertama, #inkues telah berlangsung agak lama dan perlantikannya diketahui umum. Maka kenapa tiada tindakan awal dibuat. Malah pihak kementerian melalui laporan akhbar tempatan menyatakan perlantikan tersebut diketahui dan melalui pejabat Peguam Negara.
Kedua, sebelum perkara ini dimuktamadkan, plan B dengan perlantikan dan arahan peguam persekutuan untuk menggantikan adalah perlu. Kementerian dan jabatan itu adalah sebahagian daripada kerajaan dan patut diwakili oleh pihak Peguam Negara jika kedua pihak itu berkehendakkan diwakili dalam satu prosiding dan seterusnya meggantikan #peguamcaralantikan luar (Syazlin).
Peguam Persekutuan/Pendakwaraya yang ada pada masa ini adalah bertindak pengacara/pengendali inkues dan bukan bertindak atas kepentingan Kementerian dan Jabatan tersebut.
Persoalan yang menjadi pertanyaan kepada peguam dan orang #awam, adakah peguam persekutuan di bawah kementerian tidak dibenarkan mewakili #Kementerian dan Jabatan serta menggantikan peguamcara terdahulu?

Soalan awam -
Boleh kerajaan lantik peguam biasa wakil #kerajaan?
¤ Boleh sebagai peguamcara sivil dan boleh sebagai pendakwaraya jenayah. Cuba check isu kes berkaitan #1MDB 😎

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►