Saturday, June 1, 2019

[404.19] ABANG BOTAK PUNYAL HAL


[404.19] ABANG BOTAK PUNYAL HAL
Kecoh bab Abang Botak pecahkan cermin kereta seorang pemandu ni. Maka netizen pakat mengutuk Abang Botak. Polis pun laksanakan kerja mereka dan dapatlah ditangkap Abang Botak ini.
Bila didakwa di mahkamah, maka dikenakan satu hukuman penjara 12 bulan terhadap Abang Botak. Tidak pula nampak Abang Botak sedih masa selepas hukuman mahupun semasa ditangkap. Siap ada gambar tunjuk "bagus" lagi masa di balai dengan tangan bergari.
Maka tular lah gambar Abang Botak dibawa keluar daripada Mahkamah Petaling Jaya dengan muka selambanya. Tetiba netizen pula rasa kasihan dan mula bersimpati dengan Abang Botak.
Ini kuasa viral yang menyebabkan minda kita terpesong kepada isu yang patut kita beratkan. Jadi apa yang viral tidak semestinya tepat.
Ada pula peguam dan netizen mempertikaikan hukuman tidak adil dan majistret adalah KEJAM. Aduh! kesian saya kat Mahkamah pun kena.
Mai nak jawab dalam bentuk praktikal berdasarkan soalan-soalan pembaca Hisham Nazir & Cronies dan juga blog www.criminallawyermalaysia.com
ADAKAH HUKUMAN ITU ADIL?
Hukuman itu adalah adil (jangan bantah) dan paling terendah yang boleh diberikan oleh Majistret. Pertuduhan adalah di bawah seksyen 327 Kanun Kesiksaan yang memperuntukan hukuman adalah;
O Penjara minima setahun dan maksima 5 tahun; atau
O Denda; atau
O Penjara di atas dan(bersama) denda.
Maka penjara 12 bulan adalah hukuman minima dan majistret telah memberikan simpati kepadanya.
Maka ada suara yang membandingkan hukuman Lan Pet-Pet perlu sedar bahawa pertuduhan mereka adalah berbeza. Apabila berbeza, maka hukuman dan kuasa budibicara adalah berbeza.
Jangan nak ambil tahu pertuduhan Lan Pet-Pet, pertuduhan Abang Botak pun mereka tidak ambil tahu. Terus komen.
TETAPI MAHKAMAH BOLEH BAGI DENDA, KENAPA NAK KENA PENJARA?
Soalan bijak. Denda yang boleh dikenakan ialah berdasarkan budibicara dan kuasa yang ada pada Mahkamah. Tiada satu amaun spesifik ditetapkan.
Isunya, adakah semasa prosedur Mahkamah, satu permintaan kepada denda dibuat kepada Mahkamah.
Adakah semasa permintaan kepada denda, satu cadangan denda diberikan dan juga kehadiran pihak keluarga bagi denda tersebut.
Adakah terdapat alasan denda diketepikan atas permintaan atau hujahan pemberatan Pendakwaan?
Persoalan di atas kena dilihat dahulu sebelum dikatakan kejam untuk tidak diberikan denda.
Perlu diingatkan bahawa kes ini menjadi tular di media sosial boleh menjadi pemberatan oleh pendakwaan juga bagi menolak denda.
Juga menjadi tugasan peguambela untuk menasihatinya dan melakukan mitigasi kepada mahkamah dalam mendapatkan satu hukuman yang adil kepada semua pihak. (win-win). Adakah peguambela ada buat "risik &nego" sebelum menasihati anakguamnya?
Memang dalam peruntukan yang sama ada denda yang dikenakan dan tidak pula penjara. Boleh senaraikan kes sedemikian, banyak juga. Boleh denda serendah seribu.
Tetapi ada beberapa keadaan perlu dibezakan.

TAPI ADA CERITA PROVOK DAN BUKAN SALAH ABANG BOTAK
Jika ada pembelaan dan benar di pihak Abang Botak, maka dia tidak perlu membuat pengakuan salah. Dia masih ada hak untuk dibicarakan.
Apabila ia mengaku salah, maka mahkamah boleh terus putuskan hukuman selepas mengambil plea tersebut. Itu yang terjadi.
Yang menghairan ada pula yang menyatakan kes lain lama bukan main. Tangguh sana tangguh sini. Tapi kes ini cepat benar. Terus bagi 12 bulan.
"Dik, dia dah mengaku salah. Cukup fakta dan hukuman, Majistret ambil plea yang pengakuan salahnya, terus lah jatuh hukum. Itu orang kata lantik peguam dapatkan nasihat penuh"

KALAU ABANG BUAT KES INI, APA PATUT DIBUAT?
Kalau abang yg separa botak ini buat, Abang akan jumpa DPP cakap kat dia, "nak raya ni, jaminan jangan bagi tinggi sangat".
Abang jumpa Botak ni dan cakap "kalau mengaku salah, hari ini akan kena hukum. Denda boleh kalau ada mahu bayar atau sanggup bayar. Kalau tak masuk penjara."
Abang akan tambah lagi "kalau nak raya luar, minta bicara hari ini dan dapat tarikh sebutan. Kita jamin dulu dan nanti lepas raya kita bincang pro dan kontra dan tengok nak lawan atau mengaku salah. benda boleh bincang"
Abang suruh org bayarkan jaminan dia dan dia balik raya dulu. Abang pun nak balik raya ni. Selepas raya abang call balik mai jumpa minum-minum. Sembang macamana nak buat kes ini.

DAH JATUH HUKUM BOLEH KE TUKAR PENGAKUAN RAYUAN?
Rayuan memang boleh tetapi terhad kepada hukuman sahaja. Fakta dan sabitan tidak boleh sebab dia mengaku bersalah. Maknanya apa fakta yang dikemukakan oleh pendakwaan, dia dah mengakuinya.
Mengenepikan pengakuan juga boleh dilakukan oleh Abang Botak melalui peguamnya atas beberapa sebab teknikal. Baca paper pun tahu ada beberapa teknikal fatal yang boleh dipertimbangkan. Takkan nak cerita free sini, habislah modal idea abang. Semua orang bayar idea abang.
Penangguhan hukuman pun boleh buat kalau nak raya di luar bersama keluarga. Permohonan masih sempat difailkan. Tambah sedikit "turbo segera", jumpa Mahkamah dan set masa bicara hari sama. Cakap nak balik raya jauh.. (yang last ni abang gurau sahaja)🤣

LAIN-LAIN
Ada 2-3 soalan yang rasanya tidak perlu abang jawab. Cukup katakan abang pun kerja dan soalan itu adalah intelek abang. 😎
Okaylah, abang balik raya dulu!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►