Wednesday, April 20, 2022

[1185.22] INJUNKSI MAREVA


Injunksi Mareva (Mareva Injunction) ialah satu perintah injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi atas satu permohonan (ex-parte) yang dibuat oleh Plaintif di dalam satu prosiding sivil.
Objektif perintah injunksi ialah untuk menghalang seseorang individu daripada melesapkan atau memindahkan hartanya keluar dari kawasan bidangkuasa Mahkamah serta tujuan menyembunyikan harta tersebut dengan tujuan menghampakan penghakiman yang mungkin diperolehi oleh Plaintif apabila bicara kes selesai.
Seseorang boleh mendapatkan perintah Injunksi Mareva jika:-
1) Boleh menunjukkan kepada Mahkamah bahawa Plaintif mempunyai kes yang baik untuk berhak mendapatkan wang dari individu tersebut (Defendan);
2) Defendan mempunyai harta di dalam kawasan bidangkuasa Mahkamah.
3) Plaintif mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa Defendan akan mengeluarkan atau menyembunyikan hartanya dari bidangkuasa Mahkamah.
Kes Mareva ini telah membuka jalan kepada Mahkamah untuk terus mengeluarkan injunksi untuk menjaga hak Plaintif dari dicabuli oleh Defendan yang pintar. Injunksi merangkumi harta Defendan di luar negeri dan tempatan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI




 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►