Thursday, February 24, 2022

[1092.22] JENAYAH KHALWAT


Khalwat (atau bersunyi-sunyian dengan lelaki atau isteri yang bukan mahram di dalam bangunan atau tempat sehingga menimbul syak berlakunya maksiat) adalah dikategorikan sebagai kesalahan jenayah syariah di dalam undang-undang jenayah syariah seluruh negeri di Malaysia.
Umumnya kesalahan Khalwat dinyatakan di dalam Seksyen yang berbeza-beza di setiap negeri.
Contohnya didalam Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan Tahun 1997 yang menyatakan:
Seksyen 27. Khalwat.
Mana-mana-
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Jika anda berasa dianiaya atau diperangkap, anda bebas untuk tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim bicara di Mahkamah Syariah.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►