Thursday, February 24, 2022

[1091.22] "LINA JOY TU KES APA?


Lina Joy telah dilahirkan sebagai seorang Muslim. Oleh kerana beliau berhasrat untuk mengahwini seorang lelaki Kristian, Lina Joy membuat permohonan kepada JPN untuk menukarkan namanya daripada Azlina binti Jailani kepada Lina Joy atas alasan bahawa beliau telah menganuti agama Kristian. Permohonan ini tidak diluluskan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.
Lina juga memohon kepada JPN untuk perkataan "Islam" dipadamkan (deleted). Permohonan ini ditolak dan Lina Joy dimaklumkan bahawa permohonannya itu tidak sempurna tanpa suatu perintah daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan bahawa beliau telah keluar dari agama Islam.
Penghakiman majoriti mahkamah itu telah memutuskan bahawa JPN tidak bersalah dari sudut undang-undang pentadbiran apabila menolak permohonan Lina Joy.
Lina Joy kemudiannya merayu ke atas keputusan tersebut. Antara alasan yang dikemukakan adalah JPN tidak mempunyai bidangkuasa di bawah Kaedah-Kaedah 1990 untuk memerintahkan Lina Joy mengemukakan perintah daripada Mahkamah Syariah tersebut. Oleh itu dengan meminta suatu dokumen dikeluarkan dan dokumen itu tidak pula diperuntukkan atau dibenarkan oleh k 14 Kaedah-Kaedah 1990, JPN telah bertindak ultra vires kuasa-kuasanya di bawah Kaedah-Kaedah 1990.
Selain itu, Lina Joy menyatakan bahawa perkara tersebut telah mencabuli haknya di bawah Perkara 11(1) (kebebasan beragama), Perkara 5(1) dan Perkara 8 (equal rights) Perlembagaan Persekutuan.
Rayuan Lina Joy tersebut akhirnya telah dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan [Rujuk kes Lina Joy Lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain [2007] 1 MLRA 359].


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►