Friday, April 15, 2022

[1182.22] TEMPAT KEJADIAN JENAYAH


Tempat kejadian bermaksud lokasi di mana sesuatu kejadian jenayah berlaku sama ada di kawasan tertutup atau terbuka. Tempat kejadian merupakan lokasi di mana bahan bukti fizikal dijumpai oleh pegawai polis atau pegawai penyiasat.
Tempat kejadian mesti dikawal ketat dan dilindungi daripada segala gangguan untuk tujuan memelihara bahan bukti. Keadaan ini dapat dicapai dengan mengelilingi kawasan kejadian dengan pita kuning untuk menghalang akses orang ramai selain pegawai penyiasat.
Kawasan tempat kejadian akan diambil gambar bermula dari kawasan tempat letak kenderaan, dari luar sehingga ke kawasan dalam di mana berlakunya jenayah. Semua tempat titik masuk yang dicurigai di mana suspek memasuki rumah akan diambil. Gambar tempat kejadian yang diperoleh akan mewakili satu proses yang menerangkan cara jenayah berlaku.
Seterusnya, pegawai penyiasat akan memulakan pencarian untuk bahan bukti fizikal yang spesifik. Bahan bukti ini boleh termasuk jejak bukti seperti helaian rambut, jejak tapak kaki, darah atau cecair biologi yang lain serta senjata api.
Selepas mendapatkan bahan bukti, pegawai penyiasat akan melabel semua bahan bukti yang dikumpul untuk dihantar ke makmal bagi pemprosesan analisis. Makmal forensik akan membuat analisis pengesahan melalui ujian seperti kimia, mikroskopik, cap jari, DNA dan sebagainya.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
010-9647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►