Monday, April 25, 2022

[1187.22] BEBAN PEMBUKTIAN SEMASA MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH PERUSAHAAN


Merujuk kepada seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah Perusahaan ialah persoalan sama ada terdapat, sebenarnya, pemecatan. Sekiranya terdapat pemecatan, maka Mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada kes pemecatan tersebut dibuat dengan adil atau tanpa sebab yang munasabah (dismissed with or without just cause and excuse).
Adalah menjadi undang-undang bahawa apabila majikan memberikan alasan untuk menamatkan pekerjaan pekerjanya, majikan perlu memberikan alasan-alasan tersebut di Mahkamah Perusahaan.
Walau bagaimanapun, dalam kes Ahmad Zaini Omar V. Bella Vista Waterfront Resort & Spa / Langkawi Aman Sdn Bhd [2017] MELRU 540, Syarikat menafikan bahawa Pihak Menuntut telah dipecat. Pendirian mereka ialah Pihak Menuntut telah meletakkan jawatan secara sukarela. Oleh itu, beban terletak pada Pihak Menuntut untuk membuktikan berdasarkan imbangan kebarangkalian bahawa dia telah diberhentikan. [kes dikekalkan semasa di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan]
Secara ringkasnya, beban pembuktian berdasarkan imbangan kebarangkalian ialah individu tersebut perlu membuktikan kenyataan/tuduhan yang dibuat dan Mahkamah akan menilai kecendurangan atau kemungkinan atau kebenaran sesuatu perkara itu berlaku berdasarkan bukti dan keterangan lisan dan ekshibit yang dikemukakan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►