Wednesday, April 26, 2023

[1418.23] KELAKUAN (CONDUCT) TERTUDUH DALAM KES DADAH


Dalam kes pengedaran dadah, conduct atau kelakuan dan tindakan semasa tangkapan juga mainkan peranan dalam membuktikan pemilikan dan pengetahuan kepada kewujudan dadah secara terus atau di dalam beg/simpanannya. Tidak semua tindakan/kelakuan reflek jika ada satu justifikasi munasabah. Contohnya; OKT ketakutan semasa ditangkap kerana terdapat fakta semasa bahawa tangkapan mungkin kerana kesalahan keluar tanpa izin semasa PKP.
Kelakuan berada di dalam kereta miliknya dan ditemui dadah tidak semestinya dianggap kelakuan neagtif yang membawa kepada pengetahuan dan milikan dadah berkenaan. Malah menunjukkan rasa takut dan bergelut juga masih boleh dijustifikasikan jika ada, maka tidak terpakai sebagai bukti sokongan kepada pengetahuan dan pemilikan.
Tetapi jika rasa takut berlebihan seperti ketar, gagap, berpeluh dan sebagainya yang mana tidak dijustifikasikan secara munasabah, maka Mahkamah boleh mengambilkira kelakuan itu sebagai sokongan dalam meneliti bahawa OKT mempunyai pengetahuan dan milikan dadah berkenaan.
Rujuk juga: Parlen Dadeh vs. PP [2008] , Sim Chee Hung vs. PP [2023]


 

[1418.23] KAWAD CAM – BOLEH DAN TIDAK BOLEH


Kawad cam dibuat melalui cermin satu hala dan secara berdepan. Dibuat seorang saksi pada satu-satu masa dan diberikan penerangan proses kepad saksi terlebih dahulu. Peserta kawad cam dipilih berdasarkan warna kulit, bangsa, fizikal badan dan umur yang hampir. 10 orang atau lebih peserta akan dipilih oleh polis untuk diletakkan di barisan pengecaman. Polis tidak boleh jadi peserta kawad cam kecuali melibatkan kes khas seperti kes penyamaran polis atau kes melibatkan polis itu sendiri.
Saspek yang dibawa untuk pengecaman harus diterangkan haknya termasuk diwakili peguam lantikan sendiri atau lantikan YBGK (jika perlu). Kawad cam mesti dikendalikan oleh seorang pegawai polis kanan lain dan Pegawai Penyiasat adalah ditegah hadir bersama di dalam bilik pengecaman. Begitu juga anggota dan pegawai polis lain atau tidak berkaitan.
Pengecaman boleh dibuat oleh saksi melalui sebutan nombor atau susunan peserta kawad cam. Keputusan kawad cam harus dimaklumkan dan dijelaskan kepada saspek. Laporan pengecaman kawad cam samada positif atau negatif perlu disediakan oleh pegawai kawad cam apabila prosedur ini dilakukan.
Rujuk juga: R vs Turnbull [1977]
HISHAM NAZIR


 

[1417.23] MAYAT DALAM BEG PLASTIK HITAM


Antara persoalan netizen “kenapa ambulan tu tak bawa mayat, tapi polis bawa mayat dalam plastik hitam. Kesian tengok mayat macam takde harga”
Mangsa bunuh dijumpai orang awam. Ambulan datang dan pergi tanpa mayat.
Mangsa ditemui mati di rumah, ambulan datang dan pergi tanpa jenazah
Mangsa kemalangan, mangsa meninggal tempat kejadian. Ambulan datang dan berlalu tanpa mangsa kemalangan itu.
Kenapa begitu kejam ambulan tak bawa mangsa. Akhirnya mangsa yang kaku itu naik jip polis dalam beg plastik hitam.
Biasanya jika kematian telah berlaku samada kejadian bunuh, mati tiba-tiba, kemalangan atau apa jua sebab, ambulan datang bagi pengesahan kematian. Jika mangsa masih belum meninggal, maka ambulan dan pegawai kesihatan mempunyai bidangkuasa. Sekiranya mangsa telah meninggal, maka bidangkuasa di bawah polis samada Jabatan Siasatan Jenayah atau Trafik.
Maka tugas pegawai kesihatan hanya bagi memeriksa dan merawat mangsa yang sakit sahaja. Jika telah meninggal, tugas mereka hanya membuat pengesahan kematian sahaja dan tindakan lanjut adalah kepada polis. Penerimaan mangsa ke dalam ambulan dan dibawa ke hospital hanya jika mangsa masih hidup pada masa itu.




 

[1416.23] “SEJAUH MANA BEBAN BUKTIKAN KES”


Dalam perbincaraan, beban untuk buktikan kes samada tuntutan atau pertuduhan adalah terbeban ke atas Plaintif (sivil) atau Pendakwaraya (jenayah). Cuma tahap beban membuktikannya adalah berbeza.
Bagi pendakwaraya, beban pembuktian adalah tahap melampaui keraguan munasabah. Walaupun pada peringkat kes pendakwaan tahap pembuktian adalah tahap prima facie, tetapi secara keseluruhan sehingga selepas kes Pembelaan adalah pada tahap melampaui keraguan munasabah. Maksudnya perlu dibuktikan pertuduhan sehingga tiada keraguan yang munasabah boleh timbul di minda Mahkamah.
Manakala kes sivil adalah pada tahap dibuktikan imbangan kebarangkalian bahawa tuntutan itu benar dan/atau patut dibenarkan. Dalam beberapa keadaan, beban bukti ini juga boleh berubah daripada Plaintif kepada Defendan tertakluk kepada beberapa pembuktian keterangan.


 

[1415.23] SALAM AIDILFITRI 2023


Salam Aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin buat semua pembaca page @Hisham Nazir & Cronies anda blog www.criminallawyermalaysia.com

 

[1415.23] TEMUBUAL HAKIM DENGAN KANAK-KANAK DALAM KES CERAI


Dalam kes cerai di Mahkamah Tinggi, Hakim boleh membuat temubual dengan kanak-kanak samada bagi kes cerai ibubapa mereka bagi mendapatkan keterangan tertentu atau bagi tujuan keterangan dan kecenderungan anak-anak bagi permohonan custody and control.
Temubual ini boleh dibuat atas keperluan Hakim atau dimohon oleh mana-mana pihak. Biasanya di Mahkamah Tinggi (Keluarga) terdapat kawasan khusus bagi tujuan ini dengan persekitaran yang mesra kanak-kanak.


 

[1414.23] “BOLEH SEMAKAN KEHAKIMAN DIBUAT SELEPAS 3 BULAN?”


Boleh. Tetapi satu permohonan/usul bagi memfailkan Permohonan Semakan Kehakiman di luar masa perlu difailkan di Mahkamah dengan menyatakan permohonan dan alasannya. Juga disokong oleh Afidavit Sokongan yang antara lain menyatakan alasan-alasan menjustifikasikan kelewatan berbuat sedemikian.
Amat jarang permohonan ini dibenarkan sekiranya alasan hanya berkisarkan faktor jarak, perlantikan peguam, ketiadaan kewangan dan kejahilan undang-undang.


 

[1413.23] “BOLEHKAH PLAINTIF MENARIK BALIK SAMAN TANPA KEBENARAN DEFENDAN”


Jawapannya: Boleh dan Tidak Boleh
Jika saman dan pernyataan Tuntutan baru difailkan dan belum diserahkan, boleh ditarik balik. Jika telah diserahkan tetapi belum dimasukkan kertas kausa oleh Defendan, biasanya boleh dibenarkan. Jika telah diserahkan dan telah difailkan kertas kausa oleh Defendan, penarikan boleh dengan persetujuan Defendan dan juga tertakluk kepada kos.
Sekiranya penarikan dibuat setelah kes hampir atau sedang dibicarakan, tidak boleh kecuali dengan persetujuan Defendan. Jika Defendan membuat bantahan untuk penarikan saman dan pernyataan tuntutan atau mana-mana Pemula maka penarikan boleh dibuat kepada Hakim Mahkamah. Hakim juga tertakluk kepada hujahan-hujahan kedua pihak dan keadilan kepada pihak-pihak.


 

[1412.23] KOS PENJAGAAN MANGSA KEMALANGAN YANG BOLEH DITUNTUT


Kos bahagian kos penjagaan mangsa kemalangan yang boleh dituntut oleh keluarga mangsa kemalangan ialah sebelum bicara, selepas bicara dan separa bicara. 3 keadaan ini ditentukan melalui keterangan yang ada di mahkamah untuk mahkamah memutuskan berapa jumlah yang adil untuk perkara tersebut.
Keluarga boleh kemukakan keterangan kos yang hilang semasa penjagaan, kehilangan pendapatan si penjaga semasa penjagaan mangsa dan apa-apa kos berkaitan.


 

Monday, April 17, 2023

[1411.23] “ANAK DENGAN ISTERI, SAYA TAKNAK BAGI NAFKAH”


Anak kecil biasanya sudut syariah adalah dilebihkan kepada ibunya. Tetapi ia bergantung kepada perintah Mahkamah Syariah jika ada permohonan jagaan anak (hadhanah). Walaupun begitu, amanah dan beban nafkah anak adalah terletak kepada bapa kandungnya. Kemudian dibebankan kepada datuk (bapa ayah) dan pakcik (adik-beradik bapa dalam keadaan tertentu.
Pendek kata walaupun hadhanah diberikan kepda ibu, nafkah tetap kepada bapa si anak. Nafkah adalah termasuk perbelanjaan biasa sudut keperluan dan adat setempat seperti makan, minum, pakai, pendidikan dan kesihatan. Manakala kos dan jumlah nafkah adalah bergantung kepada kemampuan semasa bapa si anak.


 

[1410.23] “KALAU SAMAN TIDAK DISERAHKAN PERSONAL, HAKIM BOLEH JALAN KES KE?”


Jawapannya: Boleh.
Serahan saman dan pernyataan tuntutan atau apa jua kertas kausa perundangan boleh diteruskan jika serahan telah dibuat. Serahan kendiri (personal) bukanlah satu cara serahan mandatori tetapi masih ada beberapa cara serahan lain. Malah sekiranya kertas kausa memerlukan serahan kendiri, ia masih boleh diserahkan dengan method lain jika tidak berjaya.
Antara method serahan lain ialah serahan secara penampalan, penyampaian ganti (iklan di suratkhabar) dan beberapa cara yang difikirkan munasabah dan adil.


 

[1409.23] ARTICLE 149 VS ARTICLE 5: NATIONAL SECURITY OR FUNDAMENTAL LIBERTIES


The inclusion of Article 149 in the Federal Constitution was made during the uprising of the 1948-armed insurgency by the Malayan Communist Party which remained during the Independence Day and ended in 1960. This has forced the government to proclaim the country’s first emergency. The Reid Commission Report explained the need to include such Article by taking into consideration the existing emergency. Thus, it is recommended during the drafting of the Federal Constitution to include special powers to prioritise the safety of our country, which becomes the reason why this Article is embedded though it opposed the fundamental liberty in Article 5 of the Federal Constitution.
Now, the consequence of the inclusion of Article 149 is that it allows certain legislation like the Prevention of Crime Act 1959 (POCA) to be validly enforced until today. The effect of this legislation is that it permits preventive detention of individuals without trial. Whoever detained under this legislation cannot afford for full and fair trial as guaranteed by Article 5 of the Federal Constitution. To invoke and justify such special power within Article 149, the specific matters set out in limbs 1(a) to (f) of the said article must be strictly fulfilled first. For example, a substantial body of persons is causing a substantial number of citizens to fear organized violence against their person or property.
So, what are the redress available if such detention is irregular / illegal / wrongful? The redress can be found under Article 5(2) of the Federal Constitution, which expressly confers a right of constitutional review (to review the legality of the detention) and a right of satisfaction on the High Court, that the Court must be convinced that the detention is lawful. Which means, notwithstanding the inconsistency of Article 149 with Article 5(1), the High Court is still given the constitutional right under Article 5(2) to inquire into a complaint by any person so preventively detained, and to release him unless it is satisfied that the detention is lawful and proportionate and not arbitrary.


 

[1408.23] WHAT DOES REMEDY OF MANDAMUS ACTUALLY SOUGHT FOR?


Remedy of mandamus does not simply work to compel a public officer to practise whatever power provided or available to him. This application can only be invoked to compel a public officer to perform a duty, in which such duty must be provided in the statute. For example, Section 135 of the Income Tax Act states that: “The Minister may give to the Director General directions…”. Now, the word ‘may’ here show that it is only a discretionary power for the Minister to give to the Director General directions. It is not a duty. Hence, order for mandamus is not applicable in this context.
Quoting the High Court’s decision in the case of Sime Darby Property (Selangor) Sdn Bhd v. Menteri Kewangan Malaysia [2023] MLRHU 190; “what can be enforced through mandamus is a duty of a public nature, the performance of which is imperative and not optional or discretionary with the concerned authority”. Thus, if an officer has a power, rather than a duty, and if he does not use that power, a remedy of mandamus cannot be issued to compel him to exercise his power.
Nur Farihah Syahriza, Pelatih Dalam Kamar.


 

[1407.23] SYARAT HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN


Tidak semua jenis harta boleh diwasiatkan kepada penerima wasiat secara sesuka hati. Terdapat 3 syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan harta tersebut boleh diwasiatkan.
Pertama, harta tersebut tidak boleh daripada barangan yang haram, seperti arak dan khinzir.
Kedua, barangan yang diwasiatkan perlu untuk ditentukan secara spesifik oleh pewasiat, seperti “saya mewasiatkan kepada si fulan satu biji rumah” dan bukannya dengan cara mewasiatkan harta secara umum seperti “saya mewasiatkan kepada si fulan mana-mana rumah”.
Syarat yang ketiga adalah, pewasiat hanya boleh mewasiatkan 1/3 daripada nilai keseluruhan harta, yang mana nilai ini adalah dikira selepas kematian pewasiat dan bukannya sewaktu pewasiat masih lagi hidup.
Nur Farihah Syahriza


 

Tuesday, April 11, 2023

[1406.23] APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERBUATAN MENGEDAR DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952?


Apabila seseorang itu dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, yang mana memperuntukkan bagi kesalahan mengedar khususnya, apakah contoh-contoh perbuatan yang Mahkamah ambil kira dalam memutuskan sama ada seseorang itu mengedar ataupun tidak?
Selain daripada faktor anggapan yang terpakai ke atas seseorang berdasarkan berat sesuatu dadah yang dijumpai, terdapat contoh-contoh perbuatan mengedar yang boleh dirujuk dalam Seksyen 2 Akta yang sama. Seksyen tersebut menyenaraikan 18 jenis perbuatan yang boleh dianggap sebagai mengedar, sepertimana berikut:
“trafficking” includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act.”
Farihah Syahriza


 

[1405.23] KELAKUAN SAKSI


Majistret di dalam sesuatu perbicaraan boleh memperhatikan perlakuan seseorang saksi ketika memberi keterangan. Kelakuan saksi adalah penampilan dan tingkah laku seperti mimik muka, nada suara, gerak geri, dan cara menjawab soalan sama ada teragak-agak atau bersedia dan lancar. Ini bagi membolehkan Majistret membuat keputusan yang sepatutnya. SEKSYEN 271 KANUN TATACARA JENAYAH memperuntukkan seperti berikut:-
271. Catatan mengenai kelakuan saksi.
Seorang Majistret yang bersidang dan yang merekod keterangan saksi boleh, pada masa selesainya keterangan dan di kaki keterangan itu, merekod apa-apa pendapat, jika ada, yang difikirkannya perlu berkenaan kelakuan saksi semasa di bawah pemeriksaan.
Melihat kepada kes LOW TOH CHENG [1941] MLJ 1, Terrel Ag CJ memutuskan bahawa Majistret berhak untuk tidak mempercayai saksi dan perlu menyatakan alasan-alasan kenapa beliau berpendapat sebegitu.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

[1404.23] CULPABLE HOMICIDE VS MURDER


How to know whether such offence committed is murder or more of a culpable homicide? How do Judge or Court decide this since both offences still cause death? According to Penal Code, culpable homicide is defined under Section 299, meanwhile murder is defined under Section 300. Usually, all murder is culpable homicide but not all culpable homicide is necessarily murder; depending on the likelihood of the cause of such death. Quoting a High Court’s case:
“The distinction between s 299 of the Penal Code and s 300 of the Penal Code is in the degree of probability or likelihood that death would result from a particular action. In the event death is a likely result of the action, this would mean it is culpable homicide. In the event death is the most probable result of the action, this would mean it is murder. In the event death is imminent, it is murder.” (PP v. Siva Sangker Mani, [2021] MLRHU 269) – this is how we can differentiate those two, and this is rightly put here.
Nur Farihah Syahriza, Pelatih Dalam Kamar.


 

◄ Newer Post Older Post ►