Tuesday, April 11, 2023

[1405.23] KELAKUAN SAKSI


Majistret di dalam sesuatu perbicaraan boleh memperhatikan perlakuan seseorang saksi ketika memberi keterangan. Kelakuan saksi adalah penampilan dan tingkah laku seperti mimik muka, nada suara, gerak geri, dan cara menjawab soalan sama ada teragak-agak atau bersedia dan lancar. Ini bagi membolehkan Majistret membuat keputusan yang sepatutnya. SEKSYEN 271 KANUN TATACARA JENAYAH memperuntukkan seperti berikut:-
271. Catatan mengenai kelakuan saksi.
Seorang Majistret yang bersidang dan yang merekod keterangan saksi boleh, pada masa selesainya keterangan dan di kaki keterangan itu, merekod apa-apa pendapat, jika ada, yang difikirkannya perlu berkenaan kelakuan saksi semasa di bawah pemeriksaan.
Melihat kepada kes LOW TOH CHENG [1941] MLJ 1, Terrel Ag CJ memutuskan bahawa Majistret berhak untuk tidak mempercayai saksi dan perlu menyatakan alasan-alasan kenapa beliau berpendapat sebegitu.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►