Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Thursday, January 14, 2021

[762.21] SUMBANGAN - MAAHAD TAHFIZ INTAN

Kompleks Maahad Tahfiz Intan, Sungai Petani
Sesungguhnya sedekah itu menjauhi bala, menyelamatkan diri, memurahkan rezeki, memanjangkan umur, menyembuhkan penyakit, menenangkan jiwa, membersihkan harta dan banyak lagi.
Maahad Tahfiz Intan
Maybank Berhad -
No Akaun: 5521 8950 7087

Monday, February 24, 2020

[569.20] Harta pusaka


"Kao buat rumah besar harta banyak. #Mati esok, anak dapat, bini dapat. Bini kao kawin lain. Jantan tu satu sen tak bayar. Sedap pakai rumah kao bini kao. Bini kao mati esok, jantan tu berbini lagi. Dia denga bini baru satu sen tak bayar rumah kao #harta kao. Sedap dia dia dengan bini baru dia pakai rumah kao, perabih harta kao. Apa ada pada harta kalau tidak dimanfaatkan kao dalam #kubur"
"Mati esok. Bini kao org ambik..Harta kao orang rebut. Takyah cakap siapa, sikit pun boleh gaduh. Siapa punya harta, macamana nak bahagi. Itu mereka dok kelahi..Tadak sapa pun nak tanya anak kao makan apa. #Anak kao cukup #sekolah ka. Itu realiti hari ini. Bini kao jangan risau lah. Kao belum masuk kubur, orang dah jeling"
"Bila mati esok, orang berkelahi atas harta kao kerana #wasiat#faraidh#adat harta sepencarian, dan segala harta nampak dan tidak nampak. Kao sedih. Tapi kao rasa kao boleh bangun bahagikan #harta tu?"
Sedih kao dalam kubur!
Moralnya- Tak perlu gaduh pasal harta. Ramai gaduh rebut harta. Mati hari ini tak bawa pun masuk kubur.

Thursday, December 26, 2019

BUKU / NOVEL FREE


"Tuan, kalau dah jadi Top Fan FB Page ni, ada free gift (hadiah percuma) tak ni?"
Aduh! Dia punya permintaan, tak tahan auranya.
Maaf banyak-banyak sebab sibuk dengan kerja dan cuti sekolah dalam memenuhi kehendak semasa, artikel banyak lupa nak siarkan. InsyaAllah, minggu depan kita siarkan. [Cuba tulis dalam bahasa selengkapnya]
Balik kepada permintaan di atas, macam ni la, siapa share page ni dan ada respon positif kepada peningkatan pembaca, kami hadiahkan buku atau novel.
Kami memang suka agihkan buku. Sekarang semua kawan, jiran dan klien kami agihkan buku sebagai token penghargaan. Tidak suka, dia boleh bagi orang lain.
Bila membaca, dapatlah sikit majukan bahasa dan pengetahuan. Hatta ianya novel sahaja.
Ada setuju ke matcha?

Thursday, December 5, 2019

[498.19] Besarnya Masalah kita



Termenung di Mahkamah sambil menunggu kes. Mohon belas ihsan rakan untuk call #Penjara Wanita Alor Setar dan dimaklumkan tarikh tidak sesuai selain surat Notis Lawatan lambat diberikan kepada mereka. Tarikh cadangan tidak sesuai.
Dalam pukul 9.00 pagi, kes dipanggil hampir pukul 1.00 tengahari. Nak marah pun sememangnya ikut aturan Q dah. 2 pegawai #kehakiman pula bercuti. Yang ada terpaksa cover tugasan mereka.
Mereka (pegawai) lagi tidak henti bertugas. Setidaknya peguam macam kami masih boleh menunggu Q di dalam kafe #Mahkamah Tinggi Alor Setar sambil menyuap mulut dan menonton youtube. (Terima kasih Mahkamah Tinggi Alor Setar)
Dalam tempoh menunggu lama dan handphone tiada di tangan, kami berbual-bual dengan beberapa rakan peguam. Semuanya ramah dan mesra.
Sesekali teringat kat anak-anak yang ditinggal bila kerja outstation. Teringat dok gaduh dengan anak-anak. Dok marah anak-anak kerana sikap nakalnya. Seorang rakan peguam membelek dan mengemas walletnya di depan kami.
Dia tunjuk banyak kad perubatan anaknya terutama seorang anak kecilnya berusia 3 tahun kini. Daripada rawatan diet sehingga rawatan khusus. Anaknya menghidap #celebral palsy.
Melihat kepada kad-kad rawatan pelbagai jenis tempat dan kepakaran, tentu banyak masa dan kos diperlukan. Mungkin seorang ayah tidak dilihat keprihatinannya secara jelas atas dasar sikap seorang lelaki, tetapi dalam tawanya boleh dilihat komitmen sebagai bapa.
Seorang rakan peguam yang lain juga menceritakan tentang alahan khusus yang menjadikan imun anaknya menjadi rendah. Lupa nama penyakit alahannya. Teringat kepada seorang rakan peguam yang sama penyakitnya dengan anak itu.
Kita dikurniakan anak, sementara ramai masih mencuba. Kita dikurniakan anak yang sedikit nakal anak dengan riuh rendahnya sedangkan ada ibu bapa yang hempas pulas dapatkan wang dan masa untuk rawati anak mereka bagi melihat anaknya bangun dan bergerak nakal seperti anak kita.
Kita baru sedar rezeki yang agak banyak dilimpahkan kepada kepada rakan kita tetapi banyak rezeki itu sebenarnya bagi kos perubatan anak-anaknya. Sedangkan kita biarpun tidak sebanyak itu rezekinya, rezeki itu semua dikongsi untuk makan minum pakai, tetapi diberkati dengan kesihatan anak-anak yang baik.
Samada kebaikan atau keburukan kita hadapi, ia adalah abstrak bagi kita. Terpulang kepada kita untuk menilai sebagai baik atau sebaliknya. Tetapi semuanya dibuat secara #adil.
Ada orang nilai baik buruk pada adat.
Ada nilaikannnya pada #dosa dan #pahala
Selebihnya nilaikan baik buruk pada suka hati mereka. Mereka suka, benda itu baik. Mereka tak suka, benda itu buruk.
Wallahua'llam

Monday, February 26, 2018

KONFLIK DALAM USAHA MEMBANTU


Suatu ketika seorang rakan bertanya
"kenapa bagi derma nak saya buat itu ini"

Saya kata derma itu bukan banyak tetapi orang bersemangat macam kamu perlu sentiasa ada. Dalam usaha membuat kebajikan, saya sering dinasihatkan akan ada faktor pengecewaan akan timbul kemudian hari yang akan menentukan semangat mereka.

Bila faktor itu muncul, malah kebanyakan daripada orang sebangsa, seagama mahupun ahli keluarga kita, maka orang sebegini putus asa dan berhenti melakukan kebaikan kepada pihak ketiga.

Siapa yang rugi?

Setiap orang boleh memilih untuk hidup bagi diri sendiri
Hidup untuk keluarga
Hidup untuk dunia.

Ruginya masyarakat dunia sekiranya semangat orang yang ingin membantu dimatikan. 

Dalam seminggu ini ada 3 orang yang sedia membantu dunia. Membantu dalam memberikan kehidupan lebih baik kepada orang lain tetapi mungkin akan terhenti kerana kecewa.

Orang awam akan kata "kalau benar dia nak membantu, kenapa perlu putus asa".

Simpan pandangan anda itu. Anda belum berada dalam kasut mereka.

Saya cerita satu pengalaman dalam seminggu ini sebagai peguam jenayah. Ada bayi dikandung oleh remaja wanita yang pasti daripada hubungan terlarang dari segi hukumnya. Rogol dari segi terma perundangannya.

Atas kelanjuran itu, bayi dikandung tanpa bapa. Seorang doktor sanggup membantu tanpa balasan. Malah bagi membolehkan kehidupan remaja boleh diteruskan dengan lebih baik, diminta doktor carikan pasangan untuk menjaga bayi berkenaan.

Telah dapat dicarikan sepasang suami isteri yang berkemampuan dan telah diberikan kepadanya bayi itu. Dalam masa terdekat, khabar angin diketahui bahawa yang pasangan angkat adalah VIP maka timbul isu duit dan sebagainya. 

Maka doktor juga tersepit. Pasangan itu juga tersepit.
Keluar semua ugutan dan perkara yang menakutkan.

Duit mengubah dunia. Kita mengubahnya ke arah lebih baik atau sebaliknya. Doa agar doktor itu bertabah dan terus membantu seperti biasa.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

Tuesday, December 12, 2017

BANTUAN UNTUK MEMERLUKAN BAGI PELAJAR SEKOLAH



Cari baju dan kasut sekolah dulu!
Cikai-cikai taraf mathaen pun mati RM300 seorang anak. 

Bagaimana nasib anak-anak yatim. Anak-anak miskin pula bagaimana. Anak-anak mangsa cerai yang diabaikan bapa mahupun ibu dan wali mereka.

Beringat pada yang tidak berkemampuan atau ada sedikit kekurangan ekonomi. InsyaAllah kita akan lebih bersyukur.

Kepada follower atau liker page ini, kalau ada anak-anak dibesarkan ibu tunggal. Atau anak yatim, pm saya nama profile, bank maybank. Ada beberapa rakan saya nak sedekah. Semoga kebaikan dapat dikongsi.

Pemilihan pada budibicara mereka.

Wednesday, October 11, 2017

PERUBAHAN KERANA KITA MENGUBAH NORMA HIDUP


Islam tetapkan
Hak jagaan anak itu kepada ibunya
Nafkah anak itu daripada bapanya
Itu menjadikan hubungan tetap terjaga
Tanggungjawab sedia dilaksanakan

Sekarang ditetapkan
Anak pada yang baik dan mampu hidupnya. Ikut logik
Siapa salah sehingga ibu dan bapa tiada main peranan sebagaimana Islam tetapkan. Sehingga hukum dilihat tidak relevan.

Islam tetapkan
Nafkah isteri daripada suami
Diberikan dengan penuh baik dan ihsan
Hak faraidnya tetap

Sekarang ditetapkan
Perlukan adat carian dimasukkan
Diterima atas kegagalan para lelaki

Zaman berubah dan undang-undang berubah. Kalau ia mengubah agama?..

Siapa nak bertanggungjawab?

Wednesday, August 16, 2017

KEHENDAK DAN KEPERLUAN

Dalam hidup ada keperluan dan kehendak. Laksanakan keperluan jika ia perlu sebagaimana niat dan keperluan untuknya.

Kehendak tidak semestinya dilaksanakan hanya kerana kita berkemampuan. Kehendak hanya perkara sementara.

Keperluan adalah suatu kewajiban ke atas diri sendiri, orang lain, organisasi, agama, bangsa mahupun apa sahaja.

Kehendak hanya bersifat peribadi.

#kehendak #keperluan #kemampuan
 — at Hisham Nazir & Cronies.

Friday, August 4, 2017

AMAL DALAM JANGGAL


Dalam penerbangan tadi nampak sekumpulan pelancong China. Daripada mereka ada seorang wanita bertudung. Dalam melayani anaknya menangis, dapat tahu dia Muslim.
Nampak dia bersembang dengan seorang kakak sebelah. Macam kita juga zaman kini, yang elok tutur kata dan budi serta agamanya macam suatu yg janggal dan dilihat kuno. Begitu juga mereka.
Semoga Allah menyuburkan perkara yg baik dalam menjadikan batang tubuh sebagai dakwah ke arah asbab yg baik.

Friday, April 7, 2017

COMMUNITY SERVICE


Menunaikan janji dengan pakcik kariah Surau Al Banna, Sg Petani. Surau Al Banna perlukan sedikit dana untuk besarkan surau mereka. Mungkin dana dari kariah lebih baik tetapi kalau orang jauh nak menderma pun bagus.

Pahala anda merata tempat. Kalau berbini nak semua tempat, siap panggil cawangan. 

Jangan tak derma. Benda elok. At least anda boleh LIKE & SHARE kepada orang lain. JANGAN LUPA LIKE Hisham Nazir & Cronies Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com juga.

Hisham Nazir & Co
Sungai Petani & Subang Jaya
www.hishamnazir.com | www.hishamnazir.net
+6013-9307961

Friday, February 12, 2016

ILMU PENGASIH

smile emoticon
ILMU PENGASIH


Saya lambat ke Mahkamah Tinggi hari ini
Mungkin melalui perjalanan jauh daripada utara
Setelah bekerja di sana semenjak ahad
Bila masuk semua peguamcara masam mencuka
Jurubahasa tersengih-sengih bagai nak kata
"Habis semua lawyer hari ini kena sekolah"

Dah la lambat, fail pulak lambat ke tangan
Sebagaimana peguamcara lain, saya juga memohon maaf
Atas kelewatan diri dan fail daripada pejabat
Tidak sebagaimana peguamcara lain yang melalui klarifikasi panjang
Saya dilepaskan dengan segera tanpa lanjutan kata
Bersama diberikan Perintah yang diminta
Sambil bicara ada diselitkan gelak ketawa
Peguamcara India bertanya saya
"Bagaimana you handle dia, apa barang you pakai"
"saya pakai pengasih"
jawab saya simple
Pengasih Atuk saya turunkan senang sahaja
"Selalu senyum manis muka
Beralah dan merendah diri sahaja
Senang dan permudahkan urusan sesiapa
InsyaAllah semua orang suka
Silap haribulan pakcik tu rekemen bini nombor dua"
Saya ijazahkan kat hangpa semua
Balik amal na!
Nota: Kebetulan dia nak baik dengan saya, Alhamdulillah saja la... I am not pushing my LUCK


Lebih up to date di Facebook - Hisham Nazir

Friday, June 5, 2015

TIKET DERMA BUKA PUASA 2015 KELOLAAN PERSEKUTUAN

Sempena Ramadhan 2015, sponsor dan derma untuk majlis berbuka akan dibuat semua surau/masjid dekat gelanggang persekutuan.

Nak buat secara individu mungkin ramai tidak mampu atau atau tidak bersempatan. Dengan cara ini, tahun ini banyak tajaan berbuka puasa boleh dibuat bagi program amal Persekutuan dan sekaligus mendekatkan masyarakat Islam tentang silat.

Derma tidak terhad kepada penjaga ahli silat, pesilat mahupun mana-mana pertubuhan. Semua boleh membeli tiket derma. Setiap program nanti kami akan masukkan dalam FB.

Tiket akan dijual melalui gelanggang, Gayong Fighting Championship pada 07.06.205 dan Majlis Perlimau dan Mandi Minyak Amal pada 30.05.2015. Selain tarikh berikut, boleh dapatkan melalui gurulatih atau pejabat kami di Puchong Utama. Boleh hubungi - 013.9307961/014.9933774

NOTA: surau dan masjid dinyatakan adalah cadagan sahaja. Mungkin ada yang akan bertukar dan bertambah.

LIKE SENDI HARIMAU DI FB

Monday, March 23, 2015

BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK, KITA JADI BAIK


BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK, KITA JADI BAIK

Kata seorang Tuan Guru kepada saya "nak jadi orang luar biasa, kena kawan dengan orang luar biasa"

Kini anaknya yang juga digelar Tuan Guru Whatapps saya jam 3.30 pagi dengan bekal cerita ahli sufi dan mesej khas "Assalamualaikum, salam tahajud.... (mesej tambahan)..."

Hebatnya bila saya tetiba boleh terbangun dan nak tengok telefon. Mesej tu tak boleh bikin saya tidur lena. — at Hisham Nazir & Co.


Friday, January 3, 2014

Azam 2014 - Quran


Terdengar rakan berbicara sesama Ustaz yang lain. Mereka memperbualkan bagaimana ulamak dan wali Allah mampu menetapkan amalan membaca Quran dan menghabiskannya dalam masa yang singkat malah ada yang 2 kali sehari. 

"Hebat", bisik Uichi.

Dipendekkan cerita, Ustaz-Ustaz itu pun hanya larat sekali setahun untuk khatam. Tetapi sekurangnya kelebihannya pada Quran masih banyak berbanding Uichi. Terasa kerdil.

Teringat kata-kata semangat seorang guru. Guru sekali tumpang itu berkata "kalau dapat khatam Quran sekali setahun pun amatlah patut dibanggakan"

Apa aura kata-katanya, Uichi cuba berpegang. Alhamdullilah digagahkan juga untuk sekali setahun semenjak 2008. Ada yang habis setahun ada yang melangkau tahun. Puratanya Alhamdullilah..

Apabila minda ini asyik mengingatkan perbualan antara ustaz-ustaz itu, terasa ingin mencuba. Alhamdullilah telah dicuba tahun 2013 dengan nekad untuk sekurangnya 3 kali khatam Quran. Tetapi gagal. Hanya tinggal 2 juzuk ketinggalan selepas malam tahun baru. Maksudnya hanya sempat 2.28 sahaja.

Apa pun ingin Uichi kongsikan beberapa perkara melalui pengalaman sendiri bahawa dalam malas yang amat sekalipun, Quran mampu dibaca sepenuhnya dalam masa kurang 7 hari. Cuba bayangkan kalau kita memang jenis spesis yang rajin.

Apa azam kita dengan Quran tahun ini..



Saturday, December 21, 2013

Memanah, Berkuda & Berenang Antara Sunnah Ditekankan


Memanah kita faham kerana Islam mempunyai tentera memanah yang hebat. Malah orang arab hebat memanah. Pemanah terbaik di kalangan orang Arab iaitu Saad Abi Waqas merupakan daripada keluarga pembesar dan orang kaya mekah adalah orang muda terawal memeluk Islam.

Sahabat Rasullulah SAW tersebut juga merupakan antara 10 sahabat yang mendapat doa khas Baginda Rasullulah SAW antaranya kehebatan beliau dalam memanah walaupun telah hebat. 

Orang melayu juga memanah. Sudah pasti budaya yang dibawa Islam kepada orang Melayu bukan sahaja Islam tetapi teknik peperangan dan sebagainya.

Berkuda juga kita faham sebagai kenderaan hebat dalam memacu ke suatu tempat mahupun kenderaan yang hebat dan cekap dalam berperang. Kuda adalah haiwan terbaik untuk dilatih untuk mempunyai persamaan rasa dan jiwa dengan tuannya. Dengan persefahaman antara tuannya, kuda boleh memacu untuk sebarang tujuan tanpa masalah.

Kuda boleh memacu tanpa sebarang masalah. Ia boleh menjadikan dirinya sebagai Proton Saga dalam masa yang sama boleh mengubah watak gerak kepada Land Rover. Baikpun kepada jet pejuang semasa perang.

Berenang satu kejanggalan memandangkan tanah arab bukan kawasan kebiasaan takungan air mahupun berenang menjadi kebiasaan Arab. Tetapi itu menjadi saranan Rasullulah SAW. Tentu bersebab dan menjadikan banyak perkara yang baik hadir daripadanya.

Cuma pesan guru. Baik kuasai ketiganya kerana akan sampai masanya 3 kepakaran itu diperlukan dalam setiap orang Islam.

Kita dijauhkan daripada meminati dan mengalami dengan baik poerkara ini. 

Berubah sekarang?

LIKE UICHI DI SINI

Friday, June 22, 2012

Bersama Menghayati Perjalanan Rasullulah SAW


Kata guru Uichi Gaban, seorang mudir pondok dari Pulau Pinang, 
"Banyak benda kita boleh belajar darinya. Bukan ingin belajar fakta sebagaimana diceritakan semata-mata tetapi apa yang tersirat dalam perjalanan itu dari mula hingga akhir dan kemudiannya selepas kembali darinya. Tetapi apa yang kita belajar darinya. Apa yang kita dapat dan terkesan darinya."

Uichi Gaban belajar satu perkara dari ingatan dan penceritaan hebat Allah mengenainya dalam ayat pertama surah khas bagi peristiwa ini. Kata guru Uichi Gaban, 
"kamu belajar satu perkara yang ringkas dan kecil amat tetapi itu antara isi kandungan terbaik bermula daripada penciptaan Adam. Cuba beriman kepadanya dalam mengambil ikhtibar"

Perkara itu ialah - SUBHANALLAH. Maha Suci Allah

Saturday, May 21, 2011

Cara Mendapatkan Rezeki Maknawi Dalam Mengejar Kemanisan Iman


Uichi Gaban tidak mahu bercerita panjang mengenainya kerana banyak sungguh bacaan yang boleh dicari mengenai petua menambah rezeki sebagaimana yang dijamin oleh Rasullulah SAW samada melalui cara usaha mahupun melalui amalan tertentu yang kemudian disusuli dengan usaha dan juga tawakkal.

Separuh amalan dan petua dalam mencari rezeki zahir ini iaitu rezeki dalam bentuk wang ringgit mahupun pangkat dan kuasa telah dikongsikan oleh Uichi Gaban melalui pos yang lalu seperti di sini dan di sana.

Rezeki maknawi yang ditermakan kali ini merujuk kepada rezeki lebih kepada kemanisan iman. Memudahkan iman dan hidayah dalam menjalankan urusan agama mahupun kehidupan selari dalam beragama. Duit boleh dicari, perkara maknawi seperti ini bukan semua orang akan dapat kecuali melalui beberapa cara yang mana Allah izinkan ke atasnya memperolehi nikmat rezeki sedemikian.

Ustaz Johori Mat Som baru-baru ini menyelit dalam kuliah Fiqh Syafie bahawa untuk mendapatkan rezeki maknawi sedemikian kita perlu menjaga 3 masa dengan ibadah dan amalan apa yang patut dan diajarkan oleh Rasullulah SAW. Paling malaspun kata Ustaz, baca Quran. Tiga masa itu ialah;
  • Sebelum subuh;
  • Selepas Subuh; dan
  • Antara maghrib dan Isyak

Apa yang kita buat pada masa tersebut? Sebelum subuh mungkin masih lena. Lepas subuh, kalau bangun pun sambung lagi. Kalau lepas maghrib pun banyak dugaannya. Ada yang belum balik kerja dan ada yang menonton Detektif Conan atau Sinchan. Ini cerita sahaja. Tiada kaitan dengan siapa.

KULIAH FIQH SYAFIE
OLEH - USTAZ JOHORI MAT SOM
SELASA, 8.00-9.00MLM



Sunday, March 20, 2011

Amalan Memurahkan Rezeki.


Dalam satu kuliah, Kiyai Misfari mengatur 13 jalan kemurahan rezeki yang Allah janjikan melalui Al Quran. Sebahagiannya dinyatakan di sini. Semoga sesama mendapat manfaat.

1. Menyempatkan Diri Untuk Beribadat

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)






Wednesday, February 2, 2011

Sufyan bin Uyainah: Ustaz Mesir pun tak kenal?


Ada orang bertanya Uichi Gaban mengenai nama-nama anak Uichi Gaban yang agak unik dan tiada makna kerana kebanyakannya adalah nama arab dan dinamakan bersandarkan kepada tokoh tertentu dalam dunia Islam. Dalam pertanyaan itu ada juga meminta pandangan mengenai nama anak. Tokoh mana yang baik untuk dinamakan kepada anaknya. Uichi Gaban ada pernah bertanya "nak nama yang macamana?" seorang bapa katanya nak yang jenis (harapan) pandai baca dan hebat dalam menguasai Quran. "saya cadangkan nama Musa Abbas" cadangan Uichi Gaban. Tak pasti diterima ke tidak.

Teringat mengenai perkara berkenaan, Uichi Gaban akan tuliskan artikel mengenai tokoh tertentu dalam mencerita sedikit sebanyak kisah mereka sebagai teladan. Bukan untuk cadangan nama anak sahaja tetapi supaya Uichi Gaban mahupun rakan-rakan di luar sana suka untuk membaca dan mengetahui mengenai tokoh-tokoh Islam yang banyak memperjuangkan akidah dan ilmuwan Islam tetapi tidak berapa glamour.

Selepas pulang dari surau, Uichi Gaban menanyakan isteri mengenai Sufyanbin Uyainah. Beliau kata tak tahu. Kalau ikut kisah Sufyan bin Uyainah, Ustazah dan Ustaz Mesir patut kenal siapa dia.

Sufyan bin Unaiyah atau disebut Imam Sufyan bin Uyainah adalah satu ulamak besar dalam ilmu hadis yang mana ulamak hadis muktabar sebelum zaman Imam Bukhari. Selain daripada belajar dan mengutip secara personal daripada ribuaan guru termasuk 4 pengasas mazhab utama ahli sunnah waljamaah.

Nama beliau tidak agak janggal oleh Uichi Gaban tetapi malam tersebut Ustaz Hasnul ada tersebut mengenai nama Imam Sufyan bin Uyainah dalam kuliah hadisnya. Diceritakan satu kisah yang Uichi Gaban tidak tahu mengenainya. Seronok!

Imam Sufyan bin Uyainah sememangnya seorang yang amat warak dan sekecil umur 7 tahun, beliau telah mampu mengenali Quran dengan baik dan berada di bawah jagaan guru Quran Mekah termasyhur iaitu Abdullah Ibn. Katheer Ad Dari sehingga guru tersebut meninggal dunia semasa berumur 120 tahun dan Imam Sufyan bin Uyainah berumur 13 tahun. 

Kehebatan dalam ilmu hadis amat dikagumi dan Imam Syafie turut pernah mendapatkan hadis-hadis daripadanya. Hadis-hadis hafalan beliau amat banyak menjadikan beliau sebagai rujukan utama ulama hadis. Namun pada masa itu, beliau tidak pernah menulis dan mengumpulkan semua hadis berkenaan. Ini mungkin kerana pada masa itu masih belum sampai zaman membuku ilmu dengan baik. Namun selepas kematiannya, anak-anak muridnya telah mengumpulkan ilmu hadis dan menulisnya. Kehebatan beliau dalam ilmu hadis dan kisah beliau mempelajari ilmu daripada ribuan guru ini amat sukar untuk diceritakan. Malah penguasaannya dalam kesemua ilmu yang dipelajari adalah usia yang jauh lebih muda daripada Uichi Gaban sekarang ini.

Tapi diruang yang sedikit ini, Uichi Gaban ingin menceritakan 2 kisah bagaimana Imam Sufyan bin Uyainah selaku ulama memiliki satu kelebihan Allah SWT berikan iaitu doa yang mustajab.

Kisah Pertama - Semasa remaja, Imam Sufyan bin Uyainah berpakat dengan 2 orang rakan lain untuk belajar dari satu tempat ke satu tempat sehingga mampu menguasai kesemua ilmu. Sampai satu tempat, perancangan kewangan mereka terbantut akibat ilmu yang dituntut ditempat berkenaan masih belum habis dipelajari. Akibat daripada itu, mereka bertiga telah berlapar dan tidak makan untuk beberapa hari. Oleh kerana sangat lapar dan memudharatkan mereka, mereka bermesyuarat maka oleh kerana status pelajar mereka bersetuju agar seorang pergi meminta wang (sedekah) manakala 2 lagi pergi belajar.

Imam Sufyan bin Uyainah ditugaskan keluar meminta sedekah. Terdetik pada Imam Sufyan oleh kerana diputuskan untuk meminta tetapi tidak diputuskan untuk meminta daripada sesiapa, maka beliau telah meminta daripada Allah SWT secara terus melalui doa secara berterusan.

Hebatnya ilmu dan akhlaknya yang mana Allah SWT sendiri memberikan mimpi kepada raja negeri dan memaklumkan bahawa terdapat 3 pelajar yang sedang nazak kelaparan dalam menuntut ilmu. Maka para menteri pun mencarilah pemuda yang bernama Imam Sufyan itu melalui gambaran yang dinyatakan melalui mimpi raja berkenaan. Mereka berdua (Imam Sufyan masih berdoa di tempat lain) ditemui dalam sebuah masjid dan setelah disampaikan berita berkenaan, mereka dimaklumkan bahawa sejumlah wang yang banyak telah dikeluarkan daripada baitulmal dan raja sendiri akan memberikan kepada mereka pada keesokan paginya.

Apabila perkara ini diketahui oleh Imam Sufyan bin Uyainah, beliau terus memutuskan untuk lari daripada negeri berkenaan kerana bimbang sekiranya perkara sebegini diketahui umum dan mereka dikenali maka mereka akan jadi terkenal dan akan menjejaskan peluang mereka belajar dan mendalami ilmu. Maka mereka lari daripada negeri berkenaan pada malam tersebut

Menurut kisahnya, Raja berkenaan telah menyatakan bahawa setelah wang tersebut dikeluarkan daripada baitulmal bagi kegunaan zakat kepada mereka bertiga untuk belajar maka wang zakat berkenaan tidak boleh dimasukkan kembali ke dalam baitulmal. Maka wang zakat berkenaan tetap menjadi milik mereka bertiga tetapi oleh kerana telah tinggalkan negeri berkenaan, maka raja berkenaan telah menggunakan wang zakat berkenaan bagi menubuhkan Madrasah Az Zahrah. 

Walaupun mereka tidak mahu mengejar nama tetapi mahu terus mengejar ilmu tetapi Allah SWT kemudiannya telah angkat darjat mereka dengan tinggi dengan seluruh orang Islam memperingati nama dan jasa mereka. 

Anda tahu di mana lokasi Madrasah Az Zahrah yang ditubuhkan menggunakan wang zakat mereka?. Sudah tentu anda tidak sekali-kali akan temuinya kerana ia adalah asas penubuhan kepda satu jami'u (universiti) dan ia tidak dinamakan Madrasah Az Zahrah lagi tetapi dikenali sebagai Jamiu Azhar (Universiti Azhar, Mesir)

Kisah Kedua -  Diceritakan oleh Al Hassan bin Umran bin Uyainah iaitu anak saudara Imam Sufyan bin Uyainah bahawa beliau ada menemani Imam Sufyan bin Uyainah semasa berumur 91 tahun ke Mekah membuat Haji pada tahun 197H. Apabila sampai di Muzdalifah selepas selesai di Arafah, Imam Sufyan bin Uyainah sembahyang dan setelah selesai beliau berbaring untuk tidur dan menyatakan sesuatu kepada anak saudaranya itu. 

Antara lain katanya;
"Aku telah hadir di sini (Muzdalifah) sebanyak 70 kali (70 kali haji selama 70 tahun). Setiap kali aku sampai, aku akan berdoa kepada Allah SWT agar tidak menjadikan lawatan Haji ini adalah lawatan kali terakhir. Sudah 70 kali aku memohon perkara yang sama. Aku amat malu untuk memohon perkara yang sama."
Ulama besar itu telah meninggal dunia pada tahun tersebut sebelum musim haji tahun 168H. Ulama hadis berkenaan dikebumikan di Al Hajoon, Mekah.

Kita nak jadi muhadisin pun tak layak. Siapa mereka untuk diperlekehkan, maka cuba kenali mereka sebolehnya melalui ilmu dan perjuangan mereka.





Tuesday, February 1, 2011

Padang Mahsyar: Macamana nak delete amalan buruk?


Malam itu Ustaz membicarakan soal lain tetapi sana sini membicarakan soal amalan buruk dan apabila isu amalan buruk ini digabungkan dengan kematian dan hisab amalan di Mahsyar, Ustaz membicarakan bagaimana setiap individu akan dibacakan amalannya.

Persoalan ditimbulkan adakah semua amalan buruk akan ditayangkan di hadapan semua. Jawapan yang diberikan adalah YA dan TIDAK.

Ya kepada orang kebanyakan manakalan Tidak untuk orang yang Allah SWT memberikan satu hijab bagi amalan buruk berkenaan daripada ditayangkan.

Kata Ustaz, kalau semua perkara buruk Allah SWT tayangkan adalah tidak logik kerana ada antara mereka adalah mereka yang benar-benar bertaubat dan diangkat darjat mereka lebih tinggi. Semua manusia tidak terlepas daripada dosa malah antara mereka yang berdosa boleh bertaubat dan diangkat martabatnya melalui takwa. 

Contoh Saidina Umar RA diberikan bagaimana asalnya beliau sebagai penentang Islam malah ramai sudah syahid ditangannya. Namun Umar mampu mengubah kesemua itu apabila beliau tertarik kepada Islam dan menjadikan dirinya seorang yang amat hebat dalam imannya. Bukan itu sahaja, martabatnya ditinggikan oleh Allah SWT dengan dijadikan salah seorang yang dijanjikan syurga.

Ustaz pun berkata yang Rasullulah SAW mengajar kepada umatnya 2 perkara untuk menghilangkan amalan buruk itu dibaca kemudian hari dan mengampunkan dosa-dosanya. Pertama dengan mengamalkan istigfar sebanyak mungkin dan Kedua, tidak membuka aib orang..

Uichi Gaban hanya mendengar dan mencatat. Kali ini perkongsian dibuat bagi kemudahan dan ingatan kepada diri sendiri mahupun rakan-rakan.

Kuliah Maghrib Ustaz Dahim
Setiap Ahad
Older Post ►