Monday, February 26, 2018

KONFLIK DALAM USAHA MEMBANTU


Suatu ketika seorang rakan bertanya
"kenapa bagi derma nak saya buat itu ini"

Saya kata derma itu bukan banyak tetapi orang bersemangat macam kamu perlu sentiasa ada. Dalam usaha membuat kebajikan, saya sering dinasihatkan akan ada faktor pengecewaan akan timbul kemudian hari yang akan menentukan semangat mereka.

Bila faktor itu muncul, malah kebanyakan daripada orang sebangsa, seagama mahupun ahli keluarga kita, maka orang sebegini putus asa dan berhenti melakukan kebaikan kepada pihak ketiga.

Siapa yang rugi?

Setiap orang boleh memilih untuk hidup bagi diri sendiri
Hidup untuk keluarga
Hidup untuk dunia.

Ruginya masyarakat dunia sekiranya semangat orang yang ingin membantu dimatikan. 

Dalam seminggu ini ada 3 orang yang sedia membantu dunia. Membantu dalam memberikan kehidupan lebih baik kepada orang lain tetapi mungkin akan terhenti kerana kecewa.

Orang awam akan kata "kalau benar dia nak membantu, kenapa perlu putus asa".

Simpan pandangan anda itu. Anda belum berada dalam kasut mereka.

Saya cerita satu pengalaman dalam seminggu ini sebagai peguam jenayah. Ada bayi dikandung oleh remaja wanita yang pasti daripada hubungan terlarang dari segi hukumnya. Rogol dari segi terma perundangannya.

Atas kelanjuran itu, bayi dikandung tanpa bapa. Seorang doktor sanggup membantu tanpa balasan. Malah bagi membolehkan kehidupan remaja boleh diteruskan dengan lebih baik, diminta doktor carikan pasangan untuk menjaga bayi berkenaan.

Telah dapat dicarikan sepasang suami isteri yang berkemampuan dan telah diberikan kepadanya bayi itu. Dalam masa terdekat, khabar angin diketahui bahawa yang pasangan angkat adalah VIP maka timbul isu duit dan sebagainya. 

Maka doktor juga tersepit. Pasangan itu juga tersepit.
Keluar semua ugutan dan perkara yang menakutkan.

Duit mengubah dunia. Kita mengubahnya ke arah lebih baik atau sebaliknya. Doa agar doktor itu bertabah dan terus membantu seperti biasa.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►