Website - Blog
Powered by Facebook - Website

Friday, May 22, 2026

Harga harumanis bukan satu harga kawalan maka penetapan harga boleh ditetapkan oleh peniaga.

 


Harga harumanis bukan satu harga kawalan maka penetapan harga boleh ditetapkan oleh peniaga.

Kerisauan peniaga Dan peraturan berkaitan adalah risau untuk harga harumanis hilang kestabilan Dan menjadi murah dan tidak lagi ekslusif sertai berlaku salahnyataan Dan penipuan.
Namun, hak penjual untuk menetapkan harga. Pakcik ada harumanis disekeliling rumah, kalau berubah banyak dia jualkan. Buat apa Jual mahal, anggap sahaja dia sedekah.
Sebagai peminat mangga, harumanis bukanlah satu mangga yang ekslusif mana. Benih, penjagaan Dan penanamannya sendiri bukanlah ekslusif.
Fikir-fikirkan

[1603.26] SEKSYEN 302 UNTUK LANGGAR MATI


 [1603.26] SEKSYEN 302 UNTUK LANGGAR MATI

Untuk buktikan mens Rea bagi satu pertuduhan dalam situasi ini agak sukar Dan kemungkinan rendah untuk kekalkan seksyen 302.
Apa yang lebih saya tekankan, Pertama, kuasa pendakwaraya untuk menuduh mana-mana pihak atas mana-mana peruntukan undang-undang yang sewajarnya.
Pendakwaan seksyen 302 satu reflek untuk situasi yang serious dan tempelak kepada pihak eksekutif supaya lebih cakna kepada keadilan mangsa langgar MATI akibat mabuk dan pemanduan cuai yang tidak munasabah.
Eksekutif hanya dilihat cakna dan mengambil kesempatan kematian bagi millage politik masing-masing. Sejarah politik telah buktikan setelah setengah abad Malaysia terbina apabila semua pihak berpeluang menjadi kerajaan tetapi hanya menyalak waktu menjadi pembangkang. Semoga lepas ini benar-benar cakna.
Kedua, pendakwaan seksyen 302 adalah pertuduhan tanpa satu jaminan kerana kesan hukuman mati dan /atau pemenjaraan seumur hidup. Jadi OKT akan ditahan sehingga ia dibebaskan daripada pertuduhan atau bebas daripada hukuman jika ada sabitan.
Kebiasaan kes melibatkan hukuman berat akan melibatkan pengurusan di Mahkamah Majistret Dan kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Sehingga dibicata, mungkin akan mengambil masa 3-5 tahun adalah sesuatu yang biasa.
Ketiga, pendakwaan seksyen 302 akan dilihat SUATU pertuduhan yang serious oleh rakyat mahupun Mahkamah Dan akan menilai, melapor Dan berfikir oleh semua pihak sebagai SUATU teladan dan justifikasi jika ada perubahan perundangan mengenainya kelak.
Poin seterusnya saya sambung nanti la. Nak masuk Mahkamah Rayuan untuk Rayuan kes bunuh juga ini

[1604.26] KAHWIN TAPI TAK DAFTAR


 [1604.26] KAHWIN TAPI TAK DAFTAR

Kahwin tapi tak daftar nikah
(bukan poligami)
5 Anak ibarat anak luar nikah
Mak ayah tiada usaha kerja tetap
Ayah terlibat barang salah
Mak rumah tak tersusun.
Kena dakwa Mahkamah pula.
Kita kena sedar kemiskinan banyak bermula daripada sikap MALAS.

[1605.26] BELI TANPA KONTRAK


 [1605.26] BELI TANPA KONTRAK

Beli sebidang tanah harga RM100k
Sudah bayar separuh
Jimat duit tanpa perjanjian
Bayaran pula tunai di tangan
Pindah milik kemudian kan
Hari ini Tuan Tanah kata:
"Saya tak Jual kat awak"
"Mana ada awak bayar"
Dia nak datang jumpa saya, lawyer
Tanpa apa-apa bukti sokongan
Lawyer cakap kat dia:
"Consultation kami caj RM250"
Langsung krik..krik..krik..
Boleh agak kenapa senang ditipu
Kerana nak jimat, rugi banyak
Saman akan berlaku di Mahk Tinggi
Kerana bidangkuasa berkaitan Tanah
Kecuali untuk kontrak & injunksi biasa
Tetap Mahk Sesyen, beza sikit sangat
Kos peguam & Mahkamah mahal
Nak jimat, memang patut jimat
Tapi tak semua kena skip.
Bila okay, takpa
Bila tak okay, kau K.O
Sekadar nasihat, bukan marah

[1606.26] NOT MY CIRCUS, NOT MY MONKEY


 [1606.26] NOT MY CIRCUS, NOT MY MONKEY

Mai nak consultation free
Bila nak caj, kata mahal
Cari lawyer janji bulan bintang
Fee guaman katanya murah
Setahun kemudian call kita
Malas nak dengar cerita sedih
Tapi Saman pun dah salah pihak
Pendek cerita -
"Tuan tolong saya buat balik kes saya"
"Mana boleh buat balik. Dah tolak, kena buat Rayuan. Kos lawyer, kos Mahkamah kena bayar la"
"Saya habis RMxxxx kepada lawyer lama. Tuan buat dulu saya janji dapat duit, saya bayar"
"Not my circus, not my monkey"

[1606.26] DENDA RENDAH & DENDA TINGGI


 [1606.26] DENDA RENDAH & DENDA TINGGI

Dalam memutuskan hukuman denda atau penjara atau sebatan, trend hukuman semasa juga menjadi faktor pertimbangan utama Mahkamah selain fakta kes.
Denda yang dikenakan ke atas perusuh dalam kes baru-baru ini adalah pada pendapar saya memadai dan munasabah dengan denda RM3000 Dan RM2000.
Ini kerana ia suatu trend hukuman semasa dan munasabah kepada hukuman dan mitigasi diskaun kepada pengakuan salah pada awal kes. Ia telah me jimatkan masa dan kos semua pihak terutama pihak Mahkamah.
Perkara yang menjadi isu sekarang ialah hukuman dikatakan rendah oleh kerana nilai kerosakan dan kejadian adalah satu jenayah terancang.
Perlu diingatkan bahawa Mahkamah menghukum atas dasar fakta semasa Dan bidangkuasanya dalam pertuduhan. Jika pihak Pendakwaan merasakan ia suatu kes berat dan perlu perhatian yang lebih, sepatut ya satu pertuduhan atau lebih dikenakan ke atas OKT termasuk pertuduhan yang lebih sesuai untuk menyatakan keseriusan kesalahan Dan aktiviti OKT.
Tetapi jika pertuduhan sama, OKT membuat pengakuan salah, bukanlah amaun denda itu akan menjadi sama atau lebih kurang setelah mengambilkira faktor mitigasi perundangan tentang pengakuan salah.
Erm..
Penang, 2026
+60139307961

TAKZIAH BUAT KELUARGA USTAZ DR. ABDUL HALIM EL MUHAMMADY


 TAKZIAH BUAT KELUARGA USTAZ DR. ABDUL HALIM EL MUHAMMADY

Arwah adalah pensyarah saya semasa Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana semasa di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
Arwah seorang yang baik hati dan tekun dalam melayani pelbagai permasalahan akademik yang dikemukakan pelajarnya. Sempat semasa hayatnya saya memasuki perpustakaan peribadinya di rumahnya di Teras Jernang. Seorang individu yang amat cintakan ilmu.
Semoga Allah ampuni dosa arwah dan tempatkan di kalangan orang soleh. Saya sebagai pelajar bersaksi arwah seorang yang baik sudut akhlak dan keperibadiaannya.
Al Fatihah.
◄ Newer Post Older Post ►