Thursday, December 5, 2019

[498.19] Besarnya Masalah kita



Termenung di Mahkamah sambil menunggu kes. Mohon belas ihsan rakan untuk call #Penjara Wanita Alor Setar dan dimaklumkan tarikh tidak sesuai selain surat Notis Lawatan lambat diberikan kepada mereka. Tarikh cadangan tidak sesuai.
Dalam pukul 9.00 pagi, kes dipanggil hampir pukul 1.00 tengahari. Nak marah pun sememangnya ikut aturan Q dah. 2 pegawai #kehakiman pula bercuti. Yang ada terpaksa cover tugasan mereka.
Mereka (pegawai) lagi tidak henti bertugas. Setidaknya peguam macam kami masih boleh menunggu Q di dalam kafe #Mahkamah Tinggi Alor Setar sambil menyuap mulut dan menonton youtube. (Terima kasih Mahkamah Tinggi Alor Setar)
Dalam tempoh menunggu lama dan handphone tiada di tangan, kami berbual-bual dengan beberapa rakan peguam. Semuanya ramah dan mesra.
Sesekali teringat kat anak-anak yang ditinggal bila kerja outstation. Teringat dok gaduh dengan anak-anak. Dok marah anak-anak kerana sikap nakalnya. Seorang rakan peguam membelek dan mengemas walletnya di depan kami.
Dia tunjuk banyak kad perubatan anaknya terutama seorang anak kecilnya berusia 3 tahun kini. Daripada rawatan diet sehingga rawatan khusus. Anaknya menghidap #celebral palsy.
Melihat kepada kad-kad rawatan pelbagai jenis tempat dan kepakaran, tentu banyak masa dan kos diperlukan. Mungkin seorang ayah tidak dilihat keprihatinannya secara jelas atas dasar sikap seorang lelaki, tetapi dalam tawanya boleh dilihat komitmen sebagai bapa.
Seorang rakan peguam yang lain juga menceritakan tentang alahan khusus yang menjadikan imun anaknya menjadi rendah. Lupa nama penyakit alahannya. Teringat kepada seorang rakan peguam yang sama penyakitnya dengan anak itu.
Kita dikurniakan anak, sementara ramai masih mencuba. Kita dikurniakan anak yang sedikit nakal anak dengan riuh rendahnya sedangkan ada ibu bapa yang hempas pulas dapatkan wang dan masa untuk rawati anak mereka bagi melihat anaknya bangun dan bergerak nakal seperti anak kita.
Kita baru sedar rezeki yang agak banyak dilimpahkan kepada kepada rakan kita tetapi banyak rezeki itu sebenarnya bagi kos perubatan anak-anaknya. Sedangkan kita biarpun tidak sebanyak itu rezekinya, rezeki itu semua dikongsi untuk makan minum pakai, tetapi diberkati dengan kesihatan anak-anak yang baik.
Samada kebaikan atau keburukan kita hadapi, ia adalah abstrak bagi kita. Terpulang kepada kita untuk menilai sebagai baik atau sebaliknya. Tetapi semuanya dibuat secara #adil.
Ada orang nilai baik buruk pada adat.
Ada nilaikannnya pada #dosa dan #pahala
Selebihnya nilaikan baik buruk pada suka hati mereka. Mereka suka, benda itu baik. Mereka tak suka, benda itu buruk.
Wallahua'llam

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►