Saturday, May 21, 2011

Cara Mendapatkan Rezeki Maknawi Dalam Mengejar Kemanisan Iman


Uichi Gaban tidak mahu bercerita panjang mengenainya kerana banyak sungguh bacaan yang boleh dicari mengenai petua menambah rezeki sebagaimana yang dijamin oleh Rasullulah SAW samada melalui cara usaha mahupun melalui amalan tertentu yang kemudian disusuli dengan usaha dan juga tawakkal.

Separuh amalan dan petua dalam mencari rezeki zahir ini iaitu rezeki dalam bentuk wang ringgit mahupun pangkat dan kuasa telah dikongsikan oleh Uichi Gaban melalui pos yang lalu seperti di sini dan di sana.

Rezeki maknawi yang ditermakan kali ini merujuk kepada rezeki lebih kepada kemanisan iman. Memudahkan iman dan hidayah dalam menjalankan urusan agama mahupun kehidupan selari dalam beragama. Duit boleh dicari, perkara maknawi seperti ini bukan semua orang akan dapat kecuali melalui beberapa cara yang mana Allah izinkan ke atasnya memperolehi nikmat rezeki sedemikian.

Ustaz Johori Mat Som baru-baru ini menyelit dalam kuliah Fiqh Syafie bahawa untuk mendapatkan rezeki maknawi sedemikian kita perlu menjaga 3 masa dengan ibadah dan amalan apa yang patut dan diajarkan oleh Rasullulah SAW. Paling malaspun kata Ustaz, baca Quran. Tiga masa itu ialah;
  • Sebelum subuh;
  • Selepas Subuh; dan
  • Antara maghrib dan Isyak

Apa yang kita buat pada masa tersebut? Sebelum subuh mungkin masih lena. Lepas subuh, kalau bangun pun sambung lagi. Kalau lepas maghrib pun banyak dugaannya. Ada yang belum balik kerja dan ada yang menonton Detektif Conan atau Sinchan. Ini cerita sahaja. Tiada kaitan dengan siapa.

KULIAH FIQH SYAFIE
OLEH - USTAZ JOHORI MAT SOM
SELASA, 8.00-9.00MLM



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►