Ada orang bertanya melalui www.hishamnazir.com mengenai penahanan reman yang dikenakan ke atas saspek jenayah yang biasa dibaca di dada akhbar.
Bila bercakap mengenai penahanan reman atau lanjutan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ), ia adalah suatu penahanan yang membolehkan siasatan lanjut dibuat oleh pihak penguatkuasa (samada polis, kastam, imigresen, BPR dan sebagainya).
Sebelum Seksyen 117 KAJ terpakai, Seksyen 28 KAJ terdahulu di baca dan dilaksanakan yang mana Seksyen 28 adalah peruntukan yang jelas mengenai penahanan saspek yang dibuat oleh pihak polis (samada selepas tangkapan awam. Topik tangkapan akan dibincangkan kemudian) harus dimulakan siasatan ke atasnya. Penahanan tersebut juga tidak boleh melebihi 24 jam dan dalam masa 24 jam tersebut pihak penguatkuasa melakukan sesuatu samada saspek dilepaskan atau diberikan jaminan. Jaminan biasanya dipanggil Jamin Mulut atau Jamin Polis.
Apabila tiada jaminan ditawarkan mahupun difikirkan tidak wajar untuk dilepaskan saspek dalam masa 24 jam tersebut, maka saspek perlu dikemukakan di hadapan seorang Majistret (Masjitret bukan satu-satunya pihak yang berkuasa memberikan kuasa reman. Namun secara praktikalnya Majistret adalah pihak yang bertanggung jawab dalam tugas reman) selaras dengan Seksyen 117 KAJ.
Seksyen 117 KAJ memberikan kuasa kepada pihak penguatkuasa untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas saspek tersebut dengan alasan siasatan masih tidak sempurna dan memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan pihak penguatkuasa. Namun perlu diingatkan bahawa tahanan reman atau lanjutan tidak boleh dibenarkan bagi memulakan siasatan kerana pihak penguatkuasa sudah mempunyai masa 24 jam bagi memulakan siasatan. Namun, secara praktikalnya, siasatan dibuat terdahulu baru tangkapan dibuat.
Dalam permohonan kepada pihak Majistret dalam mendapatkan penahanan reman atau lanjutan reman, pihak penguatkuasa perlu memberikan butiran siasatan yang telah dibuat dan apa yang masih perlu dilakukan serta berapa hari diperlukan bagi berbuat sedemikian. Sehubungan dengan itu, buku catatan harian / siasatan perlu ditunjukkan kepada pihak Majistret sebelum dibenarkan bagi tahanan reman atau lanjutan sebagaimana yang dipohon.
Secara paktikalnya, kesemua itu hanya dibuat apabila saspek diwakili oleh peguam. Praktikalnya pihak Majistret akan membenarkan permohonan pihak penguatkuasa sebagaimana yang dimohon (kecuali menggunakan budibicara dalam menetapkan jumlah hari) walau apa jua alasannya.
Sebab itu pernah satu ketika Kawe hanya tersenyum bila seorang makcik mengeluh di Mahkamah Majitret Petaling Jaya apabila anak beliau yang ditahan bagi urine test pun direman sehingga 10 hari sebelum didakwa di Mahkamah (bagi kes urine, pendakwaan dimulakan tanpa mengetahui samada dadah benar-benar diambil oleh saspek kerana ujian kimia masih belum siap).
Di bawah Seksyen 117 (3) KAJ, pihak Majistret mempunyai kuasa bagi membenarkan satu perintah penahanan reman dibuat ke atas saspek sehingga 14 hari.
Pihak Majistret boleh menolak permohonan reman oleh penguatkuasa sekiranya berpendapat bahawa permohonan tersebut tidak perlu dan kerjasama siasatan daripada pihak saspek masih boleh diperolehi walaupun beliau tidak direman (dalam jagaan pihak polis) dan tiada unsur atau faktor bahawa saspek tersebut akan melarikan diri daripada pihak penguatkuasa.
Praktikalnya, Kawe pernah selisih dengan kes sebegini apabila dihujahkan, Majistret menolak permohonan lanjutan reman ke atas seorang pegawai kanan polis apabila bersetuju dengan hujahan bahawa saspek yang bertugas sebagai pegawai kanan polis itu tertakluk kepada pekerjaannya selaku polis dan sistem pengenalannya yang tidak memungkinkan beliau untuk melarikan diri.
Dalam keadaan lain, ada pihak polis memberikan jaminan polis kepada saspek apabila melihat saspek tidak mungkin akan melarikan diri dan memberikan kerjasama dengan baik. Sementara dalam jaminan polis, saspek mungkin akan dipanggil pada bila-bila masa bagi membantu siasatan.
Artikel ini RePost semula daripada artikel terdahulu
Artikel ini RePost semula daripada artikel terdahulu
10 komen:
Kalau dah reman 14hari...polis boleh tambah reman lagi ka? Kalau reman ditambah kita boleh saman polis ka?
Anak saya direman atas kes buli di sekolah. .. Dibawa oleh pihak sekolah ke balai kerana polis tidak boleh tangkap pelajar di kawasan sekolah.
Ibu bapa tidak dimaklumkan sebelum itu...hanya selepas itu dihubungi.
Anak tidak boleh dilawati selagi tiada kebenaran daripada pegawai penyiasat (IO)
IO pulak tidak dapat dihubungi sama ada melalui panggilan, sms dan watsapp ... anak ditahan semalaman di lokap
mana ibu bapa tak sedih, anak turun sekolah terus tak jumpa kerana ditahan polis.
Kita sebagai ibu bapa pon perlu memahami undang2. Jgn bila anak buat salah, kita pertahankan. Nnti diakhirat disoal. Undang2 telah diiktiraf oleh dunia, dan berperikemanusiaan. Lainla klau hukum hudud dilaksanakan mcm di arab.. Hehehe mcmna la klau kita hidup kt negara arab tu. Agak2 nk pertikaikan ke lg undang2?
masa reman memang polis jarang bagi kebenaran melawat bimbang emosi dan salah faham. Tetapi ramai polis yang baik dan amanah dalam menjalankan tugas, Antara penyelesaian terbaik, saya cdangkan pada masa tersebut kepada sesiapa terlibat dengan reman agar berbincang dengan baik IO atau melantik peguambela. InsyaAllah, IO pun orang juga. Ada timbangrasanya
reman hanya 14 hari tetapi dalam praktikal ada disebut orang sebagai road show yang mana sambungan reman dibuat atas kes atau repot yang lain. Kalau ia tidak berasas, peguambela boleh membantah. Tetapi ada juga kes yang relevan seperti melibatkan jenayah bersiri atau berkumpulan. - www.hishamnazir.com
Salam. Apa yang perlu dilakukan sekiranya permohonan reman ditolak oleh majistret?
Salam. Apa yang perlu dilakukan sekiranya permohonan reman ditolak oleh majistret?
Dalam KPJ tahanan reman jika tidak boleh diselesaikan dalam 24 jam iaitu 117(2)(a) jika tertuduh atau suspek tersebut didakwa atas kesalahan dengan pemenjaraan tidak lebih drpd 14 tahun penahanan reman tidak boleh lebih 4 hari pada penahanan pertama dan hendaklah tidak lebih 3 hari pada penahanan kedua . 117 (2)(B)KPJ Pula bagi kesalahan yang disiasat adalah dihukum mati atau pemenjaraan 14 tahun keatas pula penahan reman hendaklah tidak lebih 7 hari pada penahanan pertama dan tidak lebih 7 hari pada penahanan kedua .
Salam..sy nk tnya...kenapa pihak polis tidak memberitahu bila tarikh mahkamah..sbb abg sy terus d masukkn ke penjara selagi tidak membyar duit jaminan...?6k duit jaminan..mcm mna nk mntk kurangkn duit jaminan..atas kesalahan bersubahat memiliki ketum...semasa tngkapan abg sy berada di luar rumah bersama kwn y lain...y memiliki ketum berada d dlm rumah..suspek dh mengaku..tp y diluar seramai 6 org di cas bersubahat..sekarang berada d penjara pengkalan chepa..mcm mna kami nk cari duit mendadak mcm tuh..semlm kmi melawat terok dh kena pkol..smpai najis dilumur d bdn..mgkin di buli bnduan lain...tp mcm x ptt..septtnya pihak polis kena bgtahu..ini x..alih2 dh d hntar ke penjara..huhu..apa.y perlu kami buat..6k adalah jumlah y besar bg kami..boleh ke kami nk buat rayuan lg...dlm masa terdekat.. ?sebelum hari ahad..sbb ptg ahad abg akn d pindahkn lg..kesian melihat keadaan dia skank..sgt terok...
Salam..sy nk tnya...kenapa pihak polis tidak memberitahu bila tarikh mahkamah..sbb abg sy terus d masukkn ke penjara selagi tidak membyar duit jaminan...?6k duit jaminan..mcm mna nk mntk kurangkn duit jaminan..atas kesalahan bersubahat memiliki ketum...semasa tngkapan abg sy berada di luar rumah bersama kwn y lain...y memiliki ketum berada d dlm rumah..suspek dh mengaku..tp y diluar seramai 6 org di cas bersubahat..sekarang berada d penjara pengkalan chepa..mcm mna kami nk cari duit mendadak mcm tuh..semlm kmi melawat terok dh kena pkol..smpai najis dilumur d bdn..mgkin di buli bnduan lain...tp mcm x ptt..septtnya pihak polis kena bgtahu..ini x..alih2 dh d hntar ke penjara..huhu..apa.y perlu kami buat..6k adalah jumlah y besar bg kami..boleh ke kami nk buat rayuan lg...dlm masa terdekat.. ?sebelum hari ahad..sbb ptg ahad abg akn d pindahkn lg..kesian melihat keadaan dia skank..sgt terok...
Dah baca sila bagi sepatah kata..