Thursday, March 17, 2011

Bila Itik & Ayam Berbicara Soal Hak Dalam Berbahasa Untuk Beradat & Beragama


Akan kata Si Itik, "kenapa mungkin anak-anak aku berbicara dalam bahasa ayam sekiranya memang lumrah dan asalnya anakku itu keturunan itik?" 

Akan jawab si Ayam, "Bukankah kita Satu Reban, belajar bertukar-tukar demi perpaduan itukan elok. Bagus untuk kami dan kamu!" Sudah tentu demi kebaikan, Si Itik akan bersetuju.

Tapi Si Itik akan bertanya lagi, "Mereka tinggal bersama. Sudah tahu berbahasa. Sudah tahu membaca. Tetapi sekiranya bersama kami di dalam kaum itik, maka mana mungkin anak-anakku mahu berbahasa Ayam. Nanti mereka lebih beradat sendikan ayam. Daging Itik lebih enak walhal daging sendiri. lambat laun mereka akan tentu menjadi ayam biarpun mereka berbulu Itik."

Bila habis anggapan baik dan tidak menentu matlamatnya, Itik hanya boleh mengikut kerana Si Ayam akan menjawab dengan jawapan yang tidak mungkin ditepis oleh sesiapa "Kalau begitu, biar ketua Satu Reban membuat keputusan, bukankah mereka sepupu kamu"

Si Itik akan termenung dan tiada salah pada anggapan lumrah, anak Itik akan terus dilahirkan sempurna dengan lenggok jalan dan bulunya tetapi mereka bersendikan tradisi Ayam. Maka Itik hanya tinggal pada nama.


1 komen:

Anonymous said...

1Reban paham! paham!

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►