Terdengar rakan berbicara sesama Ustaz yang lain. Mereka memperbualkan bagaimana ulamak dan wali Allah mampu menetapkan amalan membaca Quran dan menghabiskannya dalam masa yang singkat malah ada yang 2 kali sehari.
"Hebat", bisik Uichi.
Dipendekkan cerita, Ustaz-Ustaz itu pun hanya larat sekali setahun untuk khatam. Tetapi sekurangnya kelebihannya pada Quran masih banyak berbanding Uichi. Terasa kerdil.
Teringat kata-kata semangat seorang guru. Guru sekali tumpang itu berkata "kalau dapat khatam Quran sekali setahun pun amatlah patut dibanggakan"
Apa aura kata-katanya, Uichi cuba berpegang. Alhamdullilah digagahkan juga untuk sekali setahun semenjak 2008. Ada yang habis setahun ada yang melangkau tahun. Puratanya Alhamdullilah..
Apabila minda ini asyik mengingatkan perbualan antara ustaz-ustaz itu, terasa ingin mencuba. Alhamdullilah telah dicuba tahun 2013 dengan nekad untuk sekurangnya 3 kali khatam Quran. Tetapi gagal. Hanya tinggal 2 juzuk ketinggalan selepas malam tahun baru. Maksudnya hanya sempat 2.28 sahaja.
Apa pun ingin Uichi kongsikan beberapa perkara melalui pengalaman sendiri bahawa dalam malas yang amat sekalipun, Quran mampu dibaca sepenuhnya dalam masa kurang 7 hari. Cuba bayangkan kalau kita memang jenis spesis yang rajin.
Apa azam kita dengan Quran tahun ini..
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..