Malam itu Ustaz membicarakan soal lain tetapi sana sini membicarakan soal amalan buruk dan apabila isu amalan buruk ini digabungkan dengan kematian dan hisab amalan di Mahsyar, Ustaz membicarakan bagaimana setiap individu akan dibacakan amalannya.
Persoalan ditimbulkan adakah semua amalan buruk akan ditayangkan di hadapan semua. Jawapan yang diberikan adalah YA dan TIDAK.
Ya kepada orang kebanyakan manakalan Tidak untuk orang yang Allah SWT memberikan satu hijab bagi amalan buruk berkenaan daripada ditayangkan.
Kata Ustaz, kalau semua perkara buruk Allah SWT tayangkan adalah tidak logik kerana ada antara mereka adalah mereka yang benar-benar bertaubat dan diangkat darjat mereka lebih tinggi. Semua manusia tidak terlepas daripada dosa malah antara mereka yang berdosa boleh bertaubat dan diangkat martabatnya melalui takwa.
Contoh Saidina Umar RA diberikan bagaimana asalnya beliau sebagai penentang Islam malah ramai sudah syahid ditangannya. Namun Umar mampu mengubah kesemua itu apabila beliau tertarik kepada Islam dan menjadikan dirinya seorang yang amat hebat dalam imannya. Bukan itu sahaja, martabatnya ditinggikan oleh Allah SWT dengan dijadikan salah seorang yang dijanjikan syurga.
Ustaz pun berkata yang Rasullulah SAW mengajar kepada umatnya 2 perkara untuk menghilangkan amalan buruk itu dibaca kemudian hari dan mengampunkan dosa-dosanya. Pertama dengan mengamalkan istigfar sebanyak mungkin dan Kedua, tidak membuka aib orang..
Uichi Gaban hanya mendengar dan mencatat. Kali ini perkongsian dibuat bagi kemudahan dan ingatan kepada diri sendiri mahupun rakan-rakan.
Kuliah Maghrib Ustaz Dahim
Setiap Ahad
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..