Monday, April 3, 2023

[1390.23] PERTUDUHAN PECAH AMANAH JENAYAH DI BAWAH SEKSYEN 409 KANUN KESEKSAAN OLEH PENJAWAT AWAM ATAU EJEN


Seksyen 409 telah menggariskan dengan jelas hukuman bagi kesalahan melibatkan kes pecah amanah yang dilakukan oleh penjawat awam atau ejen di mana sesiapa (kerani / orang gaji / bekerja sebagai kerani atau orang gaji) dengan apa-apa cara telah diamanahkan ke atasnya dengan harta / kuasa ke atas harta, telah bertindak pecah amanah ke atas harta tersebut, boleh dijatuhi hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari empat belas tahun, sebat dan denda.
Berdasarkan formulasi kesalahan di bawah Seksyen 409 tersebut, elemen utama yang mesti dibuktikan oleh pendakwaan adalah pertamanya, kapasiti tertuduh sebagai ejen, kedua, tertuduh dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan harta atau aset, dan ketiga, tertuduh melakukan pecah amanah jenayah pada masa yang material yang diperincikan dalam pertuduhan terhadapnya. Keempat ialah kewujudan niat curang tertuduh ketika pelupusan dilakukan.
Tiada pecah amanah jenayah akan dihadapkan kepada seserorang tersebut melainkan seorang tertuduh dibuktikan ada pengamanahan ke atas harta. Tanpa elemen pengamanahan sesetengah kes mungkin hanya terjumlah kepada kesalahan penyalahgunaan jenayah (criminal misappropriation) di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►