Monday, April 3, 2023

[1391.23] PROSIDING PIHAK KETIGA


Di dalam satu-satu prosiding atau saman sivil dibuat oleh Plaintif terhadap Defendan, apabila pembelaan Defendan adalah sebarang liabiliti yang dituntut oleh Plaintif tersebut adalah disebabkan / berkait / sewajarnya ditanggung oleh pihak ketiga, maka menurut Aturan 16 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Defendan boleh membuat permohonan kepada Mahkamah melalui Notis Pihak Ketiga untuk memasukkan pihak ketiga tersebut sebagai satu lagi pihak kepada prosiding sedia ada di antara Plaintif dan Defendan.
Tujuan memasukkan pihak ketiga adalah kerana jika Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan, Defendan seterusnya dibenarkan untuk menuntut pula daripada pihak ketiga agar membayar atau menanggung rugi tuntutan Plaintif tersebut. Jika Defendan berjaya membuktikkan bahawa tuntutan yang dibuat oleh Plaintif tersebut adalah disebabkan oleh / berpunca daripada pihak ketiga dan oleh itu perlulah ditanggung rugi oleh pihak ketiga, maka pihak ketiga perlu membayar pampasan (yang dituntut oleh Plaintif daripada Defendan itu) kepada Plaintif, dan Defendan adalah dilepaskan daripada sebarang liabiliti.
OLEH : NUR FARIHAH SYAHRIZA , PELATIH DALAM KAMAR



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►