Monday, April 3, 2023

[1389.23] PENDAPAT PAKAR YANG DIMAKSUDKAN DI BAWAH SEKSYEN 45 AKTA KETERANGAN


Pendapat pakar menurut Seksyen 45 Akta Keterangan adalah apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai contohntya, undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, maka, pendapat atas perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam fakta berkaitan dan dipanggil sebagai pendapat pakar.
Di dalam kes Razak Abu lwn. PP [2008] 2 MLRH 290, telah dinyatakan bahawa menurut Seksyen 45 Akta Keterangan 1950, pendapat pakar tulisan tangan tentang ketulenan tulisan tangan atau tandatangan adalah boleh diterima (expressly admissible) atas alasan bahawa ini adalah fakta yang relevan.
Manakala, menurut kes Public Prosecutor lwn Muhamad Sulaiman [1982] 1 MLRA 137, telah dijelaskan berhubung pendapat pakar yang mana satu-satunya soalan yang timbul adalah, adakah seseorang yang dipanggil mengemukakan keterangan tersebut, mahir dalam menentukan sama ada peluru tertentu telah melalui laras sesuatu senapang. Dia tidak perlu menjadi begitu mahir dalam apa-apa cara tertentu mahupun melalui kajian khas mahupun secara profesional. Mahkamah menyatakan bahawa ia memadai jika dia mempunyai pengalaman, pengalaman praktikal yang mencukupi, untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan, supaya dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►