Monday, April 3, 2023

[1388.23] PENYERAHAN DOKUMEN DARIPADA PENDAKWAAN KEPADA PEMBELAAN


SEKSYEN 51A KANUN TATACARA JENAYAH memperuntukkan penyerahan dokumen seperti berikut:-
51A. Penghantaran dokumen-dokumen tertentu.
(1) Pihak pendakwaan hendaklah sebelum bermulanya perbicaraan menghantar kepada tertuduh dokumen-dokumen berikut:
(a) Suatu salinan maklumat yang dibuat di bawah seksyen 107 berhubungan dengan terjadinya kesalahan yang didakwa terhadap tertuduh, jika ada;
(b) suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pihak pendakwaan; dan
(c) suatu penyataan fakta bertulis yang berpihak kepada pembelaan tertuduh yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya atau mana-mana orang yang mengendalikan pendakwaan itu.
Pihak pendakwaan wajib menyerahkan sebelum perbicaraan dokumen-dokumen tertentu. Proses ini akan membantu untuk mempercepatkan perbicaraan kerana fakta-fakta kes boleh dipersetujui sebelum perbicaraan dan menghapuskan keperluan untuk memanggil saksi untuk membuktikan sesuatu fakta. Ia juga boleh membantu peguambela untuk membuat keputusan untuk menasihati anakguam sama ada untuk mengaku bersalah atau meneruskan perbicaraan.
OLEH: Maisarah Norkefli



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►