Thursday, March 24, 2022

[1117.22] KEPUTUSAN MAHKAMAH PERUSAHAAN ADALAH MUKTAMAD?


Apabila terdapatnya isu-isu antara pekerja dan majikan, sebagai contoh kes-kes yang melibatkan 'wrongful termination', kes-kes seperti ini akan dibawa dan didengar di Mahkamah Perusahaan dan bukannya Mahkamah Sivil.
Pada peringkat akhir kes, Pengerusi Mahkamah Perusahaan (Hakim Mahkamah Perusahaan) akan menilai dan menganugerahkan Award kepada pihak yang berjaya membuktikan kesnya (sama ada majikan ataupun pekerja).
Namun, bagaimana pula sekiranya pihak-pihak tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut? Harus diketahui bahawa keputusan Pengerusi Mahkamah Perusahaan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di Mahkamah Perusahaan sepertimana yang tertulis dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Industrial Relation Act) di bawah Seksyen 33B.
Sekiranya pihak-pihak tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan, semakanan kehakiman (judicial review) boleh dilakukan sepertimana dalam kes R Rama Chandran v The Industrial Court of Malaysia [1997] 1 MLJ 145. Semakan Kehakiman ini merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi (Bukan lagi Mahkamah Perusahaan).
Prosedur bagi Semakan Kehakiman ini digariskan di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Akta Mahkamah Kehakiman, dan juga Akta Relif Spesifik 1950.
[Pada 1 Januari 2021, pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967 telah dibuat yang memasukkan Seksyen 33C yang menyebut tentang RAYUAN (APPEAL) terhadap Award ke Mahkamah Tinggi]
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►