Friday, November 19, 2021

[1035.21] TORT - KECUAIAN PERUBATAN


Kecuaian perubatan atau medical negligence merupakan satu cabang undang-undang yang melibatkan tuntutan mangsa/pesakit terhadap pusat kesihatan (hospital) dan pengkhidmatnya (doktor, jururawat dan sebagainya) atas sebarang kecuaian yang dialami.
Kecuaian perubatan termasuklah kecuaian melibatkan pembedahan, ubat-ubatan, diagnosis, penangguhan rawatan (delay in treatment), rawatan psikiatri, pergigian, dan kelahiran (childbirth). Ia boleh juga melibatkan rawatan yang sepatutnya tidak diberi (things that have not been done) atau kegagalan untuk memberitahu risiko-risiko rawatan yang dicadangkan.
Kecuaian perubatan jatuh di dalam bidang tort dan mempunyai 4 elemen utama:
1. kewajipan berjaga-jaga (duty of care). Setiap professional perubatan (medical professionals) mempunyai kewajipan untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang wajar dan mengikut piawaian yang diterima oleh sebuah badan perubatan yang diiktiraf di dalam bidang kepakaran.
2. keingkaran kewajipan (breach of duty). Ini berlaku apabila sesuatu rawatan yang diberi atau tidak diberi adalah di bawah tahap yang diharapkan oleh seorang doktor dan tidak mencapai piawaian (standard) yang boleh diterima oleh suatu badan perubatan yang diiktiraf.
3. Penyebab (causation). Selain daripada membuktikan terdapat keingkaran kewajipan, penuntut (claimant) juga perlu membuktikan bahawa tindakan doktor tersebut mempunyai kaitan secara langsung (direct cause) dengan kecederaan atau kerugian yang dialami penuntut.
4. Kerugian/kecederaan (damages). Setelah penuntut berjaya membuktikan terdapat keingkaran kewajipan dan keingkaran tersebut menyebabkan kecederaan, penuntut haruslah mengesahkan bahawa beliau mengalami kerugian/kecederaan di mana tuntutan boleh dilaksanakan. Kerugian termasuklah kecederaan fizikal, kerugian kewangan seperti kerugian pendapatan (loss of earning) dan kecederaan mental seperti post-traumatic stress disorder, anxiety disorder atau adjustment disorder.
Nur Zahirah Bahari


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►