Thursday, February 3, 2022

[1085.22] APAKAH YANG BERLAKU SEMASA PROSES REMAN KES JENAYAH?


Jika orang yang dalam tahanan reman hendak ditahan oleh pihak Polis melebihi 24 jam, maka, alasan penahanan melebihi 24 jam tersebut perlu diberikan kepada Majistret.
Penahanan akan dipanjangkan dengan berdasarkan kepada hukuman bagi kesalahan jenayah tersebut. Jika kesalahan jenayah tersebut mempunyai hukuman penjara kurang daripada 14 tahun, maka tempoh penahanan hendaklah tidak lebih dari 4 hari bagi permohonan pertama dan tidak lebih 3 hari bagi permohonan kedua. Jika kesalahan jenayah tersebut mempunyai hukuman penjara lebih daripada 14 tahun, maka, tempoh penahanan hendaklah tidak lebih 7 hari bagi permohonan pertama dan tidak lebih 7 hari bagi permohonan kedua.
Majistret seterusnya akan mempertimbangkan permohonan reman untuk dipanjangkan tersebut sama ada dengan mengeluarkan perintah memanjangkan tempoh reman atau menolak permohonan memanjangkan tempoh reman. Jika Majistret telah menolak permohonan reman atau tempoh reman bagi permohonan kedua telah tamat, maka, pihak polis perlu menuduh semula atau melepaskan suspek tersebut.
Sekiranya perintah reman telah dikeluarkan, maka, suspek akan di bawa ke bilik tahanan polis yang mana suspek juga akan dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam dan menerima lawatan ahli keluarga.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►