Thursday, February 3, 2022

[1086.22] ADUAN BERKAITAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Jabatan Alam Sekitar telah menubuhkan satu portal laman web di mana pengguna dan mana-mana orang awam boleh memfailkan aduan secara atas talian jika terlihat atau ternampak sebarang aktiviti yang mencurigakan, melibatkan persekitaran awam dan alam sekitar amnya.
Anda boleh melayari di https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php di mana Jabatan Alam Sekitar telah menyediakan suatu “Sistem e-Aduan Jabatan Alam Sekitar Malaysia” Sistem e-Aduan ini dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Malaysia, yang mana aduan boleh difailkan disertakan bersama-sama maklumat pengadu dan serta maklumat aduan bagi tindakan lanjut. Segala gambar-gambar berkaitan juga boleh dilampirkan bersama-sama bagi memudahkan urusan penyiasatan.
Antara jenis-jenis aduan yang boleh dibuat serta di dalam bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar adalah aduan berkaitan pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran air daratan (sungai,tasik, alurair) yang disebabkan oleh punca-punca industri, pencemaran Udara (kilang/industri/premis), pencemaran udara (kenderaan) dan tumpahan minyak.
Langkah terakhir adalah untuk menghantar aduan dan status aduan yang telah dihantar juga boleh disemak oleh anda dan kebiasannya sebarang maklum balas awal akan dikemukakan dalam tempoh tiga(3) hari waktu bekerja.
NOTA: Gambar sekadar hiasan

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►