Thursday, February 3, 2022

[1087.22] PROSEDUR PROSIDING JENAYAH DI MALAYSIA


Orang yang dihadapkan dengan pertuduhan akan digelar Orang Kena Tuduh atau OKT secara ringkasnya. Kemudian, semasa di Mahkamah, Jurubahasa akan membaca kertas pertuduhan kepada OKT dan akan bertanyakan sama ada OKT tersebut faham secara jelas dan terang akan pertuduhan yang dikenakan terhadap OKT tersebut. Perlu diberi perhatian oleh OKT bahawa setiap ayat di dalam pertuduhan yang dibacakan tersebut perlulah difahami dan tidak boleh ada sebarang keraguan.
Mahkamah seterusnya akan merekodkan sama ada OKT tersebut mengaku bersalah atau mengaku tidak bersalah dan seterusnya mohon dibicarakan akan pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT tersebut.
Selanjutnya, jika OKT tersebut mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang telah dibacakan dan yang telah difahami tersebut serta disabitkan kesalahan, maka, Mahkamah akan bertanyakan sama ada OKT yang mengaku salah tersebut mempunyai apa-apa rayuan supaya hukuman diringankan oleh Mahkamah, jika rayuan diterima dan setelah dipertimbangkan, maka hukuman yang akan dikenakan akan diringankan oleh Mahkamah.
Mahkamah akan menjatuhkan hukuman mengikut tahap keseriusan kesalahan tersebut, dengan mengambil kira rekod kesalahan lampu (jika ada), faktor mitigasi, faktor kepentingan awam, faktor tanggungan OKT, faktor pendapatan OKT dan juga faktor pemberatan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►