Wednesday, July 21, 2021

[930.21] HUKUMAN SEBAT DI MALAYSIA


“HANYA Tuhan yang tahu betapa sakitnya disebat.” Begitulah luahan kesemua banduan yang menerima sebatan atas kesalahan jenayah dilakukan, sehingga beberapa minggu tidak dapat duduk seperti biasa.
Hukuman sebat di Mahkamah Sivil diperuntukkan dalam undang-undang negara, tetapi tidak boleh dikenakan terhadap banduan perempuan dan lelaki yang berusia lebih 50 tahun.
Di bawah Kanun Acara Jenayah, ada dua jenis rotan digunakan. Jenis nipis untuk kes rasuah, kesalahan jenayah pecah amanah dan jenayah kolar putih, manakala jenis tebal digunakan untuk jenayah serius seperti kes rogol dan gangguan seksual.
Hukuman rotan juga dikenakan terhadap pesalah di Mahkamah Syariah yang mana pesalah wanita tidak terkecuali dikenakan sebatan. Bagaimana pula hukuman rotan terhadap pesalah syariah? Adakah kaedahnya sama dengan Mahkamah Sivil sehingga ‘menghancurkan’ punggung?
Mengikut Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, rotan yang digunakan diperbuat daripada rotan atau ranting kecil tanpa ruas atau buku padanya, dengan panjang rotan tidak lebih daripada 1.22 meter dan tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter.
Hukuman sebat di Mahkamah Syariah bertujuan menimbulkan rasa sesalan kepada pesalah, bukannya untuk menyakitkan. Di bawah undang-undang Islam, pesalah dirotan di bahagian belakang badan menggunakan rotan kecil. Mereka juga lengkap berpakaian.
Jika pesalah lelaki, sebatan dikenakan dalam keadaan berdiri. Jika pesalah itu perempuan, dalam keadaan duduk. Bagi pesalah yang mengandung, pelaksanaan hukuman ditangguhkan dan boleh dilaksanakan dua bulan selepas bersalin.
@Zahirah Bahari
+60109647961
Bandar Saujana Putra



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►