Wednesday, July 21, 2021

[931.21] PEMBAHAGIAN ASB PERLU UNTUK MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH TINGGI?


ASB merupakan salah satu medium yang digunakan untuk membuat simpanan wang. Dalam keadaan pemegang sihil pelaburan tersebut meninggal dunia, maka simpanan tersebut akan dipindahkan kepada waris yang layak.
Kebiasaannya, pembahagian adalah melalui kaedah faraid bagi mereka yang beragama Islam atau melalui kaedah surat kuasa mentadbir yang terletak di bawah bidangkuasa Amanah Raya Berhad, Seksyen Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian atau Mahkamah Tinggi.
Walaubagaimanapun, dalam keadaan jumlah simpanan melebihi RM10,000.00, sijil faraid yang diperoleh daripada Mahkamah Syariah adalah tidak terpakai dan tidak boleh digunakan untuk pembahagian pelaburan ASB si mati.
Pembahagian harta tersebut perlu melalui perlantikan pentadbir yang mana ianya adalah berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil. Sijil faraid akan dikemukakan melalui permohonan surat kuasa mentadbir tersebut. Sekiranya waris tidak berniat untuk membuat pembahagian sebagaimana sijil faraid, waris-waris boleh mengemukakan persetujuan pembahagian dan penolakan harta tersebut melalui afidavit yang difailkan.
Bandar Saujana Putra
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►