Thursday, February 3, 2022

[1084.22] SYARAT-SYARAT BAGI MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU MENJADI PENJAMIN KES JENAYAH


Bagi kes yang dipertuduhkan terhadap seseorang atau digelar sebagai Orang Kena Tuduh (OKT), jika Mahkamah membolehkan OKT tersebut diikat jamin, OKT tersebut perlulah membawa seorang yang menepati ciri-ciri sebagai seorang penjamin. Tujuan jamin adalah bagi memastikan kehadiran OKT ke Mahkamah sepanjang tempoh perbicaraan.
Syarat-syarat seorang penjamin adalah seorang dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas. Seorang warganegara Malaysia, jika bukan seorang warganegara, maka, adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh Mahkamah semasa sebutan kes.
Bagi OKT yang mempunyai warganegara asing pula, penjamin hendaklah seorang yang mempunyai warganegara Malaysia. Antara syarat penting lain adalah penjamin tersebut mestilah berkemampuan dan berkeupayaan mengemukakan sejumlah wang jaminan seperti yang telah ditetapkan oleh Mahkamah.
Syarat terakhir adalah seorang penjamin perlulah faham segala syarat-syarat ikat jamin yang telah ditetapkan oleh Mahkamah.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►