Thursday, February 3, 2022

[1083.22] SELALU DIPUKUL SUAMI DAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN MELALUI FASAKH, APA YANG DIPERTIMBANGKAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH


Hakim akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum satu pembubaran perkahwinan melalui fasakh diputuskan oleh Mahkamah.
Faktor pertama yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah, sama ada elemen yang dinyatakan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor sudah dipenuhi. Pemohon atau isteri metilah membuktikan sekurang-kurangnya satu daripada elemen yang dinyatakan di dalam Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Mahkamah pada umumnya akan melihat kepada bentuk pukulan yang diberikan oleh suami kepada si isteri. Pukulan yang dimaksudkan mestilah bukan pukulan untuk mendidik dan merupakan pukulan untuk menyakiti si isteri. Seterusnya adalah kekerapan pukulan yang dilakukan oleh suami. Sekiranya suami lazim menyakiti isteri dengan memukul dan/atau mencederakan fizikal isteri. Mahkamah pada am nya akan membenarkan permohonan fasakh.
Seterusnya, mahkamah juga akan melihat kepada kesan sekiranya permohonan fasakh tersebut tidak dibenarkan. Kebajikan anak-anak dan isteri merupakan keutamaan Mahkamah. Mahkamah lazimnya akan menilai sama ada fasakh atau perceraian merupakan solusi yang terbaik dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga tersebut.
NOTA: Gambar sekadar hiasan

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►