Wednesday, January 19, 2022

[1082.22] PERKARA YANG MESTI SEGERA DISELESAIKAN OLEH WARIS SI MATI KE ATAS HARTA SI MATI SEBELUM HARTA TERSEBUT BOLEH DIBAHAGIKAN MENGIKUT HUKUM SYARA.


Perkara yang mesti dilakukan tersebut ialah menyelesaikan pengkebumian jenazah, menyelesaikan hutang si mati dan menyelesaikan wasiat si mati.
> Pengkebumian jenazah si mati
Harta tinggalan si mati boleh di gunakan bagi menyelesaikan kos pengurusan jenazah si mati tetapi ini hanya boleh digunakan bagi menyelesaikan urusan-urusan pengkebumian yang wajib seperti peralatan kapan, keranda, upah memandikan jenazah, upah menggali kubur dan mengebumikan jenazah. Kos tahlil atau jamuan kepada tetamu yang hadir sewaktu pengkebumian si mati tidak boleh dibayar menggunakan harta si mati.
> HUTANG SI MATI
Waris-waris kemudiannya mestilah menyelesaikan hutang-hutang si mati sebelum diselesaikan wasiat si mati. Hutang perlu diutamakan kerana hutang merupakan liabiliti atau tanggungan si mati. Tidak wajar bagi waris si mati untuk menanggung liabiliti si mati menggunakan harta peribadi mereka. Hutang terbahagi kepada dua kategori iaitu hutang kepada Allah dan hutang kepada manusia.
> WASIAT
Setelah diselesaikan segala hutang, waris-waris hendaklah menyelesaikan wasiat sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat semasa hayatnya. Wasiat tersebut mestilah wasiat yang sah disisi syara iaitu harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi 1/3 dari harta si mati dan penerima wasiat mestilah bukan dari kalangan ahli waris.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►