Friday, January 14, 2022

[1081.22] PERMOHONAN PENGANGKATAN ANAK ANGKAT


Permohonan Pengangkatan boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran dengan kawasan kediaman ibu bapa angkat. Permohonan Pengangkatan tidak perlu dibuat di tempat/negeri kelahiran kanak-kanak. Had umur yang perlu diberi perhatian bagi membuat permohonan anak angkat ialah adalah di bawah umur 18 tahun.
Bagi memohon bagi pengangkatan anak angkat, perlulah dilampirkan bersama-sama permohonan tersebut sesalinan Sijil Kelahiran. Jika kanak-kanak lahir di negara ini tetapi tidak mempunyai Sijil Kelahiran, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran hendaklah dibuat terlebih dahulu.
Had umur yang dikenakan bagi ibu atau bapa angkat atau ibu dan bapa angkat ialah 25 tahun ke atas dengan jarak umur dengan anak angkat ialah 18 tahun. Bagi ibu atau bapa angkat yang mempunyai tali persaudaraan dengan ibu bapa kandung kanak-kanak, syarat umur ibu bapa angkat ialah 21 tahun.
Soalan lazim adalah sama ada ibu tunggal berupaya memohon bagi pengangkatan, yang mana Akta Pengangkatan dan undang-undang tidak pernah sama sekali menghalang ibu tunggal memohon. Namun demikian, berbeza bagi bapa tunggal di mana walaupun tidak dinyatakan dalam Akta 253 akan sekatan terhadap mana-mana individu untuk memohon pengangkatan, permohonan adalah TIDAK DIGALAKKAN dari bapa tunggal sekiranya kanak-kanak tersebut adalah perempuan. Untuk kes-kes seperti ini, rujukan akan dibuat kepada Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Setelah memperolehi Sijil Pengangkatan, Sijil Pengangkatan mempunyai taraf kesahihannya sama seperti Sijil Kelahiran dan boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain urusan rasmi.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

Older Post ►