Monday, January 9, 2023

[1361.23] SAKSI YANG DILINDUNGI – SOSMA 2012


Saksi yang dilindungi ditakrifkan di dalam SEKSYEN 3 SOSMA 2012 yang menyatakan seperti berikut:-
"saksi yang dilindungi" ertinya seorang saksi yang pendedahannya akan menjejaskan pengumpulan keterangan atau risikan atau membahayakan nyawa dan keselamatan dirinya.”
Di bawah SEKSYEN 14(1) SOSMA 2012, peruntukan itu memperuntukkan pemberian keterangan oleh seorang saksi secara khusus untuk melindungi identitinya. Saksi yang dilindungi tidak akan dilihat atau didengar oleh tertuduh atau peguamnya.
Jika mana-mana saksi pendakwaan enggan mendedahkan identitinya dan ingin memberikan keterangan dimana tidak dapat dilihat atau didengar oleh tertuduh atau peguamnya, Pendakwa Raya boleh membuat permohonan lisan kepada mahkamah dan prosedur dalam seksyen 14 SOSMA akan diguna pakai. Mahkamah hendaklah mengadakan inkuiri di kamera dengan menyoal saksi berkenaan untuk memuaskan Mahkamah tentang keperluan melindungi identiti saksi itu. Ini akan berlaku tanpa kehadiran tertuduh dan peguamnya. Sekiranya mahkamah memutuskan untuk melindungi identiti saksi, mahkamah hendaklah memberitahu Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari inkuiri dan pihak pendakwaan boleh merayu terhadap keengganan mahkamah untuk melindungi identiti saksi dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan itu.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►