Friday, November 4, 2022

[1311.22] PERTIMBANGAN MAHKAMAH TERHADAP KETERANGAN BAGI KES MELIBATKAN SEKSYEN 354 KANUN KESEKSAAN (MENYERANG ATAU MENGGUNA KEKERASAN JENAYAH KEPADA SESEORANG DENGAN NIAT MENCABUL KEHORMATAN)


Seksyen 354 Kanun Keseksaan telah memperuntukkan dengan jelas akan hukuman bagi tindakan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah terhadap mana-mana individu dengan niat untuk mencabul kehormatan seseorang boleh dihukum dengan penjara sehingga 10 tahun dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman.
Dalam menentukan sabitan terhadap pertuduhan bagi kes seksual sebegini, Mahkamah perlu melihat kepada keterangan mangsa disokong dengan keterangan lain dan perlu dipertimbangkan secara berhati-hati dan Mahkamah perlu mengingatkan dirinya akan bahaya mensabitkan Tertuduh tanpa disokong dengan keterangan lain seperti yang telah dijelaskan panjang lebar oleh Augustine Paul di dalam kes Aziz Muhamad Din v. Public Prosecutor [1996] 1 MLRH 674; [1996] 5 MLJ 473; [1997] 1 CLJ 523.
Namun, jika pada bila-bila masa Mahkamah berpendapat bahawa keterangan mangsa tanpa disokong keterangan-keterangan lain adalah mencukupi (sufficient) dan meyakinkan (unusually convincing), maka, Mahkamah harus dalam mindanya mengingatkan akan risiko mensabitkan tertuduh dalam keadaan tersebut, dengan bersandarkan kepada kes diputuskan Mahkamah Persekutuan, Ah Mee v. PP [1967] 1 MLRA 291; [1967] 1 MLJ 220. Keterangan mangsa yang tidak perlu disokong oleh keterangan lain tersebut perlulah pada keterangan tersebut, wujudnya keterangan yang konsisten dan mestilah suatu keterangan yang diperlukan dan selaras dengan undang-undang seperti di dalam kes Ah Mee v. PP.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►