Friday, November 4, 2022

[1310.22] PERBICARAAN ATAU PERMOHONAN PENGHAKIMAN TERUS “SUMMARY JUDGMENT”


Kelebihan memilih perbicaraan daripada memilih penghakiman terus “summary judgment” adalah ia tidak akan menyebabkan kos yang tidak perlu. Penghakiman terus yang ditolak boleh menambah kos. Ia juga boleh melambatkan penyelesaian tindakan.
Secara keseluruhannya, Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 berpotensi untuk menjadi lebih berpatutan dan suai manfaat daripada perbicaraan penuh. Tetapi ia juga mempunyai potensi yang bertentangan.
Oleh itu, prosiding ke perbicaraan tidak akan menyebabkan kos yang tidak perlu dalam kes jika permohonan penghakiman terus itu pasti ditolak. Selain itu, kelebihan perbicaraan daripada membuat permohonan interlokutori adalah bahawa ia tidak akan mengambil terlalu banyak masa. Peguam boleh membuat persediaan untuk perbicaraan penuh daripada menyediakan dokumen bagi permohonan interlokutori. Semua dokumen bagi permohonan interlokutari akan mempunyai had masa 14 hari yang akan mengambil masa berbulan-bulan untuk melengkapkan permohonan interlokutori tersebut.
Di samping itu, jika permohonan itu telah ditolak maka kes itu mesti diteruskan ke perbicaraan penuh untuk menentukan keputusan. Pada akhirnya, peguam masih perlu bersedia untuk perbicaraan penuh dan ini akan memakan masa lama.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►